18 April 2010

oh Tatula



Pelik bukan nama "Tatula".

Tapi itulah realiti sebab pokok nie macam "Talantula"

"Tatula" ingin dedikasikan entri ini kat Lina.

Tatula dah makin meninggi sikit before Lina bagi masa kita dekat Alex..


Makasih Lina ... http://azlinahabdulgani.blogspot.com/



Sebenarnya tidak susah pun jika kita ingin menjaga pokok kaktus. Ianya sangat mudah. Tidak kiralah kaktus yang punyai duri mahupun yang berbulu macam "tatula". Tidak perlu keluarkan bajet yang banyak. Hanya perlukan cahaya matahari sahaja dan juga sedikit air untuk kesihatan kaktus. Tapi tidak boleh selalu siram nanti ianya akan jadi lembik dan berbau.


http://emo.huhiho.com
Pastikan Jangan terus jemur dibawah matahari.Nanti ianya terkejut dengan keadaan baru.Dan ianya akan lembik dan mati.


Setelah ditanam, letakkan di bawah tempat yang teduh, atau tertutup bayangan.Anda boleh pindahkan ke tempat yang lebih terang bila telah ianya berada dikawasan yang teduh.

Jika Anda menanam anak kaktus di dalam rumah, maka pastikan udara dalam rumah selalu baik untuk membantu pertumbuhan kaktus. Mudah dan Selamat (bajet beli tidak sangat perlukan baja..)

17 April 2010

Syukur pada Nya

Syukur pada Mu Ya Allah.

Sungguh agak sukar untuk tafsirkan rasa hati ini,

Gelombang hati ini betapa sakitnya kehilangan teman,

Sakit itu sukar diubati,

Bagaikan dihiris hati dengan sebilah pisau,

Dan kini hubungan itu telah kembali cerah,

Dengan rahmat Mu,

Dengan kasih Mu,

Tanpa ada rasa jauh,

Tanpa ada rasa janggal,

Syukur pada Mu,

Semoga ianya sentiasa cerah ,

Semoga ianya tidak hilang lagi




Syukur pada Mu Ya Allah,

Sekian lama sebulan lebih aku menanti,

Sebulan lebih aku mengharapkan,

Dapat hadir dan menuntut ilmu,

Dan Hari ini aku dapat menghadirkan diri,

Walau letih dan penat berjalan kaki,

kerna aku ingin hadir,

Tapi ianya tetap berbalas,

Syukur pada Mu Ya Tuhan ku,

Sungguh payah mencari Ilmu Mu,

Sungguh lelah mengejar Ilmu Mu,

Sungguh aku mengharapkan redha Mu,

Semoga aku kuat menghadapi segala dugaan Mu.

13 April 2010

Sihir Kata


Kadang-kadang pelik rasa dihati dan pemikiran ini melihat dari skop yang kecil mahasiswa dan mahasiswi sekarang. Bila membaca entri blog yang sering saya lawati mengenai kes-kes pencabulan terutama sekali buat mahasiswi dan banyak lagi hal-hal yang berkaitan lumrah realiti yang terjadi masa kini. Agak sedih dan terkilan melalui komen-komen mereka yang singgah membaca entri tuan blog ini. Mungkin terlalu jauh kali berfikir sehinggakan kata nasihat waspada tidak mahu lagi dihiraukan. Walaupun ianya satu berita yang agak selalu diperkatakan dimata masyarakat tapi ianya perlu diambil sebagai langkah berjaga-jaga dan saling ingat mengingati. Hairan mengapa tidak mahu mengambil ikhtibar dari cerita yang telah disampaikan. Mengapa mahunya bukti yang terang benderang sehinggakan orang lain mendapat aib?? Sedangkan orang yang ingin menyampai berita ini hanyalah sekadar peringatan pada kita. Cukuplah sekadar itu...


Sakitnya hati membaca komen-komen yang agak kurang terpelajar sedangkan hakikatnya memang terpelajar. Bagaikan disihir setiap kata sehinggakan orang yang membaca juga terasa pedihnya.


Sepertimana yang telah pernah saya tulis dalam entri blog "Mengapa ada Benci dan Mengapa Hati menjadi keras? dan ingin saya ulangi bicara Rasa Benci dan Dendam penyakit jiwa yang muncul dari perasaan sedih dan perasaan marah didalam hati yang tidak berkesudahan sehinggakan melemahkan kekuatan dan menyakitkan badan. Kita ketahui syaitan sentiasa cuba mengoda hamba Allah s.w.t dan kita juga ketahui tentang perasaan benci dan dendam ini adalah salah satu godaan syaitan yang sentiasa cuba menumbangkan keimanan seseorang hamba.



Allah s.w.t berfirman:
" Syaitan itu benar-benar hendak menjatuhkan kamu ke dalam permusuhan dan berbenci-bencian diantara kamu" (Surah Al-Maidah:91)


Mudah saja kerja syaitan laknatullah ini menghancurkan dan merosakkan hati-hati anak cucu Nabi Adam .Hanya dari terlalu membenci sahaja menjadikan kita mudah terjelepok didalam kawasan kelompok-kelompok permusuhan .

p/s:
Kalau benci tu atas sebab peribadi dan keduniaan, pastinya tidak boleh. Kalau benci itu kerana Allah, pastinya ada yang boleh dijadikan ikhtibar dalam kehidupan ini..dan Boleh jadi kita benci sesuatu, rupa-rupanya ada hikmah disebaliknya.

04 April 2010

My Responsibilty

My responsiblity...
apabila diberi tugasan terasa amat berat dan sukar
pastinya kalau boleh ingin saja menyerahkan semula kertas taklifan pada yang lebih layak
tapi wajarkah undur diri sebelum bertempur?
Berat mata memandang berat lagi tanggungjawab yang dibawa
andai tersalah pastinya tersungkur
andai terpesona pastinya terlupa akan tanggungjawab yang lebih utama


Dewasakan diri dengan taklifan yang diberikan
Usah malu usah takut
Usah gugup dan gementar
Kuatkan semangat jika diberi taklifan
Jangan biarkan gugur seperti daunan yang kering






Dunia ini dan Islam Sekali Lagi DiHina


Agak terlambat saya memberi pandangan tentang hal ini. Ironinya apabila Islam dihina ramai yang melenting menyatakan kemarahan dan ketidakpuashatian mereka. Seluruh dunia mengadakan demonstrasi sebagai tanda protes terhadap situasi yang sedang berlaku.


Malangnya ia bagaikan air pasang dan surut. Sensitiviti ini muncul sesekali apabila ada isu berkaitan agama yang dipersoalkan. Sedangkan apabila diteliti institusi kenabian sebagai contoh, tak pernah lekang daripada pelbagai ejekan dan tohmahan sepanjang zaman.


Dahulu Nabi Muhammad SAW pernah dikatakan tukang sihir, orang gila dan pemecah-belah masyarakat, hari ini ejekan dan tohmahan terhadap Baginda SAW masih berterusan cuma dalam bentuk yang berbeza. Ada yang melukis karikatur menggambarkan Nabi Muhammad SAW dengan gambaran yang mengaibkan dan tidak kurang juga yang menulis blog menghina Nabi Muhammad SAW. Malahan segelintir umat Islam juga turut terlibat mencemarkan institusi kenabian dengan tanpa malu-malu mengaku sebagai nabi.


Dan kini muncul semula karikatur (gambar diatas) yang mengambar betapa islam dihina. Hati mana yang tidak sakit hati melihat betapa rendahnya mereka letakkan islam dibawah dan pabila membaca pengakuan Lars Vilks yang seolah-olah tidak mahu dipersalahkan oleh pihak ramai. Beralasankan untuk menunjukkan kebebasan artis menyindir semua agama dan termasuk agama islam.


Lars Vilks mengatakan beliau mahu bebas sindir agama. "Saya sebenarnya tidak berminat untuk menghina.Tujuan karikatur itu dibuat adalah untuk menunjukkan ia boleh dilakukan. Tidak wujud sebarangperkara yang sangat mulia sehingga tidak boleh diejek," kata Vilks dalam satu temubual di Stockholm. Karikatur ini dipamerkan disebuah muzium.


Saya percaya setiap pembaca mahupun pendengar merasakan marah yang membara dan sakit hati , hati pedih, geram, pelbagai lagi emosi dikeluarkan. Dan pastinya otak juga ligat berfikir Kenapa Islam menjadi bahan ejekan dan cemuhan pihak yang tidak bertanggungjawab? Tapi perlukah kita melenting sahaja tanpa berbuat apa-apa kemudian biarkan berita ini berlalu bagaikan hembusan angin ? Memang benar kita perlu marah dan melenting tapi adakah perlu dengan memaki hamun? Dimana letaknya keperibadian seorang muslim bila dihadiahkan lagi sebuah episod penghinaan islam? Dan ini adalah persoalan yang mesti difikirkan bersama oleh setiap individu muslim.


Mudah saja kita melenting dan memaki hamun tetapi adakah kita merasakan ianya berbaloi?Persoalan-persoalan ini perlu dijawab, bukan hanya sekadar berpeluk tubuh, selesa menuding jari kepada pembuat angkara. Cerminlah diri sendiri sebelum mencemuh orang lain. Malahan tabiat buruk seperti ini perlu dikikis , jika ingin melihat umat Islam maju setanding dengan yang lain.


Dan semalam ahli bait saya menunjukkan sebuah video yang diupload dan di tag disetiap senarai kawan-kawan dalam facebook . Ramai yang memberi komen ada yang positif dan ada juga negatif. Video itu dirakamlan oleh anak-anak remaja bukan islam yang ketika itu berada didalam gereja berlakon seolah-olah mereka sedang solat tetapi pergerakan mereka sungguh menyakitkan hati.. dan yang merakam itu juga sengaja mengatakan sambil gelak ketawa,

"orang-orang ini sedang menyembah para jemaah didepan ini termasuk saya(orang yang sedang merakam)".

Mudah bukan mereka mengejek agama islam...tetapi suatu benda yang ingin katakan ada juga yang memaki video ini. kenapa memaki? kenapa menyebut benda yang tidak sedap dihalwa pendengaran ini? kenapa?? memang menyakitkan hati melihat tetapi lagi menyakitkan bila membaca komen video ini.


Inilah kita yang mudah melenting,mudah menutur kata yang kurang enaknya dan kenapa kita tidak lebih berfikir jauh. Mudah kata seperti akal pendek. Dan ketika mereka mula menghina kependekan akal kita, kita terus rasa hati mendidih marah. Tepuk dada tanyalah pada diri sendiri. Cermin diri kita. Kita ini muslim. Begitukah cara kita??


Inilah kita bila ditinjau dari sudut perbuatan dan tingkah laku sama sekali tidak menampakkan ciri-ciri seorang muslim yang dapat menggambarkan ketinggian dan kemurnian Islam sebagai The Way of Life.


Dan keputusannya,sesetengah masyarakat Islam telah menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar. Ini dapat diperhatikan sendiri melalui cara berpakaian, pergaulan dan muamalah seharian. Perlakuan ini membawa kepada masalah-masalah lain yang semakin bernanah dalam masyarakat seperti sumbang mahram, pesta seks, minum arak, buang bayi dan lain-lain yang seolah-olah sinonim dengan masyarakat Islam.


Adalah tidak adil jika hanya seronok menyalahkan orang tanpa menilai kelakuan sendiri. Cemuhan terhadap Nabi Muhammad SAW melalui blog seperti yang dilaporkan oleh akhbar baru-baru ini, jika ditinjau dari satu sudut berlaku kerana mereka tidak mengenal peribadi Nabi Muhammad SAW.


Dari sudut lain, ia juga berlaku kerana kelalaian dan kealpaan masyarakat Islam dalam melaksanakan ajaran Nabi Muhammad SAW yang boleh menjadi cerminan kepada keluhuran budi pekerti Baginda SAW yang mulia.


Sebagai contoh ada di kalangan remaja Islam yang kini lebih seronok mengenakan topi ala Santa Klaus ketika menyambut perayaan Hari Natal, dengan penuh bangga bergaya ke sana ke mari, tanpa disuruh bahkan sanggup berbelanja lebih semata-mata untuk berseronok. Malangnya amalan memakai kopiah atau songkok yang menunjukkan keperibadian seorang Muslim tak pernah diendahkan malah malu untuk memakainya kerana bimbang dikatakan berlagak alim dan sebagainya.


Inilah antara kebimbangan yang pernah disuarakan oleh Nabi Muhammad SAW disaat hampir terjadinya hari kiamat, Islam hanya tinggal nama kerana tidak dipraktikkan manakala al-Quran hanya tinggal huruf-huruf, kerana tidak dibaca. Lebih merosakkan lagi apabila orang Islam lebih cenderung menjadikan al-Quran sebagai tangkal penghalau hantu berbanding melaksanakan ajaran al-Quran dalam segala urusan harian yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia.


Akibat kealpaan dan kelalaian itu, Islam terus dihina, umat Islam pula menghidap pelbagai jenis penyakit yang sukar untuk diubati. Kesannya bukan sahaja dirasai oleh kita masyarakat Islam di sebahagian tempat, malah telah merebak dan berjangkit ke seluruh dunia, Islam dilabel sebagai pengganas, jumud dan menolak kemajuan.


Atas alasan itu jugalah saudara Islam kita di Palestin ketika ini berdepan dengan angkara durjana penjajah Israel yang bersifat kebinatangan. Saban hari ada sahaja yang dibunuh, tanah-tanah dirampas, mereka diserang bertubi-tubi tanpa belas kasihan melalui udara, laut dan darat.


Penjajahan Israel ke atas negara Islam Palestin bukan sejarah baru. Orang Islam Palestin terus menjadi sasaran peluru berpandu Israel, bedilan meriam dan tembakan senjata api tanpa peri kemanusiaan.

Setelah 60 tahun dijajah, masih lagi diperlakukan seperti binatang, saudara Islam Palestin masih menderita. Penyembelihan ke atas kanak-kanak, orang tua dan yang tak berdaya berterusan tanpa pembelaan yang sewajarnya.

Akhirnya saudara Islam Palestin terpaksa berjuang habis-habisan, bersendirian mempertahankan agama, kehormatan dan tanah air mereka sehingga ke titisan darah yang terakhir. Dengan bekalan makanan dan minuman yang terbatas mereka sanggup bermandikan darah, demi untuk syahid dan mendapat nikmat syurga seperti yang dijanjikan oleh Allah.
Sampai bilakah mereka akan terus bermandi darah. Apakah tindakan yang telah dilakukan oleh kita sesama saudara Islam. Paling menyedihkan apabila terdapat sesetengah daripada kalangan masyarakat Islam yang langsung tidak ambil peduli senario yang berlaku.
Mereka sibuk dengan berbagai-bagai bentuk hiburan yang berjaya mengalihkan ingatan dan perhatian terhadap isu berdarah di Palestin. .diberikan kemudahan yang berlipat ganda tanpa melihat dari mana sumbernya. Dalam diam-diam kita sebenarnya adalah penyumbang dana pada mereka dan kita langsung tidak menyedarinya. Mudah sungguh kita alpa...


Mungkin penyakit umat akhir zaman, cinta dunia dan takut mati yang pernah dikatakan oleh Nabi Muhammad SAW, telah merebak dan melanda di serata dunia Islam. Sehingga masyarakat Islam lebih mementingkan diri sendiri, sibuk dengan urusan dunia tanpa ada masa mempedulikan sesama saudara se-Islam.


Ingatlah sabda Nabi Muhammad SAW yang pernah menyebutkan: "Perumpamaan seorang Muslim dengan Muslim yang lain dari segi kasih sayang, hormat menghormati dan saling bertimbang rasa adalah seperti satu jasad, Apabila ada satu anggota daripada jasad itu sakit maka seluruh badan akan turut menderita kesakitan".


Rasakanlah penderitaan mereka sebagai bukti kasih-sayang dan cinta sesama Islam. Laksanakanlah segala ajaran syariat demi untuk memartabatkan Islam agar tidak terus dipandang hina di mata dunia, hulurkanlah sumbangan dan bantuan bagi membantu saudara se-Islam yang ditindas dan dizalimi.


Iringilah perjuangan mereka dengan doa sambil berharap agar Allah SWT membantu mereka dengan bala tentera yang tidak kelihatan seperti di hari Peperangan Badar. Semoga Allah SWT menurunkan pertolongan-Nya kepada saudara se-Islam di Palestin, atau menggantikannya dengan kenikmatan gugur syahid kerana mempertahankan ketinggian dan kehormatan Islam yang suci.

03 April 2010

Petik Dan Semaikan


Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu.lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:"Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu."



Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dunia ini adalah terlaknat, terlaknat pula apa-apa yang ada di atasnya, melainkan berzikir kepada Allah dan apa-apa yang menyamainya, juga orang yang alim serta orang yang menuntut ilmu." Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa itu adalah Hadis hasan.



Mulakan harimu dengan zikirullah, Mulakan solatmu dengan a`uzubillah, Mulakan doamu dengan alhamdulillah, Mulakan kerjamu dengan bismillah, Mulakan amalmu dengan ikhlas lillah, Mulakan taubatmu dengan keinsafan, Mulakan silaturahimmu dengan mahabbah fillah, Mulakan keazamanmu dengan restu Allah, Mulakan rumahtanggamu dengan mencintai kerana Allah, Mulakan pekerjaanmu untuk mendapat keredhaan Allah, Kerana permulaan yang baik akan menentukan pengakhiran yang mulia...

Menghitung hari~Saat berlalu..Minit ke Minit..Jam berlalu pantas..Bumi semakin nazak..tidak mampu lagi menanggung maksiat drp tangan2 manusia lagi..Entah bila ia terpaksa pergi,hinggakan diri kita takkan terkecuali.. saudara oh saudaraku..masihkah d...irimu dlm terleka dengan dunia?sedangkan ianya sementara..itulah hakikatnya alam ini.. Sama2lah merenung kembali siapakah diri kita.layakkah kita untuk berdepan dgnNya...

30 Mac 2010

Alhamdulillah..

Syukur alhamdulillah..akhirnya dapat jalankan usrah kiranya pertama kali bagi tahun ini. Telah berapa kali bercadang hendak buat usrah tapi selalu tidak kesampaian. Sedih pastinya terbit dalam sanubari kerana tidak dapat menjalankan tanggungjawab.


Walaubagaimanapun dengan izin Allah dapat juga kami jalankannya. Syukran pada ahli bait syaah 8 kerana memberi kerjasama. Sayang kamu semua. Semoga melalui usrah ini kita semakin diRahmati dengan setiap ilmu yang dikongsi bersama.

28 Mac 2010

Ukhuwah Fillah

Dulu...

kita bersama-sama mengharungi kehidupan yang baru dinegara orang.

Usah dikatakan bagaimana rasa rindu pada tanah air


sering mengamit disetiap 14 jiwa di bumi Anbiya ini.


Bersama-sama jalan kaki ke kuliyah...


Bergelak ketawa...


Suka duka...


Pahit manis mengurus pendaftaran kuliyah...


Bersatu hati Tolak menolak kerna orang arab mahu potong baris ketika bayar yuran...


Kemudian....

Tinggal lagi 13 jiwa yang masih cuba nasib...

Masing-masing sering berdoa diberi kekuatan...

Agama Allah yang dicari...

Tapi....

Disangkakan cerah akan sentiasa di siang hari...

Rupanya hujan ditengah malam....






Kini...

Tinggal 12 jiwa yang masih kental melawan hati yang sebenarnya rapuh dan lemah.

Airmata sering menjadi peneman.

Esakan sering menjadi pemuzik hati.

Seorang lagi teman kembali ke tanah air..

Kembali meneruskan perjuangan..

Kerana sememamg perjuangan itu masih perlu diteruskan...

Lapangan terbang ini menjadi saksi perpisahan kita..

Sungguh mengharapkan memori ini tidak akan lupus...

Dan pasti kita akan bertemu lagi...




For My friend...

~~Sheilla Mei K.Diaz~~

As My Laling....

Wherever you go...

Wherever you fly far away...

You still in my Heart
..

Ukhwah Fillah

24 Mac 2010

Kenapa Hati Menjadi Keras?



Daripada Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:" Janganlah memperbanyak percakapan selain untuk berzikir kepada Allah s.w.t maka sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah s.w.t itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah s.w.t ialah mereka yang berhati keras


Ketandusan jiwa pada hari ini adalah satu penyakit yang sangat ketara sekali ditengah-tengah masyarakat dahulu dan kini. Ramai orang yang merasa susah Hati, sakit Hati, iri Hati, dan langsung tidak merasakan nikmat ketenangan di Hati walaupun ianya telah beroleh kemewahan dan kesenangan tapi ianya masih belum rasa puas di Hati....Kenapa semua ini berkaitan dengan Hati??


Semuanya berpunca dari Hati yang keras, jiwa yang tandus dan mata yang tidak pernah menangis kerana takut pada Allah s.w.t Timbulnya kekerasan di Hati adalah berpunca daripada banyaknya bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak ada hubung kait dengan mengingati Allah s.w.t.


Hati yang keras adalah Hati yang tidak mudah menerima nasihat daripada orang lain. Kalau ditegur mudah sangat melenting dan rasa ketidakpuas Hati. Pantang ditegur, tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa oleh orang dan sentiasa merasakan dirinya hanya saja yang betul sedangkan ianya jelas dimata pihak lain ianya silap.


Hati yang keras sentiasa merasakan sangat berat untuk berzikir dan membaca Al-Quran. Diri itu merasakan sangat malas untuk melaksanakan ibadah yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. Bila masuknya waktu solat ia merasakan sangat terbeban dengan solat lima waktu sehari semalam dan langsung tidak merasakan diri itu sedang bertemu dengan yang Khalik..


Bagi orang yang beriman hendaklah ia selalu menggunakan lidahnya berzikir kepada Allah s.w.t dan selalu membaca ayat suci Al-Quran. Banyakkan bercakap tentang kemasalahatan agama yang pastinya memberi faedah dalam meningkat ketakwaan kepada Allah .s.w.t .


Semoga kita berada digolongan orang yang punyai hati yang lembut dan punyai rasa rendah diri kerna mengingatkan kita betapa kerdilnya diri ini pada yang Khalik.

Run and Back...




Seminggu ada Tujuh hari

Empat hari lari cari ketenangan

Tiga hari kembali cari kekuatan







Ya Allah Ya Tuhanku

Berikanlah aku kekuatan

Menghadapi segala dugaan dan rintangan

Aku hanyalah insan yang lemah

15 Mac 2010

Peperangan Al-Fijar ( Harbu Fijar)

Belek-belek muka surat kamus cari makna kalimah setiap perkataan yang tidak difahami tapi tetap tidak faham. adui...napala susah sangat nak faham cerita ini. relax luu.. makanlah dulu.

Sakit kepala bila membaca tetapi tidak faham. Agak sukar untuk teruskan pembacaan . Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Dah alang-alang sudah baca buku sirah jadi kena habiskan jugalah tajuk yang dibaca.


Ingin berkongsi bersama tentang Perang Al-Fijar (Harb ul-Fijar). Ianya berlaku ketika Rasulullah s.a.w berusia 20tahun. Perang ini berlaku diantara Quraisy bergabung bersama Kinanah menentang Qais. Sebab berlakunya peperangan adalah bermula dari Nu'man Bin Munzir Pemimpin negara arab iaitu di Hirah menghantar setiap tahun peniaga dan barang dagangan ke Pasar Ukaz.


Dan ketika itu Arwah adalah seorang pedagang duduk disebelah Barad Bin Qais. Barad adalah seorang yang suka pemusnahan dan suka berfoya-foya. Nu'man Bin Munzir mula bertanya, " siapakah yang sanggup memhantar barang niaga ini kepada Bani Kinanah?" Lalu Barad berkata, " aku sedia menghantarnya pada mereka". Nu'man berkata lagi, "aku mahu kau sedia menghantar kepada semuanya".


Arwah mencela kerana tidak berapa setuju dengan pilihan Nu'man untuk menghantar Barad membawa barangan niaga itu. Dia memberi cadangan agar biarlah dia saja mencari dari ahli Najid dan Tihamah. Dan berkata Barad pada Arwah, " atau kau sendiri yang pergi menghantarnya?".


Kemudian Arwah keluar pergi berdagang dan dia telah dibunuh kerana dikhianati dari Bani Qais sehingga pengkhabaran berita kematiaan Arwah tersebar. Bani Kinanah mula berhati-hati dengan bani Qais. Berlakunya pergaduhan di Tanah Haram. Mereka sangat menjaga tanah haram itu dari berlakunya pertumpahan darah. Dan berkata pada musuh "Janji buruk kita dalah di Ukaz pada tahun depan"


Cukup setahun mereka berkumpul semula untuk menunaikan janji buruk mereka. Bani Qais dan Thaqif bergabung bersama. Bani Quraisy bersama Kinanah bergabung. Kemudian berlakulah peperangan antara dua qabilah sehinggakan satu hari itu yang sangat dahsyat dan sangat menggerikan. Seperti kita sedia maklum orang arab sangat menghormati dan menjaga kesucian tanah haram kerna punyai berhala mereka. Maka mereka menamakan hari itu Hari Fijar.

11 Mac 2010

Al-Fatihah _Syeikh Al-Azhar Syeikh Muhammad Sayyed Tantawi


"Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya" ( Surah Al-Imran, ayat 185 )


Al-Fatihah buat Syeikh Al-Azhar Syeikh Muhammad Sayyed Tantawi,82 tahun, yang telah kembali ke rahmatullah semalam 10 Mac 2010 bersamaan dengan 24 Rabiulawal 1431 semasa melakukan lawatan ke di Riyadh, Arab saudi.


Sungguh memeranjatkan saya kerana baru mengetahui berita kewafatannya pada hari ini. Sedangkan kemarin saya bersama rakan-rakan melihat berita Perancis sehinggalah berita menyiarkan tentang Syeikh Muhammad Tantawi. Kami tertanya-tanya apakah yang disampaikan oleh pemberita tersebut. Kami cuba memahami tajuk berita tetapi malangnya tidak ada seorang pun rakan dan termasuk diri saya sendiri pun tidak memahaminya malahan kami meniru gaya percakapan bahasa perancis.


Rasa menyesal dihati kerana tidak memahami berita perancis yang disiarkan kemarin. Saya sangat mengkagumi ulama' ini dan mengharapkan dapat bertemu selagimana diri ini masih berada dibumi Mesir ini. Sungguh rasa terkilan kerana berita yang disiarkan itu adalah mengatakan kembalinya seorang ulama ke rahmatullah dan saya sedikit pun tidak memahami butiran percakapan pemberita tersebut.Betapa rasa kehilangan seorang ulama besar bagaikan hilangnya sebuah permata yang berharga yang sukar dicari ganti.


Semoga Almarhum ditempatkan golongan yang beriman..Amin. Al-Fatihah..

07 Mac 2010

New Season ( Rabi' )

In reality, it was better..the road was empty and the trees were all yellow and leaves were covering the street...it was awesome view...

Diri ini melangkah keluar mencari udara segar dari imarah. Mata meliar melihat pokok-pokok mulai tumbuh daun menghijau dan bunga kuning dan merah mula berputik . Hati ini senang melihat keindahan alam yang mula punyai warna warni. Seperti kita sedia maklum Egypt adalah sebuah negara yang hampir keseluruhannya padang pasir. Kehangatannya tidak dapat dikatakan ketika Musim Panas sehingga tidak ingin keluar dari rumah. Tapi berbeza dengan Musim Bunga suasana dan kecantikannya terserlah walau ianya masih lagi dipenuhi dengan debu-debu pasir.

Selama ini hati selalu tertanya-tanya "apa disebut kalau musim bunga dalam bahasa arab?" Musim Bunga dalam bahasa arab " Rabi' ". Tidakkah kita sedar bahawasanya pabila masuk musim bunga ianya berada dibulan Rabiulawal dimana ianya juga adalah bulan kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Begitu indah susunan yang diberikan sehinggakan kita tidak menyedarinya.

Sebaik-baik musim adalah Musim Bunga dan seadil-adilnya. Begitu juga dengan pensyariatan Nabi Muhammad s.a.w adalah semudah-mudahnya dan seadil-adilnya.

Abu Abdul Rahman Al Haqli r.a berkata" setiap manusia pada namanya terdapat habuannya".

01 Mac 2010

Cerita Teksi Putih dengan Le3



Buat pertama kali kaki melangkah menuju ke kuliah selepas cuti semester pertama. Jam dah menunjukkan 8.45 pagi.


" aduh!! terlambat sudah ni" "Kalau mahu jalan kaki ni memang dah tak sempat"

Hari ini kelas madah Fiqh Syafie Doktorah agak "syadid" tidak akan benarkan masuk kelas kalau terlambat datang sebab kelas agak sempit.




Kaki terus melangkah untuk mencari teksi. Malangnya langsung tidak ada teksi hitam yang biasa kami naiki semuanya penuh.."aduh, lambat sudah ni". Tiba-tiba sebuah teksi putih tanpa ditahan berhenti didepan saya. Entah kenapa terus sahaja mulut lancar bertanya tanpa berfikir apa-apa,
"Jamiah Al-Azhar kuliyah Banat" "Aiwah".


Eh...tiba-tiba baru saya teringat kalau teksi putih ada meter tapi sudah tertanya ammu camna ni?" hati ini bercakap sendiri . Sebelum buka pintu teksi sempat lagi saya jenguk didalam kot-kot ada meter."tiada meternya..ok naik jela".


Sebaik saja tutup pintu teksi terkejut melihat ammu teksi tadi menekan meter...
"alamak!!! ada meter rupanya tersembunyi sedikit dengan kain lapik kereta....
"ya Allah, macam mana nie.."Sebenarnya saya hanya membawa duit tambang teksi Le3. Lazim kalau teksi biasa yang kami naiki memang itulah tambangnya. Masalahnya sekarang saya memang hanya bawa Le3 tak lebih tak kurang...aduh...


Berfikir saya macam mana ni. Mata saya masih melihat diluar mengharapkan dapat sempat sampai ke kelas sebelum doktorah masuk. Tiba-tiba pemandu teksi itu bertanya hendak masuk jalan mana," A'latul auw yamin?" "yamin Ya amm" tapi pemandu itu tidak mahu masuk ke kanan bila melihat jalan itu sesak . "La'.. mungkin a'alatul ahsyan zahman "..adui ammu ini kan suka la dia kalau jalan jauh sebab bayaran tambang mengikut meter. Alamak! Meter dah menunjukkan Le3. "La'..hena bass ya amm"Saya tetap berkeras tidak mahu jalan terus tapi masalahnya dah Le3 tapi belum sampai pun depan kuliah. Akhirnya saya terpaksa turun jalan kaki lagi sedangkan jam dah menunjukkan jam9.


Saya tahu pemandu teksi itu hairan kenapa saya turun disitu sedangkan tadi saya kata Universiti Al-Azhar walaupun jaraknya dah tidaklah berapa jauh lagi. Biarlah.. dari saya dengar pemandu teksi itu marah baik saya turun..Sebesar langkah saya buka agar cepat sampai ke kuliah. Geram rasa dihati kenapalah tadi gatal menanya teksi putih. Inilah padahnya..aduh. Buat kawan-kawan Lain kali bawa duit lebih sikit kalau ternaik teksi putih...hehehe





11 Februari 2010

Pengurusan Masa Bagi Siswazah


Firman Allah s.w.t.
"
Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat(nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran" (surah Al-Asr)

Cuti "Winter Break" dipenuhi dengan pelbagai program yang diadakan setiap biro BKPSM. "Hari Puteri" salah satu program yang diadakan dimana program ini baru sahaja bermula pada 11hb dan akan berakhir pada 13hb. Seusai solat subuh berjemaah, pertandingan Tilawah Al-Quran dan Tazkirah dijalankan. Saya tertarik dengan tajuk yang dipertandingkan iaitu "Pengurusan Masa Bagi Siswazah".

Kehidupan seseorang akan lebih terurus dan lancar apabila mempunyai pengurusan masa yang baik. Disiplin yang tinggi dan senantiasa berazam untuk memastikan ianya berjalan dengan lancar dan secara tidak langsung akan menjayakan seseorang itu kepada apa yang dirancang.

Seperti yang kita maklum sebagai seorang siswazah yang penuh dengan aktiviti harian masing-masing masih lagi terikat dengan "masa". Adakalanya terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kita akan kehilangan masa dengan sia-sia.Pengaruh media masa yang terlalu banyak kehebatan masing-masing sehinggakan kita lalai dan alpa. Sering melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak ditepi jalan,berjalan tanpa arah tujuan dan sebagainya.

Setiap orang hanya akan menerima masa yang sama dalam sehari selama 24 jam. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada mereka yang pandai mengurus masa.

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w telah berpesan untuk bersedia dengan lima perkara iaitu:

1) Masa hidup sebelum mati
2) Masa kaya sebelum miskin
3) Masa sihat sebelum sakit
4) Masa muda sebelum tua
5) Masa senang sebelum susah

Beringat-ingat sebelum ianya terjadi kerana masa itu tak mungkin dapat diulang semula seperti jam dinding yang mungkin kita boleh ubah dimana kedudukan jarumnya tapi kita tidak mungkin dapat memutarkan semula hari dan masa yang sememanya tetap berdetik demi detik.

Kita boleh atasi dengan pelbagai cara dalam pengurusan masa ini. Misalnya seperti
1) Senaraikan semua yang ingin dijalan dalam satu hari
2) Susun perkara yang lebih utama dahulu
3) Buat satu jadual untuk aktiviti yang ingin dibuat agar ia tidak terbuang begitu saja
4) Disiplin dalam setiap masa

Mungkin senang sahaja kita katakan tapi untuk melaksanakannya agak terlalu susah bukan??... Sebenarnya itu semua terletak pada diri masing-masing untuk mengatur kehidupan yang lebih sempurna.Jika inginkan kejayaan kita perlu berusaha.Tidak akan datang bergolek kesempurnaan itu dalam kehidupan tanpa mengurus masa dengan baik.

06 Februari 2010

Selamat Hari Jadi Mama




Mama
Selamat Hari Jadi,
Semoga mama panjang umur,
Murah rezeki,
Dilindungi dan dirahmati oleh Allah s.w.t
Amin ya Rabbalamin


We Love Mama



03 Februari 2010

Kenapa ada benci?


Suatu kenyataan yang tidak dapat dinafikan setiap insan ada perasaan yang halus yang sentiasa berada dihati masing-masing seperti kasih dan sayang tetapi ada juga terselit perasaan benci sehingga menimbulkan perasaan dendam yang tidak berhabisan.


Kenapa ada benci?

Benci dan Dendam adalah salah satu penyakit jiwa yang muncul dari perasaan sedih dan perasaan marah didalam hati yang tidak berkesudahan sehinggakan melemahkan kekuatan dan menyakitkan badan. Kita ketahui syaitan sentiasa cuba mengoda hamba Allah s.w.t dan kita juga ketahui tentang perasaan benci dan dendam ini adalah salah satu godaan syaitan yang sentiasa cuba menumbangkan keimanan seseorang hamba.


Allah s.w.t berfirman:

" Syaitan itu benar-benar hendak menjatuhkan kamu ke dalam permusuhan dan berbenci-bencian diantara kamu" (Surah Al-Maidah:91)

Jauhilah dan Berlapang dada agar mudah memaafkan yang lain kerana kita hanyalah hamba yang lemah......

30 Januari 2010

Akhirnya...telah Berakhir...


Alhamdulillah..."akhirnya telah berakhir" imtihan semester 1 bagi sesi 2009/2010. Tapi ini tidak bermakna imtihan telah berakhir pastinya ada lagi bakal menyusul imtihan semester 2. 30hb selesai imtihan bagi madah Mustolah Hadis dan adalah madah yang terakhir saya ikuti.Secara keseluruhan alhamdulillah dapat menghadiri semua madah yang saya bawa. Yang terbaik semua orang telah lakukan.Hanya tinggal doa dan tawakkal kepadaNya. Segala dugaan dimusim sejuk ini sangat menduga hati dan perasaan. Al-maklumlah ketika fatrah imtihan perasaan mahu tidur agak sukar di"banteras".Baru saja buka buku.rasa macam hendak tutup semula..sebab..ngantuk."aduh..susahnya mata ni".


Semoga ilmu yang diperolehi diberkati dan dipraktikkan.


Suasana hari terakhir imtihan








Yang masih berjuang
Selamat Berjuang dan Selamat Bercuti....(^_^)




































































28 Januari 2010

Tidur vs Study




Sebut pasal "tidur" terbayangkan tidur yang lena
Sebut pasal "study" argh....takutnya...mau tidur dengan lena...
Rasanya semua orang akan menghadapi perasaan sedemikian.

Bagaimana kita hendak melawan perasaan mahu tidur?
terutama sekali bila masuk musim sejuk alamatnya memang semua orang cakap bestnya tidur.

Sukar hendak lawan mata ini yang pandai tiba-tiba kepala tersenguk tanda faham ketika menghadap kitab.


Aduhai mata...tolonglah jangan tertutup
Aduhai angin..tolonglah jangan sejuk
Aduhai nescafe...tolonglah temani tika belajar

24 Januari 2010

Sekadar pengetahuan



Kita perlu pelajari bidang yang lain bukan setakat bidang yang kita ceburi seperti Perundangan Islam,perubatan,arkitek ataupun apa-apa bidang sekalipun. Ini bermakna kita perlu ambil peduli daripada tidak ambil peduli. Kenapa saya katakan sedemikian? Andai satu masa nanti pasti ada juga yang akan bertanya tentang bidang lain so macam mana nak jawab sebab kita "tak tahu".

Satu hari senior medic sebut penyakit Skizofrenia. Malangnya satu apa pun saya sendiri "tidak tau" melainkan diterangkan satu persatu tentang penyakit itu. Skizofrenia bermaksud dari istilah kasar "Fikiran berkecai".Tapi..saya tetap kurang mengerti sangat bagaimana ianya berlaku dan bagaimana untuk ketahui seseorang menghidap penyakit ini. Al-maklumlah bukan bidang sendiri. Tapi ingin sekali saya berkongsi tentang penyakit tersebut untuk sekadar pengetahuan bersama.


Skizofrenia adalah satu penyakit mental secara berterusan pada c penerima. Ianya satu sering kali digambarkan simptom "negatif" dan "positif". Kebanyakan yang berlaku pada pesakit suka tinggal bersendirian, tidak ramai kawan,minat dengan perkara ghaib, hilang sesuatu tabiat atau keupayaan secara normal termasuklah dari segi psikologi iaitu lemah pertuturan, emosi yang tidak stabil, hilang keyakinan diri.


Skizofrenia menjadikan pesakit berada didunia yang dicipta sendiri dalam masa yang sama mereka menjauhkan diri dengan dunia yang sebenar. Seringkali merasakan ada bisikan halus yang mengarahkan setiap perbuatan sedangkan ketika itu hanyalah diri sendiri yang mengaplikasikannya. Digambarkan pada pesakit seperti kelihatan gila dan dirasuk. Tanpa rawatan terapi keatas pesakit akan menampakkan semakin lemah dan menghadapi banyak masalah terutamanya pada diri pesakit malahan ia juga membabitkan dengan keluarga, kawan-kawan dan orang sekeliling.


Biasanya penyakit Skizofrenia ini berlaku pada lewat remaja ataupun awal dewasa kiranya dalam lingkungan 20 keatas. Lelaki lebih awal hadapi penyakit tersebut berbanding wanita. Salah satu penyebab penyakit ini adalah tekanan hidup kerana ianya berkaitan dengan otak. Kebanyakan pesakit Skizofrenia membunuh diri jika dibandingkan dengan populasi umum. Dianggar 10 peratus pesakit terutama pesakit lelaki membunuh diri. Ianya boleh terjadi disebabkan mewarisi daripada keluarga. Risiko mewarisi daripada keluarga terdekat yang menghadapi Skizofrenia adalah 10 peratus dan 40 peratus daripada ibubapa atau kembar.

Diantara salah satu kaedah perubatan selain makan ubat-ubatan hospital, terapi individu dan keluarga juga dapat membantu pesakit untuk kembali pulih dan yang paling utama doa kepada Allah s.w.t. adalah sebaik-baiknya. Kerana setiap dugaan datang daripadaNya.
....Sekadar Pengetahuan bersama.....