Dengan bermulanya musim baru.suasana kuliah yang mula "zahmah" dengan pelajar2 tidak kira "Mesrian" ataupun "wafidat" telah mula menghadirkan diri ke Universiti dengan pelbagai urusan. Dan diri ini juga termasuk hadir memenuhkan kawasan abla laila untuk membayar yuran tapi setiap kali hendak bayar pasti dihalau. Memang tak sah kalau sekali pergi tidak akan selesai lagi urusan..itulah keadaan di Mesir ini. Perkataan sabar sentiasa terungkap dibibir masing-masing yang menuntut ilmu tambahan lagi di bumi Mesir ini..
Sabar menempuh jalan kehidupan tetapkan iman dihati
yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia......
Sudah menjadi lumrah kehidupan didunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan illahi....

Bersabarlah wahai hati....Teruskanlah perjuangan..kerna perjuangan belum selesai..begitu juga kepada teman-teman ku...berjuanglah kita. Hilangkanlah perkataan 'istisna" walaupun kita telah dipandang rendah oleh orang-orang yang memandang rendah dengan kebolehan kita. Usah kita gentar dugaan yang menimpa...berjuanglah. Kita sama-sama berjuang...andai satu hari nanti kita rebah..kuatkanlah hati kita agar kita bersama-sama bersatu...itu janji kita...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan