15 Mac 2009

Fesyen



Bila kita bercakap dengan fesyen mesti kita inginkan yang cantik ,feminim, anggun, dan sebagainya. Bila kita bercakap tentang pakaian yang sopan mesti orang akan mengatakan baju kurunglah yang paling sopan..sopan dari segi apa??? kita semua tahu pakaian itu adalah apa yang manusia pakai untuk menutup auratnya dan melindungi badannya. Ia merupakan nikmat yang besar kurniaan Allah kepada manusia.

Firman Allah Taala:" Wahai anak-anak Adam! sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-anda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur) Surah Al-A'raf:26

FESYEN...sepertimana kita ketahui ianya adalah gaya pakaian, kosmetik, tingkah laku dan lain-lain lagi terutamanya keluaran terbaru yang menjadi kegemaran ramai. Hari ini dunia fesyen menampilkan pelbagai rekaan pakaian tapi tidak ada pun pakaian yang menetapi dengan syariat Islam. Fitrah insan menyukai kecantikan dan kekemasan tidak dapat dinafikan kerana itu fesyen pakaian terus berkembang dan mendapat sambutan. Dari hari ke hari pelbagai rekaan baru diperagakan dan manusia sentiasa memburunya. Malah menyematkan pegangan "biar papa asal bergaya"

Kebanyakan remaja melayu zaman sekarang lebih menyukai pakaian ala-ala barat dan lebih menyedihkan apabila mereka mengatakan memakai baju yang agak labuh untuk menutup kecantikan badan adalah kolot. Bagi mereka dengan menunjukkan pakaian yang melekat dibadan macam buah nangka dibalut baju ketat..melekat..itu yang cantik. tapi hanya cantik di dunia sahaja.


Mengapa berhabis duit untuk berpakaian hebat di hadapan orang lain, tanpa bersedekah kepada yang memerlukan? Bukankah lebih baik rezeki yang lebih itu dikongsi bersama sebagai tanda kesyukuran.