30 Mac 2010

Alhamdulillah..

Syukur alhamdulillah..akhirnya dapat jalankan usrah kiranya pertama kali bagi tahun ini. Telah berapa kali bercadang hendak buat usrah tapi selalu tidak kesampaian. Sedih pastinya terbit dalam sanubari kerana tidak dapat menjalankan tanggungjawab.


Walaubagaimanapun dengan izin Allah dapat juga kami jalankannya. Syukran pada ahli bait syaah 8 kerana memberi kerjasama. Sayang kamu semua. Semoga melalui usrah ini kita semakin diRahmati dengan setiap ilmu yang dikongsi bersama.

28 Mac 2010

Ukhuwah Fillah

Dulu...

kita bersama-sama mengharungi kehidupan yang baru dinegara orang.

Usah dikatakan bagaimana rasa rindu pada tanah air


sering mengamit disetiap 14 jiwa di bumi Anbiya ini.


Bersama-sama jalan kaki ke kuliyah...


Bergelak ketawa...


Suka duka...


Pahit manis mengurus pendaftaran kuliyah...


Bersatu hati Tolak menolak kerna orang arab mahu potong baris ketika bayar yuran...


Kemudian....

Tinggal lagi 13 jiwa yang masih cuba nasib...

Masing-masing sering berdoa diberi kekuatan...

Agama Allah yang dicari...

Tapi....

Disangkakan cerah akan sentiasa di siang hari...

Rupanya hujan ditengah malam....






Kini...

Tinggal 12 jiwa yang masih kental melawan hati yang sebenarnya rapuh dan lemah.

Airmata sering menjadi peneman.

Esakan sering menjadi pemuzik hati.

Seorang lagi teman kembali ke tanah air..

Kembali meneruskan perjuangan..

Kerana sememamg perjuangan itu masih perlu diteruskan...

Lapangan terbang ini menjadi saksi perpisahan kita..

Sungguh mengharapkan memori ini tidak akan lupus...

Dan pasti kita akan bertemu lagi...




For My friend...

~~Sheilla Mei K.Diaz~~

As My Laling....

Wherever you go...

Wherever you fly far away...

You still in my Heart
..

Ukhwah Fillah

24 Mac 2010

Kenapa Hati Menjadi Keras?



Daripada Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:" Janganlah memperbanyak percakapan selain untuk berzikir kepada Allah s.w.t maka sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah s.w.t itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah s.w.t ialah mereka yang berhati keras


Ketandusan jiwa pada hari ini adalah satu penyakit yang sangat ketara sekali ditengah-tengah masyarakat dahulu dan kini. Ramai orang yang merasa susah Hati, sakit Hati, iri Hati, dan langsung tidak merasakan nikmat ketenangan di Hati walaupun ianya telah beroleh kemewahan dan kesenangan tapi ianya masih belum rasa puas di Hati....Kenapa semua ini berkaitan dengan Hati??


Semuanya berpunca dari Hati yang keras, jiwa yang tandus dan mata yang tidak pernah menangis kerana takut pada Allah s.w.t Timbulnya kekerasan di Hati adalah berpunca daripada banyaknya bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak ada hubung kait dengan mengingati Allah s.w.t.


Hati yang keras adalah Hati yang tidak mudah menerima nasihat daripada orang lain. Kalau ditegur mudah sangat melenting dan rasa ketidakpuas Hati. Pantang ditegur, tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa oleh orang dan sentiasa merasakan dirinya hanya saja yang betul sedangkan ianya jelas dimata pihak lain ianya silap.


Hati yang keras sentiasa merasakan sangat berat untuk berzikir dan membaca Al-Quran. Diri itu merasakan sangat malas untuk melaksanakan ibadah yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. Bila masuknya waktu solat ia merasakan sangat terbeban dengan solat lima waktu sehari semalam dan langsung tidak merasakan diri itu sedang bertemu dengan yang Khalik..


Bagi orang yang beriman hendaklah ia selalu menggunakan lidahnya berzikir kepada Allah s.w.t dan selalu membaca ayat suci Al-Quran. Banyakkan bercakap tentang kemasalahatan agama yang pastinya memberi faedah dalam meningkat ketakwaan kepada Allah .s.w.t .


Semoga kita berada digolongan orang yang punyai hati yang lembut dan punyai rasa rendah diri kerna mengingatkan kita betapa kerdilnya diri ini pada yang Khalik.

Run and Back...




Seminggu ada Tujuh hari

Empat hari lari cari ketenangan

Tiga hari kembali cari kekuatan







Ya Allah Ya Tuhanku

Berikanlah aku kekuatan

Menghadapi segala dugaan dan rintangan

Aku hanyalah insan yang lemah

15 Mac 2010

Peperangan Al-Fijar ( Harbu Fijar)

Belek-belek muka surat kamus cari makna kalimah setiap perkataan yang tidak difahami tapi tetap tidak faham. adui...napala susah sangat nak faham cerita ini. relax luu.. makanlah dulu.

Sakit kepala bila membaca tetapi tidak faham. Agak sukar untuk teruskan pembacaan . Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Dah alang-alang sudah baca buku sirah jadi kena habiskan jugalah tajuk yang dibaca.


Ingin berkongsi bersama tentang Perang Al-Fijar (Harb ul-Fijar). Ianya berlaku ketika Rasulullah s.a.w berusia 20tahun. Perang ini berlaku diantara Quraisy bergabung bersama Kinanah menentang Qais. Sebab berlakunya peperangan adalah bermula dari Nu'man Bin Munzir Pemimpin negara arab iaitu di Hirah menghantar setiap tahun peniaga dan barang dagangan ke Pasar Ukaz.


Dan ketika itu Arwah adalah seorang pedagang duduk disebelah Barad Bin Qais. Barad adalah seorang yang suka pemusnahan dan suka berfoya-foya. Nu'man Bin Munzir mula bertanya, " siapakah yang sanggup memhantar barang niaga ini kepada Bani Kinanah?" Lalu Barad berkata, " aku sedia menghantarnya pada mereka". Nu'man berkata lagi, "aku mahu kau sedia menghantar kepada semuanya".


Arwah mencela kerana tidak berapa setuju dengan pilihan Nu'man untuk menghantar Barad membawa barangan niaga itu. Dia memberi cadangan agar biarlah dia saja mencari dari ahli Najid dan Tihamah. Dan berkata Barad pada Arwah, " atau kau sendiri yang pergi menghantarnya?".


Kemudian Arwah keluar pergi berdagang dan dia telah dibunuh kerana dikhianati dari Bani Qais sehingga pengkhabaran berita kematiaan Arwah tersebar. Bani Kinanah mula berhati-hati dengan bani Qais. Berlakunya pergaduhan di Tanah Haram. Mereka sangat menjaga tanah haram itu dari berlakunya pertumpahan darah. Dan berkata pada musuh "Janji buruk kita dalah di Ukaz pada tahun depan"


Cukup setahun mereka berkumpul semula untuk menunaikan janji buruk mereka. Bani Qais dan Thaqif bergabung bersama. Bani Quraisy bersama Kinanah bergabung. Kemudian berlakulah peperangan antara dua qabilah sehinggakan satu hari itu yang sangat dahsyat dan sangat menggerikan. Seperti kita sedia maklum orang arab sangat menghormati dan menjaga kesucian tanah haram kerna punyai berhala mereka. Maka mereka menamakan hari itu Hari Fijar.

11 Mac 2010

Al-Fatihah _Syeikh Al-Azhar Syeikh Muhammad Sayyed Tantawi


"Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya" ( Surah Al-Imran, ayat 185 )


Al-Fatihah buat Syeikh Al-Azhar Syeikh Muhammad Sayyed Tantawi,82 tahun, yang telah kembali ke rahmatullah semalam 10 Mac 2010 bersamaan dengan 24 Rabiulawal 1431 semasa melakukan lawatan ke di Riyadh, Arab saudi.


Sungguh memeranjatkan saya kerana baru mengetahui berita kewafatannya pada hari ini. Sedangkan kemarin saya bersama rakan-rakan melihat berita Perancis sehinggalah berita menyiarkan tentang Syeikh Muhammad Tantawi. Kami tertanya-tanya apakah yang disampaikan oleh pemberita tersebut. Kami cuba memahami tajuk berita tetapi malangnya tidak ada seorang pun rakan dan termasuk diri saya sendiri pun tidak memahaminya malahan kami meniru gaya percakapan bahasa perancis.


Rasa menyesal dihati kerana tidak memahami berita perancis yang disiarkan kemarin. Saya sangat mengkagumi ulama' ini dan mengharapkan dapat bertemu selagimana diri ini masih berada dibumi Mesir ini. Sungguh rasa terkilan kerana berita yang disiarkan itu adalah mengatakan kembalinya seorang ulama ke rahmatullah dan saya sedikit pun tidak memahami butiran percakapan pemberita tersebut.Betapa rasa kehilangan seorang ulama besar bagaikan hilangnya sebuah permata yang berharga yang sukar dicari ganti.


Semoga Almarhum ditempatkan golongan yang beriman..Amin. Al-Fatihah..

07 Mac 2010

New Season ( Rabi' )

In reality, it was better..the road was empty and the trees were all yellow and leaves were covering the street...it was awesome view...

Diri ini melangkah keluar mencari udara segar dari imarah. Mata meliar melihat pokok-pokok mulai tumbuh daun menghijau dan bunga kuning dan merah mula berputik . Hati ini senang melihat keindahan alam yang mula punyai warna warni. Seperti kita sedia maklum Egypt adalah sebuah negara yang hampir keseluruhannya padang pasir. Kehangatannya tidak dapat dikatakan ketika Musim Panas sehingga tidak ingin keluar dari rumah. Tapi berbeza dengan Musim Bunga suasana dan kecantikannya terserlah walau ianya masih lagi dipenuhi dengan debu-debu pasir.

Selama ini hati selalu tertanya-tanya "apa disebut kalau musim bunga dalam bahasa arab?" Musim Bunga dalam bahasa arab " Rabi' ". Tidakkah kita sedar bahawasanya pabila masuk musim bunga ianya berada dibulan Rabiulawal dimana ianya juga adalah bulan kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Begitu indah susunan yang diberikan sehinggakan kita tidak menyedarinya.

Sebaik-baik musim adalah Musim Bunga dan seadil-adilnya. Begitu juga dengan pensyariatan Nabi Muhammad s.a.w adalah semudah-mudahnya dan seadil-adilnya.

Abu Abdul Rahman Al Haqli r.a berkata" setiap manusia pada namanya terdapat habuannya".

01 Mac 2010

Cerita Teksi Putih dengan Le3



Buat pertama kali kaki melangkah menuju ke kuliah selepas cuti semester pertama. Jam dah menunjukkan 8.45 pagi.


" aduh!! terlambat sudah ni" "Kalau mahu jalan kaki ni memang dah tak sempat"

Hari ini kelas madah Fiqh Syafie Doktorah agak "syadid" tidak akan benarkan masuk kelas kalau terlambat datang sebab kelas agak sempit.




Kaki terus melangkah untuk mencari teksi. Malangnya langsung tidak ada teksi hitam yang biasa kami naiki semuanya penuh.."aduh, lambat sudah ni". Tiba-tiba sebuah teksi putih tanpa ditahan berhenti didepan saya. Entah kenapa terus sahaja mulut lancar bertanya tanpa berfikir apa-apa,
"Jamiah Al-Azhar kuliyah Banat" "Aiwah".


Eh...tiba-tiba baru saya teringat kalau teksi putih ada meter tapi sudah tertanya ammu camna ni?" hati ini bercakap sendiri . Sebelum buka pintu teksi sempat lagi saya jenguk didalam kot-kot ada meter."tiada meternya..ok naik jela".


Sebaik saja tutup pintu teksi terkejut melihat ammu teksi tadi menekan meter...
"alamak!!! ada meter rupanya tersembunyi sedikit dengan kain lapik kereta....
"ya Allah, macam mana nie.."Sebenarnya saya hanya membawa duit tambang teksi Le3. Lazim kalau teksi biasa yang kami naiki memang itulah tambangnya. Masalahnya sekarang saya memang hanya bawa Le3 tak lebih tak kurang...aduh...


Berfikir saya macam mana ni. Mata saya masih melihat diluar mengharapkan dapat sempat sampai ke kelas sebelum doktorah masuk. Tiba-tiba pemandu teksi itu bertanya hendak masuk jalan mana," A'latul auw yamin?" "yamin Ya amm" tapi pemandu itu tidak mahu masuk ke kanan bila melihat jalan itu sesak . "La'.. mungkin a'alatul ahsyan zahman "..adui ammu ini kan suka la dia kalau jalan jauh sebab bayaran tambang mengikut meter. Alamak! Meter dah menunjukkan Le3. "La'..hena bass ya amm"Saya tetap berkeras tidak mahu jalan terus tapi masalahnya dah Le3 tapi belum sampai pun depan kuliah. Akhirnya saya terpaksa turun jalan kaki lagi sedangkan jam dah menunjukkan jam9.


Saya tahu pemandu teksi itu hairan kenapa saya turun disitu sedangkan tadi saya kata Universiti Al-Azhar walaupun jaraknya dah tidaklah berapa jauh lagi. Biarlah.. dari saya dengar pemandu teksi itu marah baik saya turun..Sebesar langkah saya buka agar cepat sampai ke kuliah. Geram rasa dihati kenapalah tadi gatal menanya teksi putih. Inilah padahnya..aduh. Buat kawan-kawan Lain kali bawa duit lebih sikit kalau ternaik teksi putih...hehehe