29 Mei 2013

Keluhan Hati


Semakin hari semakin kendur dan lemah semangat. Saya semakin tidak punyai semangat untuk meneruskan lagi. Entah kenapa tahun ini terlalu banyak masalah terjadi kepada diri saya. Dari pengajian kuliah sehinggalah masalah disekeliling saya. Dugaan demi dugaan saya hadapi, saya cuba tempuhi walaupun hati disakiti. Saya cuba menerima dengan seadanya tetapi bila ada masalah berkaitan dengan pengajian kuliah membuatkan saya lebih gentar, emosi bercampur-baur dan takut.

Sangat takut sejarah berulang lagi.

Sangat takut kegagalan lagi.

Dugaan ketika peperiksaan semester pertama mungkin kerana terlalu takut saya tersalah bawa kernih (kad pelajar) tahun dua sedangkan sekarang saya berada di tahun tiga. Airmata mula bergenang dimata tinggal masa saja untuk menitis. Emosi tak terkawal, mujur ada sahabat yang menemani ketika itu. Tidak tahu apa perlu buat sebab saya ketika itu sudah berada di dalam bangunan peperiksaan tinggal mencari tempat sahaja lagi. Saya hampir tidak dibenarkan mengambil kertas peperiksaan disebabkan kesilapan kernih. Allah sajalah yang tahu bagaimana berdebarnya hati ini.

Dugaan semester dua,ketika syafawi feqh muqaran saya ditarik dan dipaksa oleh “muraqibah” terus bertemu dengan doktorah sedangkan tika itu saya baru sampai depan bilik doktorah. Perasaan belum lagi bersedia untuk bertemu dengan Doktorah Fathiah sehingga perkara kecil saja pun ( doktorah suruh tanda tangan tapi saya kata sekejap…doktorah terus marah ). “ ya Allah, kenapa begini? Perkara kecil saja pun… kenapa doktorah marah kat saya “ Selesai dengan syafawi tahriri pula menyusul. Dan kami baru sahaja melepasi dua kertas peperiksaan . Tetapi tidak bagi saya sudah mendahului orang lain sebab ada madah lain yang dibawa dari madah tahun dua. Takhaluf bertembung dengan syafawi Al-quran. Biarpun orang lain kata senang tapi tidak bagi saya. Bagi saya itulah penentu antara saya najjah ataupun disebaliknya. Tetapi masalah mula timbul bila soalan tidak mengikut silibus silibus untuk pelajar wafidat ghair Arabi . Apa yang mampu saya buat ketika tawakkal sajala. Dengan pertolongan Hewi PMRAM , kami mengulang semula.. sekali lagi peperiksaan takhaluf disebabkan ada kesilapan dari pihak lajnah peperiksaan Al-azhar.

Hari ini saya dikejutkan lagi satu masalah, ketika tengah ligat memikirkan jawapan untuk madah Feqh Muqaran tiba-tiba doktorah mencari saya. “ Kamu ada takhaluf feqh? Eh? Saya tidak bawa madah itu. Saya takhaluf al-quran. “Kenapa kamu tidak pergi syafawi? “ Hah! Mana mungkin saya tidak pergi syafawi sebab itulah salah satu nyawa untuk saya najjah . otak bercelaru." Ya Allah dugaan apa ini? " Berkali-kali saya diduga ketika peperiksaan. Saya tidak mampu lagi. Semangat itu semakin hilang. Memang benarlah orang dulu kata Mesir adalah negara yang banyak menguji kesabaran hati ( م ,ص, ر) Musibah, Sabar, Rahmat...