30 Januari 2010

Akhirnya...telah Berakhir...


Alhamdulillah..."akhirnya telah berakhir" imtihan semester 1 bagi sesi 2009/2010. Tapi ini tidak bermakna imtihan telah berakhir pastinya ada lagi bakal menyusul imtihan semester 2. 30hb selesai imtihan bagi madah Mustolah Hadis dan adalah madah yang terakhir saya ikuti.Secara keseluruhan alhamdulillah dapat menghadiri semua madah yang saya bawa. Yang terbaik semua orang telah lakukan.Hanya tinggal doa dan tawakkal kepadaNya. Segala dugaan dimusim sejuk ini sangat menduga hati dan perasaan. Al-maklumlah ketika fatrah imtihan perasaan mahu tidur agak sukar di"banteras".Baru saja buka buku.rasa macam hendak tutup semula..sebab..ngantuk."aduh..susahnya mata ni".


Semoga ilmu yang diperolehi diberkati dan dipraktikkan.


Suasana hari terakhir imtihan








Yang masih berjuang
Selamat Berjuang dan Selamat Bercuti....(^_^)




































































28 Januari 2010

Tidur vs Study




Sebut pasal "tidur" terbayangkan tidur yang lena
Sebut pasal "study" argh....takutnya...mau tidur dengan lena...
Rasanya semua orang akan menghadapi perasaan sedemikian.

Bagaimana kita hendak melawan perasaan mahu tidur?
terutama sekali bila masuk musim sejuk alamatnya memang semua orang cakap bestnya tidur.

Sukar hendak lawan mata ini yang pandai tiba-tiba kepala tersenguk tanda faham ketika menghadap kitab.


Aduhai mata...tolonglah jangan tertutup
Aduhai angin..tolonglah jangan sejuk
Aduhai nescafe...tolonglah temani tika belajar

24 Januari 2010

Sekadar pengetahuan



Kita perlu pelajari bidang yang lain bukan setakat bidang yang kita ceburi seperti Perundangan Islam,perubatan,arkitek ataupun apa-apa bidang sekalipun. Ini bermakna kita perlu ambil peduli daripada tidak ambil peduli. Kenapa saya katakan sedemikian? Andai satu masa nanti pasti ada juga yang akan bertanya tentang bidang lain so macam mana nak jawab sebab kita "tak tahu".

Satu hari senior medic sebut penyakit Skizofrenia. Malangnya satu apa pun saya sendiri "tidak tau" melainkan diterangkan satu persatu tentang penyakit itu. Skizofrenia bermaksud dari istilah kasar "Fikiran berkecai".Tapi..saya tetap kurang mengerti sangat bagaimana ianya berlaku dan bagaimana untuk ketahui seseorang menghidap penyakit ini. Al-maklumlah bukan bidang sendiri. Tapi ingin sekali saya berkongsi tentang penyakit tersebut untuk sekadar pengetahuan bersama.


Skizofrenia adalah satu penyakit mental secara berterusan pada c penerima. Ianya satu sering kali digambarkan simptom "negatif" dan "positif". Kebanyakan yang berlaku pada pesakit suka tinggal bersendirian, tidak ramai kawan,minat dengan perkara ghaib, hilang sesuatu tabiat atau keupayaan secara normal termasuklah dari segi psikologi iaitu lemah pertuturan, emosi yang tidak stabil, hilang keyakinan diri.


Skizofrenia menjadikan pesakit berada didunia yang dicipta sendiri dalam masa yang sama mereka menjauhkan diri dengan dunia yang sebenar. Seringkali merasakan ada bisikan halus yang mengarahkan setiap perbuatan sedangkan ketika itu hanyalah diri sendiri yang mengaplikasikannya. Digambarkan pada pesakit seperti kelihatan gila dan dirasuk. Tanpa rawatan terapi keatas pesakit akan menampakkan semakin lemah dan menghadapi banyak masalah terutamanya pada diri pesakit malahan ia juga membabitkan dengan keluarga, kawan-kawan dan orang sekeliling.


Biasanya penyakit Skizofrenia ini berlaku pada lewat remaja ataupun awal dewasa kiranya dalam lingkungan 20 keatas. Lelaki lebih awal hadapi penyakit tersebut berbanding wanita. Salah satu penyebab penyakit ini adalah tekanan hidup kerana ianya berkaitan dengan otak. Kebanyakan pesakit Skizofrenia membunuh diri jika dibandingkan dengan populasi umum. Dianggar 10 peratus pesakit terutama pesakit lelaki membunuh diri. Ianya boleh terjadi disebabkan mewarisi daripada keluarga. Risiko mewarisi daripada keluarga terdekat yang menghadapi Skizofrenia adalah 10 peratus dan 40 peratus daripada ibubapa atau kembar.

Diantara salah satu kaedah perubatan selain makan ubat-ubatan hospital, terapi individu dan keluarga juga dapat membantu pesakit untuk kembali pulih dan yang paling utama doa kepada Allah s.w.t. adalah sebaik-baiknya. Kerana setiap dugaan datang daripadaNya.
....Sekadar Pengetahuan bersama.....













18 Januari 2010

Salam Imtihan


Apabila telah memasuki bulan januari masing-masing sibuk dengan dunia sendiri. Mencari kawasan sendiri mencari ketenangan dari keriuhan gelak ketawa bersama teman. kenapa? hanya tinggal berapa hari saja lagi imtihan akan datang. Mahasisiwi dan mahasiswa Al-Azhar sibuk menelaah sedia untuk imtihan tahaluf dan semester 1.

Bila cakap tentang imtihan, kerapkali masalah yang dihadapi oleh individu perasaan negatif pada peperiksaaan kerana rasa khuatir banyak lagi belum baca .Ada juga rasa gabrah bagaimana bentuk soalan yang akan diberi dan ada juga rasa takut akan kegagalan. Takut menyerah kalah sebelum berjuang.Walaupun telah berusaha sungguh-sungguh tetapi tetap rasa bagaikan tidak cukup ilmu itu. Merasakan akan gagal tidak dapat memahami dan menghafal setiap fakta yang dipelajari. Merasakan kalau usaha ini hanyalah menjadi sia-sia sahaja. Pentingnya kita memotivasikan diri agar tidak ada perasaan yang negatif. Sentiasa ingat harapan kedua ibu bapa yang sentiasa inginkan kejayaan yang cemerlang terhadap anak-anak mereka. Fokuskan mental terhadap apa yang kita lakukan dan apa pula hasilnya nanti. Dalam usaha kita mesti pegang kata-kata semangat.
Chayo chayo!!
aja aja fighting!!
Gambate!!
Nothing is impossible..!
tak kiralah bahasa apa pun yang kita guna yang penting ianya boleh membangkitkan rasa semangat untuk belajar.

Berusahalah bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan. Perlu kita mengkaji soalan yang lalu agar tidak terkejut nanti. Teringat masa first year, yang masih kebaruan di bumi anbiya terkejut melihat kertas soalan Al-Azhar. Sehinggakan sukar hendak baca apa yang ditulis sebab...... doktorah menulis menggunakan tulisan tangan. Bulat mata cuba membaca apa yang ditulis sehinggakan perlu panggil murakib tolong bacakan soalan.
Bila menjelangnya hari sebelum peperiksaan hendaklah jaga kesihatan dengan baik. Gangguan perasaan dan emosi hendaklah dikawal dengan baik agar tidak menjejaskan pembelajaran. Salah satu sebab gangguan emosi kerana merasakan banyak lagi belum baca dan hafal. Kurang tidur juga boleh menyebabkan letih, lesu dan tidak ada semangat untuk belajar. Pastikan tidur yang secukupnya.Jaga pemakanan kita. Biasakan diri selalu makan kismis dan minum susu...Selalu kita ucapkan pada adik-adik kecil agar selalu minum susu..
"adik..minumlah susu bagus untuk kesihatan dan adik pun jadi comel...(^_^)"
begitulah juga untuk kita yang telah dewasa kini...
Allah s.w.t berfirman " Makanlah dari makanan yang baik yang telah kami berikan"
surah Al-Baqarah 57 .

Tiada yang mustahil untuk semua ini melainkan dari diri sendiri untuk mendisplinkan diri. Banyakkan berdoa dan selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w. InsyAllah semuanya akan khair.

Buat teman-teman seperjuangan dan diri ini semoga kita mendapat rahmat dan hidayahnya mencari ilmu Allah. Semoga ilmu yang kita pelajaridapat dimanfaatkan kepada kesemua yang ada disekeliling kita. Good luck!! Salam Imtihan buat semua.








06 Januari 2010

Ahlan 2010


Pejam celik rupanya dah masuk tahun 2010. Hampir 3 tahun sudah saya berada di bumi anbiya. Bagaikan tidak percaya cepatnya masa berlalu. Banyak kenangan yang tidak mungkin dilupakan. Suka duka pahit manis semuanya ditelan dan pastinya diabdikan dalam memori.

Tapi sebenar-benarnya saya tidak pun merasa telah masuk tahun baru mungkin faktor kuliah yang semakin lama hampir ke fatrah imtihan. Harapan kali ini Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Segala pengalaman dan dugaan akan dijadikan iktibar buat diri sendiri dan semua di sekeliling... Selamat Tahun Baru buat semua....