26 November 2010

Hari Yang Berkat





Bersabarlah apabila bencana
Datang menimpa
Allah s.w.t akan mendatang
suatu keluasan dan kelapangan

Apabila engkau telah selesai menunaikan solat subuh, cubalah duduk dengan khusyuk dengan menghadap kiblat selama sepuluh minit atau setengah jam.

Banyakkan berzikir dan doĆ”, memohon kepada Allah s.w.t agar diberikan hari yang indah dan baik lagi berkat, hari yang penuh bahagia, hari kebaikan dan kemenangan, hari yang dipenuhi rezeki dan kebaikannya melimpah, hari yang bersih dari dosa. Dan dari-Nya kita memohon rezeki, serta dari-Nya kita mohon kebaikan. Allah s.w.t Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Banyakkan membaca Al-quran pastinya segala keraguaan dan kekacauan hati dapat dicuci dan ianya menjadi lapang dan tenang...

Pemuda Cacat Mental Tapi Hafal Al-Quran



Allah s.w.t memberi kita pelbagai kelebihan. Baik pada makhluknya yang sempurna akal mahupun kurang berakal. Cuma semua itu terpulang pada setiap makhluk untuk mempergunakan kelebihan yang diberi dengan sebaiknya.


Video yang saya kongsi bersama ini adalah tentang insan yang istimewa . Nama diberi Ahmad Muslim dia adalah seorang pemuda yg cacat mental bila ditanya sesuatu dia akan jawab yang lain atau mungkin menjawabnya dengan soalan yang asal atau tidak menjawabnya kerana bingung tidak faham pertanyaan dan sebagainya.


Seperti dalam video ini ketika ditanya
" kenapa kamu menghafal Qur’an?" Dia menjawab 23 juz.."

Ketika dijelaskan pertanyaan " untuk apa kamu menghafal Al-Qur’an?" Dia bingung dan menjawab "7 juz.."

"Bagaimana kamu menghafal Al- Qur’an?" Dia agak bingung dan menjawab dengan soalan asal.

Tapi bila ditanya tentang ayat ayat Qur’an, misalnya kalimat ini ayat berapa, surah apa, teruskan kalimat ini dan sebagainya dia dapat menjawab semuanya.

Subhanallah.. seakan akan dia tidak mengetahui apa- apa kecuali Al-Qur’an...

Di akhir video ketika ditanya, "kamu tahu hukum tajwid..?" Dia jawab "ya... hukum tajwid".

"Kamu mengetahuinya..? "Dia jawab.. "aa (ya)"

"Sebutkan salah satunya.." Dia pun beritahu... "aa (iyaa)"

"Atau kamu hanya mendengar Qur’an dan menghafalnya..?" Dia menjawab..." AL-Qur’an hafidz (hafal)".

Subhanallah... Mashaallah..., Laa Quwwata illa Billaah.

Betapa malunya bila kita ini adalah insan yang sempurna tetapi tidak dapat menghafal dengan baiknya.

Inilah kelebihan yang Allah s.w.t berikan pada hambanya yang dhaif.....

Inilah keajaiban Al-Qur’an...

Inilah bukti keagungan dan kebenarannya.


Allah s.w.t berfirman :

Sesungguhnya Kamilah yg menurunkan Al Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya”.
( QS Al-Hijr : 9 )



p/s: Terima kasih pada yang memaparkan video ini.

21 Oktober 2010

BolehKah Memakai Jubah Hitam Putih?



Terima kasih kepada yang bertanya tentang pendapat saya mengenai "bolehkah kita pakai jubah hitam putih kerana paderi memakainya". Mungkin pada yang bertanya ini juga ada pendapat tersendiri mengenai entri saya sebelum ini mengenai tudung yang menyamai dengan tudung biarawati (sisters kristian) sehinggakan terus bertanya mengenai jubah hitam putih yang dipakai oleh paderi.


Saya tidak menafikan dibolehkan memakai jubah tetapi jubah bagaimana pula yang dibolehkan? Dan mengenai tudung fesyen sekarang melalui bicara hati ini tetap tidak berkenan dengan cara pemakaian tudung walaupun ianya bertutup litup tetapi menunjukkan leher yang kemungkinan jinjang. Saya tidak berani meletakkan apa-apa hukum memakai tudung sedemikian rupa cuma saya titipkan bersama sebagai renungan dan ikhtibar dari Sabda Nabi :

"Sesiapa yang menyerupai satu puak, maka dia di kalangan mereka" (riwayat Abu Daud, al-Albani menilainya sebagai sahih).


Maksud “ Menyerupai “ boleh juga diertikan sebagai “menyamai , meniru-niru , mengajuk-ngajuk dan sebagainya . Kalau perkataan ini kita fahami secara umum , sudah tentu ianya tidak sesuai dengan tuntutan Islam yang memudahkan umatnya . Tidak sesuai dipakai erti “ menyerupai “ secara umum ( mutlak ) kerana di dalam kehidupan kita sehari-hari sendiri banyak perkara yang sama di antara kita dengan orang-orang bukan Islam .

Contohnya :

Kita menaiki kenderaan , mereka ( non-muslims ) juga menaiki kenderaan .

Kita ke sekolah , mereka pun ke sekolah .

Kita makan pakai tangan , mereka pun makan pakai tangan .

Kalau kita makan dengan sudu dan garpu , mereka pun begitu juga .

Kalau kita pakai kemeja dan seluar , mereka pun begitu juga .

Kalau kita ada rumah batu , mereka pun ada rumah batu juga .

Pendek kata Banyak perkara yang serupa yang kita dan mereka lakukan di dalam kehidupan sehari-hari .


APAKAH ERTI SEBENAR "MENYERUPAI" ?


Umat Islam dilarang menjadikan orang-orang bukan Islam sebagai idola mereka dan meniru-niru pula cara hidup mereka . Ini disebabkan umat Islam adalah umat yang terbaik di sisi Allah Ta’ala dan merekalah yang sepatutnya ditiru bukannya meniru .


Namun apa yang berlaku kini umat Islam di akhir zaman terbalik pula jadinya , mereka bukan sahaja terikut-ikut dengan cara kehidupan orang-orang bukan Islam yang tidak sesuai dengan ajaran Islam , bahkan kadang-kadang di dalam aqidah dan ibadah sekalipun , mereka turut mengikutinya. Maka dimanakah letaknya darjat orang Islam yang kini nya semakin ramai dimanpulasikan dengan pengaruh luar yang bertentangan dengan syariat Islam?


Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda dengan maksudnya :

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “ Kamu pasti akan mengikuti sunnah ( cara ) orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan jika mereka masuk ke dalam lubang dhob sekalipun, kamu tetap akan mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani ? . Baginda bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi ? “ ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim ( rahimahumalLah ) .


Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas , demi mengekalkan jati diri dan syaksiah umat Islam , maka mereka dilarang menyerupai orang-orang bukan Islam . Semuanya ini akan melibatkan banyak aspek dari segi Aqidah dan kepercayaan, Ibadah, Akhlak dan kehidupan seharian .


Saya berikan satu contoh yang mudah kita lihat Orang-orang bukan Islam memakai neck tie , berkot , berkemeja dan sebagainya . Tidaklah salah umat Islam hendak memakai pakaian seperti ini sebab tiada dalil yang menegaskan bahawa pakaian umat Islam serban dan jubah semata-mata begitu juga pada warna pakaian.



ADAKAH BOLEH MEMAKAI JUBAH ?

Firman Allah s.w.t

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu..Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab : 59).


Model pakaian yang paling disukai oleh Rasullah s.a.w adalah gamis (sejenis jubah), kerana dengan gamis lebih menutup tubuh daripada memakai izar dan rida (pakaian atasan dan bawahan seperti yang dipakai orang yang sedang berihram). Pada masa Rasulullah s.w.t, orang-orang Arab memakai izar dan rida, dan ada juga yang memakai gamis, akan tetapi Rasulullah s.a.w lebih menyukai gamis kerana alasan di atas lebih menutupi seluruh tubuh.


Dalam hadis dari al-Mughirah bin Su’bah, beliau berkata: Sesungguhnya Nabi s.a.w. memakai jubah Rom – dalam sebahagian hadis disebut jubah syamiah (negeri Syam) – yang sempit kedua tangan bajunya. (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain).


Seperti kita maklum Rom ketika itu adalah tamadun besar Kristian bagaikan dunia Barat pada hari ini. Namun jubah Rom atau syamiah tiada kaitan dengan agama berkenaan, ia adalah pakaian bangsa.


Lihat apa kata sarjana agung umat ini Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H):

“Rasulullah s.a.w. pernah memakai gamis (baju labuh) dan serban, baginda pernah memakai kain sarung dan ridak (baju separuh yang dipakai bersama kain sarung), baginda pernah memakai jubah dan farajiah (baju besar dan panjang kedua tangannya).


BOLEHKAH WARNA JUBAH HITAM PUTIH?


Islam itu syumul yang senantiasa berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah maka mengenai Soal pakaian dan budaya Islam adalah terbuka dengan syarat tidak melanggari prinsip-prinsip syarak seperti pakaian atau perbuatan yang khas hanya untuk penganut agama tertentu selain Islam atau kelompok tertentu yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Ini seperti pakaian atau perbuatan khas sami atau paderi, atau khas kelompok yang terang-terang menyanggahi Islam.


Sabda Rasulullah saw., “Kenakanlah pakaian berwarna putih, karena warna putih adalah paling suci, dan paling baik, serta kafanilah mayat kalian dengan kain berwarna putih.” (Diriwayatkan An-Nasai dan Al-Hakim yang meng-shahih-kannya).

Rasulullah s.a.w menggalakkan warna putih, namun ada beberapa hadis menunjukkan baginda juga memakai warna lain. Baginda memakai berbagai-bagai pakaian dari berbagai-bagai negeri seperti Yemen, Najran, Mesir dan lain-lain.

Maka apa yang perlu kita lakukan adalah dengan mengambil iktibar walaupun kita BOLEH berpakaian seperti mereka . Selagimana kita boleh mengelak dan mencari ruang selagi itulah kita perlu berbeza dengan mereka.


Jika tiada ruangan yang membolehkan kita berbeza dengan mereka , maka tidak mengapa kita menyerupai mereka itupun di dalam ruang dan batas-batas yang terhad . Contohnya di dalam menggunakan sains teknologi yang mereka hasilkan disebabkan kita sendiri lemah daripada mencipta rekaan-rekaan baru seperti itu . Dan kelemahan kita itu tidak syak lagi disebabkan kita sendiri lupa dan lalai dan senantiasa membiarkan pengaruh luar masuk tanpa henti-henti.

wallahualam.

p.s/-Respon pada yang bertanya

19 Oktober 2010

Satu Kelahiran memberi Seribu makna

18 oktober satu tarikh yang biasa bagi org lain tetapi tidak pada setengah orang. Mungkin tarikh itu ada sejarah yang tersembunyi mahupun yang nyata. Begitu juga buat diri saya tarikh ini adalah tarikh keramat yang sentiasa diingat walau cuba buat tidak ingat. "hari lahir ku". Sebuah kelahiran yang memberi makna pada setiap insan.


Lazimnya apabila menjelang hari lahir , setiap orang mahukan hadiah yang istimewa terutama sekali disambut majlis hari jadi. Tapi bagi saya semua itu tidak penting hadiah mahupun majlis hari jadi yang paling utama adalah ucapan "terima kasih" kepada ibu yang telah selamat melahirkan bayi. Itu yang sepatutnya kita lakukan sebagai anak. Bukan mengharapkan ibu dan ayah memberi hadiah yang mahal dan mewah tapi ucapan yang paling bermakna dalam hidup. Tanpa mereka kita sebagai anak tidak akan wujud maka sewajarnya kita ucapkan


"Terima Kasih Mama"

"Terima Kasih Baba"


Ibu yang mengandungkan kita selama sembilan bulan pastinya tidak tertanggung rasa kesakitan dan keperitan yang dialami. Wajarlah kita melakukan segala kebaikan pada wanita yang bergelar ibu . Dan seringkali katakan "syurga itu dibawah telapak kaki ibu". Benar syurga itu berada dibawah telapak kaki ibu.


Ibu lah yang mengandungkan kita.

Ibu lah juga yang melahirkan kita.


Allah s.w.t berfirman:
"... Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan (yang berhakdisembah) selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?"


Ayah yang bekerja keras membina sebuah keluarga yang harmoni. Sentiasa memikirkan hal keluarga dalam masa yang sama memikirkan hal ekonomi keluarga. Tidak mahu anak-anak rasa kesusahan tika hidup. Tidak mahu anak-anak merasakan sukarnya hidup ini. Membimbing keluarga di jalan yang lurus.

**********************************************************************

Ada suatu cerita yang ingin saya kongsi bersama kalian tentang seorang anak perempuan yg bertanya kepada ayahnya,tatkala tanpa sengaja ia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut,dengan badannya yang mulai membongkok, disertai suara batuknya yang keras.

Anak perempuan itu bertanya kepada ayahnya, ketika ayahnya sedang santai di beranda.
"ayah, kenapa wajah ayah kian berkerut dan badan ayah kian hari kiat membungkuk?"

, Si ayah menjawab " Kerana aku lelaki "

anak perempuan itu berkata sendirian " aku tidak mengerti" dengan berkerut kening kerana jawapan ayahnya membuat hatinya bingung dan tidak mengerti apakah maksudnya.

Ayah hanya tersenyum, dipeluk dan dibelainya rambut anaknya sambil menepuk bahunya dan berkata "Anakku kamu memang belum mengerti tentang lelaki ". Demikian bisik sang ayah yang membuat anaknya bertambah bingung.

Kerana perasaan ingin tahu dan ia mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya
"Ibu, mengapa wajah ayah kian berkerut dan badan ayah kian hari kian membongkok? dan sepertinya ayah mengalami demikian tanpa ada keluhan atau rasa sakit ?"

Ibunya menjawab
"Anakku, jika memang seorang lelaki bertanggung jawab terhadap keluarga itu memang akan demikian ".

hanya itu jawaban si ibu dan anak itupun kemudian tumbuh dan menjadi dewasa, tapi ia tetap masih mencari-cari jawaban, kenapa wajah ayahnya yang tampan berubah menjadi berkerut dan badannya membongkok??

Hingga suatu malam anak perempuan itu bermimpi, dan didalam mimpinya ia seolah-olah ia mendengar suara yg lembut dan kata-katanya terdengar dengan jelas, itu ternyata rangkaian jawaban pertannyaannya selama ini yang selalu ia cari.

" Saat kuciptakan lelaki, AKU membuatnya sebagai pemimpin keluarga, serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga tersebut, dan ia senantiasa akan berusaha menahan setiap ujungnya agar keluarganya senantiasa merasa aman, teduh dan terlindungi. "


"Kuciptakan bahunya yg kuat dan berotot untuk membanting tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat untuk melindungi seluruh keluarganya. "


"Kuberi kemauan kepadanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yg berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, walaupun seringkali ia mendapat cercaan dari anak-anaknya, "


"Kuberikan kesabaran,ketekunan dan dan kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa ada keluh kesah. walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan seringkali menerpanya."


"Kuberikan perasaan kuat dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun, walaupun tidak jarang anak-anaknya melukai perasaannya dan hatinya."


"Padahal perasaannya itu pulalah yang telah memberikan rasa aman disaat anak-anaknya tertidur lelap"


"Kuberikan kebijaksanaan dan kemampuan kepadanya untuk memberikan pengertian dan kesadaran kepada anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang,bahkan seringkali ditentang dan ditolak oleh anak-anaknya. "


"Kuberikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahwa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya pikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang bongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggung jawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga dan segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya. "


"Kuberikan kepada lelaki tanggung jawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga, agar dapat dipergunakan sebaik-baiknya, dan hanya inilah kelebihan yang hanya dimiliki oleh lelaki. Walaupun sebenarnya amanah ini adalah di dunia dan di akhirat."


Terkejut anak dari tidurnya dan segera ia berlari, berlutut dan berdo'a hingga menjelang subuh,setelah itu ia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan beban mu ayah. Maafkan ku dan terima kasih kerana membesarkan ku"


********************************************************************

Bila difikirkan semula berbaloi kah dengan apa yang kita balas jasa mereka berdua?

Seorang anak hendaklah sentiasa mendoakan mereka dan juga sentiasa lancar ucapkan kalimah "terima kasih" setiap apa jua mereka berikan pada kita. Entah bila lagi kita dapat ucapkan kalimah ini dan juga kalimah mohon "maaf" pada mereka. Tidak memadai hanya tika tibanya Hari Raya Aidil fitri sahaja baru ingin mohon kemaafan pada kedua ibu bapa kita tetapi ianya hendaklah sentiasa dan selalu dilafazkan.



Allah s.w.t berfirman
:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya;ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan sejak awal mengandung hingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya dalam masa dua tahun;Dengan demikian,bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua ibu bapamu;dan ingatlah,kepada Akulah juga tempat kamu akan kembali (untuk menerima balasan). Surah Luqman, ayat 14


Jasa dan pengorbanan mereka itu tiada tandingannya. Fikirkanlah bersama wahai insan yang bergelar anak.

01 Oktober 2010

Ingin


Ingin tapi tidak dapat
Ingin tapi ada halangan
Ingin tapi bagaimana
Ingin tapi gusar

Sukar
Payah
Kecewa

Seperti sengaja lari
Dengan penuh alasan
Bukan itu yang aku mahukan
Sedangkan diriku sangat ingin
Tapi itulah yang terjadi
Tidak mungkin dapat

Bagaimana harus aku lakukan?
Bagaimana harus aku perjuangkan?
Otak ligat berfikir
Hati asyik berkata

Ya Allah kuatkan semangat Juang ku
Tenangkanlah jiwa Ku

29 September 2010

Never win over Islam




This video was shot in Alexandria, Egypt, during the month of Ramadan 2010.. This is our answer to all those who fight Islam and try to stop it from spreading all over the world.. , we tell them you can draw cartoons or threat to burn Quran, or protest against Mosques, or ban the Athan, or fight hijab,.. etc, but in the end you will never win over Islam, because the power of the word of truth can never be defeated ...

Come to learn how strong Muslims are on their faith..
How much they love Islam..
How much they're sincere in following Islam..
How much they're dedicate in serving Islam...
Try to think of any religion in the world and you will never find followers of any religion who are as strong in their faith and sincere in their worship as Muslims..

In the video, people are praying in the streets because there is no empty place inside the mosque "Masjid" so they made the prayer on every empty place they could find.. And it's the same situation in every Islamic country around the world..

Think of any way to destroy Muslims or break a faith that strong, but the truth Is, you will never win over Islam...

Ameera Raudah p/s: got from facebook Islam voice..thanks for sharing the video.

13 September 2010

Syukur Pada Mu



Syukur alhamdulillah kita dapat menikmati hari raya ini. Pastinya juadah yang dihidangkan pada tetamu juga berbeza dengan hari-hari yang lain. Tika kita semua bergembira pasti ada yang berduka, teman-teman ada yang tidak dapat pulang ke tanah air pastinya kesedihan itu lebih berlipat ganda. Seperti pengalaman diri ini yang telah beraya di luar negara selama 2 kali raya aidil fitri dan 3 kali adil adha usah katakan betapa sedih dan rindu yang mendalam tika solat sunat. Menyembunyi air mata terlalu sukar dilakukan.




Syukur alhamdulillah raya kali ini lebih bermakna buat diri kerana dalam meyambut hari raya kami juga menyambut seorang ahli baru dalam keluarga. 12hb september bersamaan dengan 3 syawal kami menerima kakak ipar yang pertama dan menantu yang pertama buat mama dan baba. Gembira dan terharu melihat abang melafazkan akad nikah dengan hanya sekali lafaz. Selama ini saya tidak pernah merasakan apa-apa ketika sepupu-sepupu lain bernikah tetapi berlainan apabila abang sendiri yang hendak melafazkan. Entah macam sendiri pula yang nak bernikah (^_^) punyai rasa gabrah dan risau. Mendengar abang yang membaca khutbah kahwin agak melucukan..bukan maksud saya khutbah itu lucu tapi tidak pernah ada pengantin pun yang akan membaca khutbah melainkan Qadi tapi itulah yang berlaku disebaliknya.


Syukur pada Mu Ya Allah..


Rasa satu nikmat dan kenangan yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hayat kerana raya kali ini amat bermakna. Selama lebih dari 6 tahun kami sekeluarga tidak pernah dapat berkumpul dengan sempurnanya dan akhirnya buat kali kedua kami berkumpul satu keluarga cukup dan tidak ada kurangnnya.


Sejak mula menjejakkan kaki di tanah air airmata ini mudah saja mengalir. Pelik.. tapi itulah yang terjadi. Selalunya orang akan menangis bila berjauhan tetapi apa yang berlaku pada diri saya adalah sebaliknya. Airmata inilah akan menjadi musik dihati. Entah mengapa hati mudah rasa terusik rindu. Hati dan otak sering berbicara mengatakan tidak mahu lagi berjauhan daripada mama dan baba tapi apakan daya inilah pengorbanan yang harus dilakukan. Cuti tiga bulan perlu dimanfaatkan dan dipenuhkan bersama mama & baba.











SALAM AIDILFITRI dari kami sekeluarga buat anda semua. Maaf zahir dan batin..

21 Ogos 2010

Mambruk



Alfun Mambruk to all my friends (^_^) especially to Azlinah, Noreezan, Norizah, Syamsidar, Saadiah, Azhar, Arif Hairal, Hairul nizam and others students Al-Azhar university.... today we have nice day even result first year Syariah Islamiah for girls not already have in department students. Still got nervous without don't know what can happen in next future....(*_*)

Hope we got "tempias-tempias" from them pass in the exam...wish luck for all students first year in Syariah Islamiah ....amin...

Memories 3hb,5hb, 6hb



Before i wrote about memories I would like to say congratulations for the BAHEP and Demmas success to active in holy month of Ramadhan with the program Religious Studies for medical Sabah students.

Memories about Hostel for Sabah Student in Alexandria. Before deadline 3hb,4hb we have busy day and don't have any time to sleep very well. All the time in Vip room to make sure in good position and Syukur Alhamdulillah at 2010 august 5 Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman arrived here (cairo) for a working. He Come for the opening of Yayasan Sabah's Sabah hostel for Sabah student studying at the local universities here especially Al-Azhar University.We're as student glad with him have a time to visit here.


(5hb august at 9.00am)
Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman (10th right),Datin Seri Faridah (11th right), and others with some of my friends as students in Cairo posing in front of the Yayasan Sabah hostel in Cairo. The hostel was bought in 1998.My house at third floor.


Attend dinner at Azur Hotel,Alexandria.


We're Sabah Student with aunty Syarifah posing after finish work at Azur Hotel.


(6 august at 9.00 am cut the red ribbon Hostel Yayasan Sabah Alexandria)


Thanks a lot for our officer Ustaz Sabli. May Allah bless you.
We have a good memories even in busy day.

20 Ogos 2010

Ramadhan karem


Ramadhan karem

Allahuakram...

Salam ramadhan buat semua sahabat, muslim dan muslimat

Semoga ramadhan kali ini memberi kita seribu makna dalam kehidupan kita semua..

03 Julai 2010

Malunya....



Malunya...
Satu perkataan yang terkeluar dari pemikiran kita apabila ingin memulakan sesuatu
perkara yang pastinya orang ramai akan lihat tapi rasa muka mula rintik-rintik merah
kerana malu.

Malunya...
Satu benda yang kita tidak sedar ianya adalah salah satu dari cabang iman
Bila kita sedar pastinya ianya adalah satu benda yang amat dijaga dengan baik.

Malunya...
Aduh... adakah orang faham apa kita bicarakan ini?

Malunya...
Mestilah pada tempat yang berpatutan,
Tidak semua perlu malu..dan tidak semua tidak malu
Hendaklah berpada-pada...

Malunya...
Biarlah malu itu sentiasa ada pada diri ini
Andai tergelincir sedikit pastinya hilang sifat itu
Tapi bagaimanakah kita hendak menjaganya?

Fikir sama-sama...

01 Julai 2010

Kembali


Kembali? apa yang kembali?

Sunyi dan sepi itulah yang telah dilakukan selama sebulan lebih.

Entah mengapa diri sendiri juga tidak tahu.



Kembali? apa yang kembali?

Ingin semula menulis dan mencoret kata-kata hati.

Tapi entah mengapa diri sendiri juga tidak mengerti

Mengapa ia kembali sukar.



Kembali?

Ya, benar. ingin sangat kembali.

Cuba tidak menyepikan diri.



Semoga ianya kembali....

16 Mei 2010

Responsibility... is it easy??



Mahu membawa orang ke jalan Islam bukanlah senang seperti petik gitar. Petik gitar juga perlukan not yang betul salah not sumbanglah bunyinya. Begitulah juga keadaan ini, mengajak membawa dan bersama-sama berjalan beriringi. Tapi senang nampak dimata tapi berat yang mahu dipikul.


Dakwah...ya itulah yang hendak diperkatakan.


Jika seorang Muslim dihadapkan pada dua permasalahan, antara masalah dirinya sendiri dengan masalah umat, maka sudah seharusnya ia mendahulukan permasalahan yang dihadapi oleh umat. Sikap mendahulukan kepentingan saudaranya daripada kepentingan dirinya pribadi merupakan sikap mulia dan termasuk ke dalam bentuk pemikiran yang bernilai tinggi. Besar perhatian Islam terhadap permasalahan umat, dan bila adanya golongan yang tidak peduli dengan permasalahan umat dianggap sebagai orang yang tidak berguna, dan tidak tergolong ke dalam kelompok umat Nabi Muhammad saw.



Rasulullah Saw bersabda:
"Siapa saja yang bangun pagi, sementara ia hanya memperhatikan masalah dunianya, maka ia tidak berguna apa-apa di sisi Allah. Siapa saja yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslim, maka ia tidaklah termasuk golongan mereka". [HR. ath-Thabrani dari Abu Dzar al-Ghifari].


Islam tidak pernah membiarkan salah seorang dari penganutnya bebas dari tanggungjawab. Sebaliknya, Islam memberikan kepada mereka beban tanggung jawab yang sesuai dengan kemampuan sebagai manusia terutama apabila telah mencapai status akil baligh.


Rasulullah Saw bersabda:
"Ketahuilah, bahwa setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Setiap kepala negara adalah pemimpin dan ia bertanggung jawab atas kepemim-pinannya. Seorang pria (suami) adalah pemimpin dalam keluarganya dan ia bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Seorang wanita (istri) adalah pemimpin dalam rumah tangga suaminya dan anak-anaknya dan ia bertanggung jawab atas mereka. Seorang pelayan/hamba sahaya adalah pemimpin atas harta tuannya dan ia bertanggung jawab atas kepe-mimpinannya. Ketahuilah, bahwa setiap kamu adalah pemimpin dan masing-masing harus mempertanggungjawabkan kepemimpinannya". [HR. al-Bukhari Muslim].



Tanggung jawab semacam ini, semakin luas dan juga mungkin semakin sempit, sesuai dengan keadaan yang dibebankan kepadanya. Jika orang yang menerima taklifan dan ianya dapat melakukannya sendiri, contoh paling senang yang boleh kita fikir dengan memberi makan kepada kawan-kawan yang kelaparan, atau menolong orang-orang yang menderita, maka beban tersebut menjadi tanggung jawab individu. Kenapa saya katakan demikian?Sebab... ianya masih lagi mampu untuk dilakukan.


Bagaimana pula taklifan yang perlukan kerjasama orang lain sehinggakan banyak benda yang terjadi dan masih tidak dapat dilaksanakan. Mesti kita merasakan tanggungjawab itu sungguh berat bukan? tapi bila kita tetap berusaha membawa, melaksanakan walau hati rasa sakit, tertekan, payah , dan air mata mengalir laju ianya membawa pulangan yang baik.


Seperti kata teman "Setiap langkah mu itu ada PAHALA, BERKAT, dan GANJARANNya. Ia tidak mudah, bahkan memerlukan semangat dan MUJAHADAH yang tinggi. Usaha dan berbaik sangkalah pada Allah"


Sakit dan perit lumrah orang yang berjuang. Tidak ada yang manis semanis iman tidak ada yang pahit sepahit pengalaman.

Salam berjuang...

Study week, Study day, Study hard




Semakin hari semakin hampir


Semakin hari semakin gemuruh


Semakin hari semakin takut


Semakin hari semakin resah


Semakin hari semakin tensen



Kenapa?

Hanya boleh dikira dengan jari saja lagi hari syafawi dan tahriri untuk semester 2 final exam.
Hanya Allah saja yang tahu betapa risaunya hati ini.


Tidak kira dimana pun berada setiap ceruk punyai orang yang punyai pelbagai ragam. Ada yang hanya memegang buku kerana berkhayal, ada yang menelaah bersungguh hingga tidak peduli orang, ada yang buka buku sambil buka internet, ada yang baca buku sehingga kemana ia pergi disitu juga ada buku, ada yang belajar hingga tertidur atas buku. Sememangnya itulah fenomena yang berlaku dan ianya sudah menjadi lumrah pelajar yang belajar tambahan lagi bila hampir dengan exam.


Tapi masih ada juga yang sepertinya hampir putus asa. Merasakan ianya hanyalah sia-sia saja dia belajar. Semangat itu telah hilang. Merasakan terlalu jauh berbanding dengan orang lain. Merasakan sudah tiada masa lagi mahu belajar semuanya itu. Bagi saya Selagi belum berjuang selagi itulah masih boleh berlatih menghunus pedang. Selagi belum exam selagi itulah kita punyai masa lagi. Ibarat ini bagaikan seperti belajar "last minute" tapi sekurang-kurangnya tidaklah kita yang sendiri akan rugi bila kita melihat kawan kita berusaha bersungguh dan kita hanya menggoyang kaki kerana merasakan "give up".


Percayalah kawan ku.

Kita sama walau lain situasi..

kita tetap sama..

usaha itu lebih baik dari merasakan putus asa.

Sekurang-kurangnya kita tahu kita masih ada semangat lagi walau hanya dihujung tanduk.


Bitauffik wan Najjah

04 Mei 2010

Important and Urgent

Final Exam = Important and Urgent!! Sungguh menakutkan bila dengar dan sebut perkataan ini. Tambahan lagi jika diselitkan dengan perkataan Final. Apakah maksud yang tersirat dibalik perkataan ini? Pastinya kita semua sedia maklum bagi mahasiswa mahasiswi sekarang adalah Final Exam bak kata orang putih laaa...Kalau bahasa Arabnya Imtihan. Ianya sangat penting dalam hala tuju seseorang yang bergelar pelajar. Imtihan semakin dekat dan masa semakin suntuk. Tapi adakah Gambaran seperti ini belajar mahu berjaya didunia sahaja atau belajar untuk agama sahaja? tepuk dada tanyalah akal..


Dalam sebuah hadis Nabi menyatakan, "Barang siapa yang ingin berjaya dalam kehidupan dunianya, hendaklah (dicapai) dengan ilmu, barang siapa yang ingin selamat di akhirat nanti hendaklah dengan ilmu dan barang siapa yang ingin berjaya dalam menghadapi kedua-duanya (dunia dan akhirat) maka hendaklah pula dicapai dengan ilmu."


Bila hampirnya imtihan semua rasanya tidak kena. Rasanya seperti nak tidur tapi takut terlajak masa. Nak makan pun rasanya macam tidak cukup masa. Rasanya macam mahu putar semula jam ditangan mahupun didinding seperti tidak mahu masa itu makin kehadapan. Tetapi hakikatnya walau diubah kebelakang sekalipun ianya tetap berganjak. Merugikan masa , menghabiskan masa dan Itulah hakikat kehidupan. Dan bila masa penting telah tiba baru rasanya kalau boleh sentiasa mahu kebelakang agar tidak terbelakang.


Firman Allah s.w.t:

"Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran".


Melalui masa kita cuba segera bertindak. Maka ianya sangat Important and Urgent dalam kehidupan. Dan tindakan utama kita adalah berusaha dengan gigih. Insyallah hasilnya pasti yang terindah. Masa semakin cemburu dengan kesenangan kita. Maka Kita hendaklah peka dengannya.


Salam Imtihan buat semua penuntut ilmu terutamanya buat teman-teman Al-Azhar University.

Ceteknya


"Cetek" satu istilah pada satu tempat yang punyai air tetapi kiranya tidak seberapa dalam. Bukan itu yang ingin saya perkatakan. Tapi ceteknya ilmu didada ini...bila berhadap dengan orang-orang yang begitu banyak ilmunya.Makin belajar makin tidak tahu. Makin memahami makin merasakan diri ini sungguh cetek ilmu. Sehinggakan merasakan diri ini sungguh kerdil dihadapan mereka. Sungguh bersyukur ditemukan dengan "satu tujuan, satu harapan, mengubah impian" bersama-sama berjuang.


Sedar tak sedar dalam kehidupan sebenarnya kita haruslah punyai matlamat yang jitu. Tapi bagaimana untuk merealisasikannya? adakah hanya memandang dan hanya bercakap dibelakang sahaja tanpa bergerak ke hadapan. Kemudian biarkan ianya berlalu pergi ditiup dengan hanya melalui angin sepoi bahasa.


Seperti seorang ahli sains yang menyelidik setitik air, pastinya dia akan dapat satu kesimpulan bahawasanya air itu tersusun dari oksigen dan hydrogen. Dan begitu juga disebaliknya orang yang bukan ahli sains hanya dapat melihat air itu hanyalah air sahaja. Tidakkah ruginya orang yang hanya memandang tapi tidak cuba menyelidik.

Tanggungjawab kita ,matlamat kita, usaha kita, semuanya dicampur dan ditolak oleh setiap lapisan masyarakat.


Bila ceteknya ilmu tentang agama, pastinya mudah terumbang ambing dihanyut oleh arus pemodenan. Dengan zaman kini yang penuh dengan hiburan yang kita sendiri tidak sedarnya ianya telah membawa kita ke dalam satu kawasan lembah yang penuh dengan kehitaman. Apa yang hitam? pastinya anda sendiri boleh berfikir dengan secara jelas.


Pengetahuan itu adalah penunjuk jalan yang banyak membimbing kita ke arah cahaya yang jelas iaitu agama islam. Islam itu syumul. Cukup kita menggengam dalam kehidupan kita dengan berpandukan al-quran dan as-sunnah bukannya yang lain. Ianya membawa kita ke jalan yang benar dan ianya memimpin ke jalan yang satu.


Seperti sabda Baginda SAW bermaksud:
Sesungguhnya kebenaran itu menunjukkan jalan kebaikan dan kebaikan pula memimpin ke syurga. Sesungguhnya seseorang itu bersikap jujur (siddiq) sehingga ditulis di sisi Allah sebagai orang yang siddiq. Sesungguhnya dusta itu menunjukkan kepada jalan kemaksiatan dan maksiat menunjukkan pada neraka. Sesungguhnya seseorang itu berbuat dusta hingga ditulis di sisi Allah sebagai pendusta.” (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan al-Tirmizi)


Herbert Spencer dalam tulisannya ," Pengetahuan itu berlawan dengan khurafat, tetapi tidak berlawan dengan agama. Dalam kebanyakan ilmu alam tidak bertentangan dengan agama. Mempelajari ilmu itu merupakan ibadat secara diam, dan pengakuan yang membisu tentang keindahan sesuatu yang kita selidiki dan kita pelajari, dan seterusnya pengakuan tentang kekuasaan Penciptanya".

Hidup ini memerlukan aturan, ketentuan dan batas-batas yang perlu ada kerana adanya percampuran masyarakat kini. Tidak mungkin kita akan terlepas dengan perkataan " sungguh aku tidak tahu" . Melalui itu kita akan merasakan seperti orang yang masih mencari-cari dan lebih senang kalau guna bahasa kasarnya "bodoh" dan yang cuba menjadi "pandai".

Bagi saya Tidak mengapa mengatakan bodoh. Kalau melihat dari prestektif diri sungguh kasar bahasa itu dan saya sendiri juga tidak suka mendengarnya dihalwa pendengaran tapi itulah hakikatnya kerana melihat diri masih belum dapat mencapai matlamat hidup yang Allah berikan pada kita sebagai hambaNya.


Selagi masih bernafas dibumi Allah, carilah, galilah ilmu Allah yang bertaburan diseluruh dunia. Pastinya kita akan dapat melihat betapa cantiknya hidup ini bila dipenuhi dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat dan dapat membantu pada diri dan masyarakat menegakkan agama Islam.

wallahua'lam....

18 April 2010

oh Tatula



Pelik bukan nama "Tatula".

Tapi itulah realiti sebab pokok nie macam "Talantula"

"Tatula" ingin dedikasikan entri ini kat Lina.

Tatula dah makin meninggi sikit before Lina bagi masa kita dekat Alex..


Makasih Lina ... http://azlinahabdulgani.blogspot.com/



Sebenarnya tidak susah pun jika kita ingin menjaga pokok kaktus. Ianya sangat mudah. Tidak kiralah kaktus yang punyai duri mahupun yang berbulu macam "tatula". Tidak perlu keluarkan bajet yang banyak. Hanya perlukan cahaya matahari sahaja dan juga sedikit air untuk kesihatan kaktus. Tapi tidak boleh selalu siram nanti ianya akan jadi lembik dan berbau.


http://emo.huhiho.com
Pastikan Jangan terus jemur dibawah matahari.Nanti ianya terkejut dengan keadaan baru.Dan ianya akan lembik dan mati.


Setelah ditanam, letakkan di bawah tempat yang teduh, atau tertutup bayangan.Anda boleh pindahkan ke tempat yang lebih terang bila telah ianya berada dikawasan yang teduh.

Jika Anda menanam anak kaktus di dalam rumah, maka pastikan udara dalam rumah selalu baik untuk membantu pertumbuhan kaktus. Mudah dan Selamat (bajet beli tidak sangat perlukan baja..)

17 April 2010

Syukur pada Nya

Syukur pada Mu Ya Allah.

Sungguh agak sukar untuk tafsirkan rasa hati ini,

Gelombang hati ini betapa sakitnya kehilangan teman,

Sakit itu sukar diubati,

Bagaikan dihiris hati dengan sebilah pisau,

Dan kini hubungan itu telah kembali cerah,

Dengan rahmat Mu,

Dengan kasih Mu,

Tanpa ada rasa jauh,

Tanpa ada rasa janggal,

Syukur pada Mu,

Semoga ianya sentiasa cerah ,

Semoga ianya tidak hilang lagi




Syukur pada Mu Ya Allah,

Sekian lama sebulan lebih aku menanti,

Sebulan lebih aku mengharapkan,

Dapat hadir dan menuntut ilmu,

Dan Hari ini aku dapat menghadirkan diri,

Walau letih dan penat berjalan kaki,

kerna aku ingin hadir,

Tapi ianya tetap berbalas,

Syukur pada Mu Ya Tuhan ku,

Sungguh payah mencari Ilmu Mu,

Sungguh lelah mengejar Ilmu Mu,

Sungguh aku mengharapkan redha Mu,

Semoga aku kuat menghadapi segala dugaan Mu.

13 April 2010

Sihir Kata


Kadang-kadang pelik rasa dihati dan pemikiran ini melihat dari skop yang kecil mahasiswa dan mahasiswi sekarang. Bila membaca entri blog yang sering saya lawati mengenai kes-kes pencabulan terutama sekali buat mahasiswi dan banyak lagi hal-hal yang berkaitan lumrah realiti yang terjadi masa kini. Agak sedih dan terkilan melalui komen-komen mereka yang singgah membaca entri tuan blog ini. Mungkin terlalu jauh kali berfikir sehinggakan kata nasihat waspada tidak mahu lagi dihiraukan. Walaupun ianya satu berita yang agak selalu diperkatakan dimata masyarakat tapi ianya perlu diambil sebagai langkah berjaga-jaga dan saling ingat mengingati. Hairan mengapa tidak mahu mengambil ikhtibar dari cerita yang telah disampaikan. Mengapa mahunya bukti yang terang benderang sehinggakan orang lain mendapat aib?? Sedangkan orang yang ingin menyampai berita ini hanyalah sekadar peringatan pada kita. Cukuplah sekadar itu...


Sakitnya hati membaca komen-komen yang agak kurang terpelajar sedangkan hakikatnya memang terpelajar. Bagaikan disihir setiap kata sehinggakan orang yang membaca juga terasa pedihnya.


Sepertimana yang telah pernah saya tulis dalam entri blog "Mengapa ada Benci dan Mengapa Hati menjadi keras? dan ingin saya ulangi bicara Rasa Benci dan Dendam penyakit jiwa yang muncul dari perasaan sedih dan perasaan marah didalam hati yang tidak berkesudahan sehinggakan melemahkan kekuatan dan menyakitkan badan. Kita ketahui syaitan sentiasa cuba mengoda hamba Allah s.w.t dan kita juga ketahui tentang perasaan benci dan dendam ini adalah salah satu godaan syaitan yang sentiasa cuba menumbangkan keimanan seseorang hamba.



Allah s.w.t berfirman:
" Syaitan itu benar-benar hendak menjatuhkan kamu ke dalam permusuhan dan berbenci-bencian diantara kamu" (Surah Al-Maidah:91)


Mudah saja kerja syaitan laknatullah ini menghancurkan dan merosakkan hati-hati anak cucu Nabi Adam .Hanya dari terlalu membenci sahaja menjadikan kita mudah terjelepok didalam kawasan kelompok-kelompok permusuhan .

p/s:
Kalau benci tu atas sebab peribadi dan keduniaan, pastinya tidak boleh. Kalau benci itu kerana Allah, pastinya ada yang boleh dijadikan ikhtibar dalam kehidupan ini..dan Boleh jadi kita benci sesuatu, rupa-rupanya ada hikmah disebaliknya.

04 April 2010

My Responsibilty

My responsiblity...
apabila diberi tugasan terasa amat berat dan sukar
pastinya kalau boleh ingin saja menyerahkan semula kertas taklifan pada yang lebih layak
tapi wajarkah undur diri sebelum bertempur?
Berat mata memandang berat lagi tanggungjawab yang dibawa
andai tersalah pastinya tersungkur
andai terpesona pastinya terlupa akan tanggungjawab yang lebih utama


Dewasakan diri dengan taklifan yang diberikan
Usah malu usah takut
Usah gugup dan gementar
Kuatkan semangat jika diberi taklifan
Jangan biarkan gugur seperti daunan yang kering






Dunia ini dan Islam Sekali Lagi DiHina


Agak terlambat saya memberi pandangan tentang hal ini. Ironinya apabila Islam dihina ramai yang melenting menyatakan kemarahan dan ketidakpuashatian mereka. Seluruh dunia mengadakan demonstrasi sebagai tanda protes terhadap situasi yang sedang berlaku.


Malangnya ia bagaikan air pasang dan surut. Sensitiviti ini muncul sesekali apabila ada isu berkaitan agama yang dipersoalkan. Sedangkan apabila diteliti institusi kenabian sebagai contoh, tak pernah lekang daripada pelbagai ejekan dan tohmahan sepanjang zaman.


Dahulu Nabi Muhammad SAW pernah dikatakan tukang sihir, orang gila dan pemecah-belah masyarakat, hari ini ejekan dan tohmahan terhadap Baginda SAW masih berterusan cuma dalam bentuk yang berbeza. Ada yang melukis karikatur menggambarkan Nabi Muhammad SAW dengan gambaran yang mengaibkan dan tidak kurang juga yang menulis blog menghina Nabi Muhammad SAW. Malahan segelintir umat Islam juga turut terlibat mencemarkan institusi kenabian dengan tanpa malu-malu mengaku sebagai nabi.


Dan kini muncul semula karikatur (gambar diatas) yang mengambar betapa islam dihina. Hati mana yang tidak sakit hati melihat betapa rendahnya mereka letakkan islam dibawah dan pabila membaca pengakuan Lars Vilks yang seolah-olah tidak mahu dipersalahkan oleh pihak ramai. Beralasankan untuk menunjukkan kebebasan artis menyindir semua agama dan termasuk agama islam.


Lars Vilks mengatakan beliau mahu bebas sindir agama. "Saya sebenarnya tidak berminat untuk menghina.Tujuan karikatur itu dibuat adalah untuk menunjukkan ia boleh dilakukan. Tidak wujud sebarangperkara yang sangat mulia sehingga tidak boleh diejek," kata Vilks dalam satu temubual di Stockholm. Karikatur ini dipamerkan disebuah muzium.


Saya percaya setiap pembaca mahupun pendengar merasakan marah yang membara dan sakit hati , hati pedih, geram, pelbagai lagi emosi dikeluarkan. Dan pastinya otak juga ligat berfikir Kenapa Islam menjadi bahan ejekan dan cemuhan pihak yang tidak bertanggungjawab? Tapi perlukah kita melenting sahaja tanpa berbuat apa-apa kemudian biarkan berita ini berlalu bagaikan hembusan angin ? Memang benar kita perlu marah dan melenting tapi adakah perlu dengan memaki hamun? Dimana letaknya keperibadian seorang muslim bila dihadiahkan lagi sebuah episod penghinaan islam? Dan ini adalah persoalan yang mesti difikirkan bersama oleh setiap individu muslim.


Mudah saja kita melenting dan memaki hamun tetapi adakah kita merasakan ianya berbaloi?Persoalan-persoalan ini perlu dijawab, bukan hanya sekadar berpeluk tubuh, selesa menuding jari kepada pembuat angkara. Cerminlah diri sendiri sebelum mencemuh orang lain. Malahan tabiat buruk seperti ini perlu dikikis , jika ingin melihat umat Islam maju setanding dengan yang lain.


Dan semalam ahli bait saya menunjukkan sebuah video yang diupload dan di tag disetiap senarai kawan-kawan dalam facebook . Ramai yang memberi komen ada yang positif dan ada juga negatif. Video itu dirakamlan oleh anak-anak remaja bukan islam yang ketika itu berada didalam gereja berlakon seolah-olah mereka sedang solat tetapi pergerakan mereka sungguh menyakitkan hati.. dan yang merakam itu juga sengaja mengatakan sambil gelak ketawa,

"orang-orang ini sedang menyembah para jemaah didepan ini termasuk saya(orang yang sedang merakam)".

Mudah bukan mereka mengejek agama islam...tetapi suatu benda yang ingin katakan ada juga yang memaki video ini. kenapa memaki? kenapa menyebut benda yang tidak sedap dihalwa pendengaran ini? kenapa?? memang menyakitkan hati melihat tetapi lagi menyakitkan bila membaca komen video ini.


Inilah kita yang mudah melenting,mudah menutur kata yang kurang enaknya dan kenapa kita tidak lebih berfikir jauh. Mudah kata seperti akal pendek. Dan ketika mereka mula menghina kependekan akal kita, kita terus rasa hati mendidih marah. Tepuk dada tanyalah pada diri sendiri. Cermin diri kita. Kita ini muslim. Begitukah cara kita??


Inilah kita bila ditinjau dari sudut perbuatan dan tingkah laku sama sekali tidak menampakkan ciri-ciri seorang muslim yang dapat menggambarkan ketinggian dan kemurnian Islam sebagai The Way of Life.


Dan keputusannya,sesetengah masyarakat Islam telah menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar. Ini dapat diperhatikan sendiri melalui cara berpakaian, pergaulan dan muamalah seharian. Perlakuan ini membawa kepada masalah-masalah lain yang semakin bernanah dalam masyarakat seperti sumbang mahram, pesta seks, minum arak, buang bayi dan lain-lain yang seolah-olah sinonim dengan masyarakat Islam.


Adalah tidak adil jika hanya seronok menyalahkan orang tanpa menilai kelakuan sendiri. Cemuhan terhadap Nabi Muhammad SAW melalui blog seperti yang dilaporkan oleh akhbar baru-baru ini, jika ditinjau dari satu sudut berlaku kerana mereka tidak mengenal peribadi Nabi Muhammad SAW.


Dari sudut lain, ia juga berlaku kerana kelalaian dan kealpaan masyarakat Islam dalam melaksanakan ajaran Nabi Muhammad SAW yang boleh menjadi cerminan kepada keluhuran budi pekerti Baginda SAW yang mulia.


Sebagai contoh ada di kalangan remaja Islam yang kini lebih seronok mengenakan topi ala Santa Klaus ketika menyambut perayaan Hari Natal, dengan penuh bangga bergaya ke sana ke mari, tanpa disuruh bahkan sanggup berbelanja lebih semata-mata untuk berseronok. Malangnya amalan memakai kopiah atau songkok yang menunjukkan keperibadian seorang Muslim tak pernah diendahkan malah malu untuk memakainya kerana bimbang dikatakan berlagak alim dan sebagainya.


Inilah antara kebimbangan yang pernah disuarakan oleh Nabi Muhammad SAW disaat hampir terjadinya hari kiamat, Islam hanya tinggal nama kerana tidak dipraktikkan manakala al-Quran hanya tinggal huruf-huruf, kerana tidak dibaca. Lebih merosakkan lagi apabila orang Islam lebih cenderung menjadikan al-Quran sebagai tangkal penghalau hantu berbanding melaksanakan ajaran al-Quran dalam segala urusan harian yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia.


Akibat kealpaan dan kelalaian itu, Islam terus dihina, umat Islam pula menghidap pelbagai jenis penyakit yang sukar untuk diubati. Kesannya bukan sahaja dirasai oleh kita masyarakat Islam di sebahagian tempat, malah telah merebak dan berjangkit ke seluruh dunia, Islam dilabel sebagai pengganas, jumud dan menolak kemajuan.


Atas alasan itu jugalah saudara Islam kita di Palestin ketika ini berdepan dengan angkara durjana penjajah Israel yang bersifat kebinatangan. Saban hari ada sahaja yang dibunuh, tanah-tanah dirampas, mereka diserang bertubi-tubi tanpa belas kasihan melalui udara, laut dan darat.


Penjajahan Israel ke atas negara Islam Palestin bukan sejarah baru. Orang Islam Palestin terus menjadi sasaran peluru berpandu Israel, bedilan meriam dan tembakan senjata api tanpa peri kemanusiaan.

Setelah 60 tahun dijajah, masih lagi diperlakukan seperti binatang, saudara Islam Palestin masih menderita. Penyembelihan ke atas kanak-kanak, orang tua dan yang tak berdaya berterusan tanpa pembelaan yang sewajarnya.

Akhirnya saudara Islam Palestin terpaksa berjuang habis-habisan, bersendirian mempertahankan agama, kehormatan dan tanah air mereka sehingga ke titisan darah yang terakhir. Dengan bekalan makanan dan minuman yang terbatas mereka sanggup bermandikan darah, demi untuk syahid dan mendapat nikmat syurga seperti yang dijanjikan oleh Allah.
Sampai bilakah mereka akan terus bermandi darah. Apakah tindakan yang telah dilakukan oleh kita sesama saudara Islam. Paling menyedihkan apabila terdapat sesetengah daripada kalangan masyarakat Islam yang langsung tidak ambil peduli senario yang berlaku.
Mereka sibuk dengan berbagai-bagai bentuk hiburan yang berjaya mengalihkan ingatan dan perhatian terhadap isu berdarah di Palestin. .diberikan kemudahan yang berlipat ganda tanpa melihat dari mana sumbernya. Dalam diam-diam kita sebenarnya adalah penyumbang dana pada mereka dan kita langsung tidak menyedarinya. Mudah sungguh kita alpa...


Mungkin penyakit umat akhir zaman, cinta dunia dan takut mati yang pernah dikatakan oleh Nabi Muhammad SAW, telah merebak dan melanda di serata dunia Islam. Sehingga masyarakat Islam lebih mementingkan diri sendiri, sibuk dengan urusan dunia tanpa ada masa mempedulikan sesama saudara se-Islam.


Ingatlah sabda Nabi Muhammad SAW yang pernah menyebutkan: "Perumpamaan seorang Muslim dengan Muslim yang lain dari segi kasih sayang, hormat menghormati dan saling bertimbang rasa adalah seperti satu jasad, Apabila ada satu anggota daripada jasad itu sakit maka seluruh badan akan turut menderita kesakitan".


Rasakanlah penderitaan mereka sebagai bukti kasih-sayang dan cinta sesama Islam. Laksanakanlah segala ajaran syariat demi untuk memartabatkan Islam agar tidak terus dipandang hina di mata dunia, hulurkanlah sumbangan dan bantuan bagi membantu saudara se-Islam yang ditindas dan dizalimi.


Iringilah perjuangan mereka dengan doa sambil berharap agar Allah SWT membantu mereka dengan bala tentera yang tidak kelihatan seperti di hari Peperangan Badar. Semoga Allah SWT menurunkan pertolongan-Nya kepada saudara se-Islam di Palestin, atau menggantikannya dengan kenikmatan gugur syahid kerana mempertahankan ketinggian dan kehormatan Islam yang suci.

03 April 2010

Petik Dan Semaikan


Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.Daripada lbnu 'Umar r.a. Ų±Ų¶ŁŠ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł†Ł‡Ł…Ų§ beliau berkata: Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu.lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:"Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu."



Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dunia ini adalah terlaknat, terlaknat pula apa-apa yang ada di atasnya, melainkan berzikir kepada Allah dan apa-apa yang menyamainya, juga orang yang alim serta orang yang menuntut ilmu." Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa itu adalah Hadis hasan.



Mulakan harimu dengan zikirullah, Mulakan solatmu dengan a`uzubillah, Mulakan doamu dengan alhamdulillah, Mulakan kerjamu dengan bismillah, Mulakan amalmu dengan ikhlas lillah, Mulakan taubatmu dengan keinsafan, Mulakan silaturahimmu dengan mahabbah fillah, Mulakan keazamanmu dengan restu Allah, Mulakan rumahtanggamu dengan mencintai kerana Allah, Mulakan pekerjaanmu untuk mendapat keredhaan Allah, Kerana permulaan yang baik akan menentukan pengakhiran yang mulia...

Menghitung hari~Saat berlalu..Minit ke Minit..Jam berlalu pantas..Bumi semakin nazak..tidak mampu lagi menanggung maksiat drp tangan2 manusia lagi..Entah bila ia terpaksa pergi,hinggakan diri kita takkan terkecuali.. saudara oh saudaraku..masihkah d...irimu dlm terleka dengan dunia?sedangkan ianya sementara..itulah hakikatnya alam ini.. Sama2lah merenung kembali siapakah diri kita.layakkah kita untuk berdepan dgnNya...

30 Mac 2010

Alhamdulillah..

Syukur alhamdulillah..akhirnya dapat jalankan usrah kiranya pertama kali bagi tahun ini. Telah berapa kali bercadang hendak buat usrah tapi selalu tidak kesampaian. Sedih pastinya terbit dalam sanubari kerana tidak dapat menjalankan tanggungjawab.


Walaubagaimanapun dengan izin Allah dapat juga kami jalankannya. Syukran pada ahli bait syaah 8 kerana memberi kerjasama. Sayang kamu semua. Semoga melalui usrah ini kita semakin diRahmati dengan setiap ilmu yang dikongsi bersama.

28 Mac 2010

Ukhuwah Fillah

Dulu...

kita bersama-sama mengharungi kehidupan yang baru dinegara orang.

Usah dikatakan bagaimana rasa rindu pada tanah air


sering mengamit disetiap 14 jiwa di bumi Anbiya ini.


Bersama-sama jalan kaki ke kuliyah...


Bergelak ketawa...


Suka duka...


Pahit manis mengurus pendaftaran kuliyah...


Bersatu hati Tolak menolak kerna orang arab mahu potong baris ketika bayar yuran...


Kemudian....

Tinggal lagi 13 jiwa yang masih cuba nasib...

Masing-masing sering berdoa diberi kekuatan...

Agama Allah yang dicari...

Tapi....

Disangkakan cerah akan sentiasa di siang hari...

Rupanya hujan ditengah malam....






Kini...

Tinggal 12 jiwa yang masih kental melawan hati yang sebenarnya rapuh dan lemah.

Airmata sering menjadi peneman.

Esakan sering menjadi pemuzik hati.

Seorang lagi teman kembali ke tanah air..

Kembali meneruskan perjuangan..

Kerana sememamg perjuangan itu masih perlu diteruskan...

Lapangan terbang ini menjadi saksi perpisahan kita..

Sungguh mengharapkan memori ini tidak akan lupus...

Dan pasti kita akan bertemu lagi...




For My friend...

~~Sheilla Mei K.Diaz~~

As My Laling....

Wherever you go...

Wherever you fly far away...

You still in my Heart
..

Ukhwah Fillah

24 Mac 2010

Kenapa Hati Menjadi Keras?



Daripada Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:" Janganlah memperbanyak percakapan selain untuk berzikir kepada Allah s.w.t maka sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah s.w.t itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah s.w.t ialah mereka yang berhati keras


Ketandusan jiwa pada hari ini adalah satu penyakit yang sangat ketara sekali ditengah-tengah masyarakat dahulu dan kini. Ramai orang yang merasa susah Hati, sakit Hati, iri Hati, dan langsung tidak merasakan nikmat ketenangan di Hati walaupun ianya telah beroleh kemewahan dan kesenangan tapi ianya masih belum rasa puas di Hati....Kenapa semua ini berkaitan dengan Hati??


Semuanya berpunca dari Hati yang keras, jiwa yang tandus dan mata yang tidak pernah menangis kerana takut pada Allah s.w.t Timbulnya kekerasan di Hati adalah berpunca daripada banyaknya bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak ada hubung kait dengan mengingati Allah s.w.t.


Hati yang keras adalah Hati yang tidak mudah menerima nasihat daripada orang lain. Kalau ditegur mudah sangat melenting dan rasa ketidakpuas Hati. Pantang ditegur, tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa oleh orang dan sentiasa merasakan dirinya hanya saja yang betul sedangkan ianya jelas dimata pihak lain ianya silap.


Hati yang keras sentiasa merasakan sangat berat untuk berzikir dan membaca Al-Quran. Diri itu merasakan sangat malas untuk melaksanakan ibadah yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. Bila masuknya waktu solat ia merasakan sangat terbeban dengan solat lima waktu sehari semalam dan langsung tidak merasakan diri itu sedang bertemu dengan yang Khalik..


Bagi orang yang beriman hendaklah ia selalu menggunakan lidahnya berzikir kepada Allah s.w.t dan selalu membaca ayat suci Al-Quran. Banyakkan bercakap tentang kemasalahatan agama yang pastinya memberi faedah dalam meningkat ketakwaan kepada Allah .s.w.t .


Semoga kita berada digolongan orang yang punyai hati yang lembut dan punyai rasa rendah diri kerna mengingatkan kita betapa kerdilnya diri ini pada yang Khalik.

Run and Back...




Seminggu ada Tujuh hari

Empat hari lari cari ketenangan

Tiga hari kembali cari kekuatan







Ya Allah Ya Tuhanku

Berikanlah aku kekuatan

Menghadapi segala dugaan dan rintangan

Aku hanyalah insan yang lemah

15 Mac 2010

Peperangan Al-Fijar ( Harbu Fijar)

Belek-belek muka surat kamus cari makna kalimah setiap perkataan yang tidak difahami tapi tetap tidak faham. adui...napala susah sangat nak faham cerita ini. relax luu.. makanlah dulu.

Sakit kepala bila membaca tetapi tidak faham. Agak sukar untuk teruskan pembacaan . Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Dah alang-alang sudah baca buku sirah jadi kena habiskan jugalah tajuk yang dibaca.


Ingin berkongsi bersama tentang Perang Al-Fijar (Harb ul-Fijar). Ianya berlaku ketika Rasulullah s.a.w berusia 20tahun. Perang ini berlaku diantara Quraisy bergabung bersama Kinanah menentang Qais. Sebab berlakunya peperangan adalah bermula dari Nu'man Bin Munzir Pemimpin negara arab iaitu di Hirah menghantar setiap tahun peniaga dan barang dagangan ke Pasar Ukaz.


Dan ketika itu Arwah adalah seorang pedagang duduk disebelah Barad Bin Qais. Barad adalah seorang yang suka pemusnahan dan suka berfoya-foya. Nu'man Bin Munzir mula bertanya, " siapakah yang sanggup memhantar barang niaga ini kepada Bani Kinanah?" Lalu Barad berkata, " aku sedia menghantarnya pada mereka". Nu'man berkata lagi, "aku mahu kau sedia menghantar kepada semuanya".


Arwah mencela kerana tidak berapa setuju dengan pilihan Nu'man untuk menghantar Barad membawa barangan niaga itu. Dia memberi cadangan agar biarlah dia saja mencari dari ahli Najid dan Tihamah. Dan berkata Barad pada Arwah, " atau kau sendiri yang pergi menghantarnya?".


Kemudian Arwah keluar pergi berdagang dan dia telah dibunuh kerana dikhianati dari Bani Qais sehingga pengkhabaran berita kematiaan Arwah tersebar. Bani Kinanah mula berhati-hati dengan bani Qais. Berlakunya pergaduhan di Tanah Haram. Mereka sangat menjaga tanah haram itu dari berlakunya pertumpahan darah. Dan berkata pada musuh "Janji buruk kita dalah di Ukaz pada tahun depan"


Cukup setahun mereka berkumpul semula untuk menunaikan janji buruk mereka. Bani Qais dan Thaqif bergabung bersama. Bani Quraisy bersama Kinanah bergabung. Kemudian berlakulah peperangan antara dua qabilah sehinggakan satu hari itu yang sangat dahsyat dan sangat menggerikan. Seperti kita sedia maklum orang arab sangat menghormati dan menjaga kesucian tanah haram kerna punyai berhala mereka. Maka mereka menamakan hari itu Hari Fijar.

11 Mac 2010

Al-Fatihah _Syeikh Al-Azhar Syeikh Muhammad Sayyed Tantawi


"Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya" ( Surah Al-Imran, ayat 185 )


Al-Fatihah buat Syeikh Al-Azhar Syeikh Muhammad Sayyed Tantawi,82 tahun, yang telah kembali ke rahmatullah semalam 10 Mac 2010 bersamaan dengan 24 Rabiulawal 1431 semasa melakukan lawatan ke di Riyadh, Arab saudi.


Sungguh memeranjatkan saya kerana baru mengetahui berita kewafatannya pada hari ini. Sedangkan kemarin saya bersama rakan-rakan melihat berita Perancis sehinggalah berita menyiarkan tentang Syeikh Muhammad Tantawi. Kami tertanya-tanya apakah yang disampaikan oleh pemberita tersebut. Kami cuba memahami tajuk berita tetapi malangnya tidak ada seorang pun rakan dan termasuk diri saya sendiri pun tidak memahaminya malahan kami meniru gaya percakapan bahasa perancis.


Rasa menyesal dihati kerana tidak memahami berita perancis yang disiarkan kemarin. Saya sangat mengkagumi ulama' ini dan mengharapkan dapat bertemu selagimana diri ini masih berada dibumi Mesir ini. Sungguh rasa terkilan kerana berita yang disiarkan itu adalah mengatakan kembalinya seorang ulama ke rahmatullah dan saya sedikit pun tidak memahami butiran percakapan pemberita tersebut.Betapa rasa kehilangan seorang ulama besar bagaikan hilangnya sebuah permata yang berharga yang sukar dicari ganti.


Semoga Almarhum ditempatkan golongan yang beriman..Amin. Al-Fatihah..

07 Mac 2010

New Season ( Rabi' )

In reality, it was better..the road was empty and the trees were all yellow and leaves were covering the street...it was awesome view...

Diri ini melangkah keluar mencari udara segar dari imarah. Mata meliar melihat pokok-pokok mulai tumbuh daun menghijau dan bunga kuning dan merah mula berputik . Hati ini senang melihat keindahan alam yang mula punyai warna warni. Seperti kita sedia maklum Egypt adalah sebuah negara yang hampir keseluruhannya padang pasir. Kehangatannya tidak dapat dikatakan ketika Musim Panas sehingga tidak ingin keluar dari rumah. Tapi berbeza dengan Musim Bunga suasana dan kecantikannya terserlah walau ianya masih lagi dipenuhi dengan debu-debu pasir.

Selama ini hati selalu tertanya-tanya "apa disebut kalau musim bunga dalam bahasa arab?" Musim Bunga dalam bahasa arab " Rabi' ". Tidakkah kita sedar bahawasanya pabila masuk musim bunga ianya berada dibulan Rabiulawal dimana ianya juga adalah bulan kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Begitu indah susunan yang diberikan sehinggakan kita tidak menyedarinya.

Sebaik-baik musim adalah Musim Bunga dan seadil-adilnya. Begitu juga dengan pensyariatan Nabi Muhammad s.a.w adalah semudah-mudahnya dan seadil-adilnya.

Abu Abdul Rahman Al Haqli r.a berkata" setiap manusia pada namanya terdapat habuannya".

01 Mac 2010

Cerita Teksi Putih dengan Le3



Buat pertama kali kaki melangkah menuju ke kuliah selepas cuti semester pertama. Jam dah menunjukkan 8.45 pagi.


" aduh!! terlambat sudah ni" "Kalau mahu jalan kaki ni memang dah tak sempat"

Hari ini kelas madah Fiqh Syafie Doktorah agak "syadid" tidak akan benarkan masuk kelas kalau terlambat datang sebab kelas agak sempit.




Kaki terus melangkah untuk mencari teksi. Malangnya langsung tidak ada teksi hitam yang biasa kami naiki semuanya penuh.."aduh, lambat sudah ni". Tiba-tiba sebuah teksi putih tanpa ditahan berhenti didepan saya. Entah kenapa terus sahaja mulut lancar bertanya tanpa berfikir apa-apa,
"Jamiah Al-Azhar kuliyah Banat" "Aiwah".


Eh...tiba-tiba baru saya teringat kalau teksi putih ada meter tapi sudah tertanya ammu camna ni?" hati ini bercakap sendiri . Sebelum buka pintu teksi sempat lagi saya jenguk didalam kot-kot ada meter."tiada meternya..ok naik jela".


Sebaik saja tutup pintu teksi terkejut melihat ammu teksi tadi menekan meter...
"alamak!!! ada meter rupanya tersembunyi sedikit dengan kain lapik kereta....
"ya Allah, macam mana nie.."Sebenarnya saya hanya membawa duit tambang teksi Le3. Lazim kalau teksi biasa yang kami naiki memang itulah tambangnya. Masalahnya sekarang saya memang hanya bawa Le3 tak lebih tak kurang...aduh...


Berfikir saya macam mana ni. Mata saya masih melihat diluar mengharapkan dapat sempat sampai ke kelas sebelum doktorah masuk. Tiba-tiba pemandu teksi itu bertanya hendak masuk jalan mana," A'latul auw yamin?" "yamin Ya amm" tapi pemandu itu tidak mahu masuk ke kanan bila melihat jalan itu sesak . "La'.. mungkin a'alatul ahsyan zahman "..adui ammu ini kan suka la dia kalau jalan jauh sebab bayaran tambang mengikut meter. Alamak! Meter dah menunjukkan Le3. "La'..hena bass ya amm"Saya tetap berkeras tidak mahu jalan terus tapi masalahnya dah Le3 tapi belum sampai pun depan kuliah. Akhirnya saya terpaksa turun jalan kaki lagi sedangkan jam dah menunjukkan jam9.


Saya tahu pemandu teksi itu hairan kenapa saya turun disitu sedangkan tadi saya kata Universiti Al-Azhar walaupun jaraknya dah tidaklah berapa jauh lagi. Biarlah.. dari saya dengar pemandu teksi itu marah baik saya turun..Sebesar langkah saya buka agar cepat sampai ke kuliah. Geram rasa dihati kenapalah tadi gatal menanya teksi putih. Inilah padahnya..aduh. Buat kawan-kawan Lain kali bawa duit lebih sikit kalau ternaik teksi putih...hehehe





11 Februari 2010

Pengurusan Masa Bagi Siswazah


Firman Allah s.w.t.
"
Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat(nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran" (surah Al-Asr)

Cuti "Winter Break" dipenuhi dengan pelbagai program yang diadakan setiap biro BKPSM. "Hari Puteri" salah satu program yang diadakan dimana program ini baru sahaja bermula pada 11hb dan akan berakhir pada 13hb. Seusai solat subuh berjemaah, pertandingan Tilawah Al-Quran dan Tazkirah dijalankan. Saya tertarik dengan tajuk yang dipertandingkan iaitu "Pengurusan Masa Bagi Siswazah".

Kehidupan seseorang akan lebih terurus dan lancar apabila mempunyai pengurusan masa yang baik. Disiplin yang tinggi dan senantiasa berazam untuk memastikan ianya berjalan dengan lancar dan secara tidak langsung akan menjayakan seseorang itu kepada apa yang dirancang.

Seperti yang kita maklum sebagai seorang siswazah yang penuh dengan aktiviti harian masing-masing masih lagi terikat dengan "masa". Adakalanya terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kita akan kehilangan masa dengan sia-sia.Pengaruh media masa yang terlalu banyak kehebatan masing-masing sehinggakan kita lalai dan alpa. Sering melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak ditepi jalan,berjalan tanpa arah tujuan dan sebagainya.

Setiap orang hanya akan menerima masa yang sama dalam sehari selama 24 jam. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada mereka yang pandai mengurus masa.

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w telah berpesan untuk bersedia dengan lima perkara iaitu:

1) Masa hidup sebelum mati
2) Masa kaya sebelum miskin
3) Masa sihat sebelum sakit
4) Masa muda sebelum tua
5) Masa senang sebelum susah

Beringat-ingat sebelum ianya terjadi kerana masa itu tak mungkin dapat diulang semula seperti jam dinding yang mungkin kita boleh ubah dimana kedudukan jarumnya tapi kita tidak mungkin dapat memutarkan semula hari dan masa yang sememanya tetap berdetik demi detik.

Kita boleh atasi dengan pelbagai cara dalam pengurusan masa ini. Misalnya seperti
1) Senaraikan semua yang ingin dijalan dalam satu hari
2) Susun perkara yang lebih utama dahulu
3) Buat satu jadual untuk aktiviti yang ingin dibuat agar ia tidak terbuang begitu saja
4) Disiplin dalam setiap masa

Mungkin senang sahaja kita katakan tapi untuk melaksanakannya agak terlalu susah bukan??... Sebenarnya itu semua terletak pada diri masing-masing untuk mengatur kehidupan yang lebih sempurna.Jika inginkan kejayaan kita perlu berusaha.Tidak akan datang bergolek kesempurnaan itu dalam kehidupan tanpa mengurus masa dengan baik.

06 Februari 2010

Selamat Hari Jadi Mama




Mama
Selamat Hari Jadi,
Semoga mama panjang umur,
Murah rezeki,
Dilindungi dan dirahmati oleh Allah s.w.t
Amin ya Rabbalamin


We Love Mama