06 Februari 2013

Winter Break @ L.A ( part 1 )


Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang - bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya (yunus :24)


Cuti semester pertama kebiasaannya selama dua minggu bermula pada hujung januari hinggalah awal februari. Pastinya masing-masing sudah punyai rancangan tersendiri ketika musim cuti winter ini. Begitulah juga pada persatuan setiap BAKAN Negeri punyai program yang akan dilaksanakan. Kebiasaanya cuti winter ini, pelajar-pelajar akan memilih tempat untuk bercuti keluar dari kawasan cairo dan Alexandria. Ada yang akan keluar melancong ke negara eropah seperti Uk, Paris, Berlin dan ada juga pergi ke Turkey. Tetapi saya dan sahabat lain memilih tempat untuk bercuti hanya di dalam Mesir sahaja. Percutian kali ini saya dan sahabat pergi ke L.A. (opss.. bukan Los Angeles ya…) tapi LUXOR , ASWAN, dan ABU SIMBEL.


Luxor dalam bahasa arab disebut (الأقصر) yang bermaksud istana-istana raja. Ianya adalah sebuah kota modern yang terletak di kedua tepi timur dan barat sungai Nil dibahagian utara Mesir. Thebes, ibu kota Mesir kuno yang terkenal (2052 SM). Raja-raja Firaun memerintah di sini, mencipta sebuah peradaban , sehingga rakyat patuh pada mereka.Tanah-tanah padang pasir bagian baratnya yang pada masa lalu dikenali sebagai “kota kematian” kerana tempat ini adalah makam kepada semua pengikut Dewa Amun. Dan bagi kepercayaan mereka tempat mereka dimakamkan bersama kekayaan yang dapat dibawa ke kehidupan abadi.

Luxor adalah sebuah tempat yang menyimpan sejarah pelbagai koleksi seni dan catatan arkeologis Mesir purba, dan disinilah bermulanya episod perjalanan dan penafsiran kami berempat untuk melihat sejarah Mesir dahulu. Sepertimana Firman Allah swt : ”Katakanlah (wahai Muhammad): "Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadianyang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya”. (yunus: 101)

Bagaikan bermimpi dapat jaulah ke Luxor, Aswan dan Abu Simbel kerna perjalanan untuk ke sana tersangatlah jauh. Perjalanan ke Luxor mengambil masa selama 13 jam. Hampir sama waktu perjalanan untuk pulang ke tanah air Malaysia. Penat dan letih sudah semestinya terasa apabila hanya duduk didalam bus yang dipenuhi hampir keseluruhan adalah pelajar Malaysia. Tetapi bila memikirkan bila lagi untuk melihat sejarah peninggalan orang Mesir terdahulu lalu kami membuat keputusan untuk mengikuti jaulah bersama sebuah travel yang diurus sepenuhnya oleh pelajar indonesia.

Kami terhenti di Hurgadha selama dua jam sebab menanti giliran untuk mengisi petrol bus. Saluran gas dan minyak petrol dikawasan selatan kebanyakannya disekat oleh Israel menyebabkan berlakunya kesesakan jalan dan ada juga berlaku sedikit pergaduhan diantara pemandu yang beratur dibarisan dan pemandu yang memotong barisan kerana tidak mempunyai kesabaran yang tinggi untuk menunggu giliran mereka..


Hurgadha sebuah daerah yang sangat cantik dan sangat menarik. Laut Merah terbentang luas sehingga menampakkan tiga jalur warna biru. Matahari agak kelihatan terik dan menyebabkan saya hampir terlupa sebenarnya ketika ini adalah musim sejuk. Ramai pelancong luar negara duduk bersantai dan berjemur di dalam boot dan juga di kaki lima.


 Perjalanan diteruskan setelah selesai mengisi petrol di Hurghada,


Perasaan semakin teruja melihat keindahan alam. Dibalik langit yang biru, kelihatan Padang pasir terbentang luas dan Banjaran yang tinggi dan rendah menunjukkan tidak ada satu pun kehidupan yang berwarna hijau tetapi hanya berwarna kuning. Alhamdulillah tepat jam 3.30 petang kami tiba di gerbang pintu Luxor traffic, kelihatan polis Luxor duduk bersantai di tepi pondok mereka. Dengan memberi isyarat anggukan kepala sahaja jelas kelihatan mereka menerima kunjungan kami.

Karnak Temple.

Tempat lawatan pertama kami di Luxor adalah Karnak temple. Karnak Temple terletak di sebuah perkampungan kecil kuno di Mesir dipanggil al-Karnak. Kampung ini terletak di tebing Sungai Nil kira-kira 2.5 kilometer ke utara dari Luxor. Karnak Temple adalah dua kali ganda lebih besar sebagai kawasan kampung dan  tapak agama kuno terbesar di seluruh dunia. Berfungsi sebagai tempat pemujaan dewa-dewa.

Karnak Temple adalah temple yang paling indah dan temple ini adalah tempat untuk pemujaan Dewa Amon Re (dewa Matahari). Keluasan Karnak temple adalah sepanjang 433 m (1300 kaki), tiang-tiangnya setinggi 23,5 m dengan diameter 6,6 m (20 kaki). Tembok, tiang dan pintu gerbang dipenuhi dengan lukisan dan tulisan yang menceritakan pemerintahan raja. Karnak Temple adalah kawasan yang kedua yang paling hebat setelah Piramid Giza. Karnak Temple adalah salah satu daripada tiga Temple utama, di Luxor. Karnak ketika zaman lalu disebut “Ipet-isut”, yang bermaksud "tempat yang paling sempurna" , "The most select or (sacred) of places”.

Perbezaan utama antara Karnak temple dengan temple lain adalah tempoh pembangunan serta berapa lama ia telah digunakan. Pembinaan temple bermula pada abad ke 16 SM, dan mempunyai seramai 31 Firaun di Kota Karnak ini.

Di Mesir purba, kuasa Amun Ra- tuhan Thebes semakin meningkat ketika Kerajaan baru, dan juga selepas berlakunya penganiayaan yang diketuai oleh Akhenaten. Dalam pemerintahan Ramses III, lebih dari dua pertiga daripada harta yang dimiliki oleh temple adalah milik Amun Ra. Lihat sahaja pada seni binaan yang menakjubkan di temple ini. Sehingga kini masih utuh walaupun telah ditelan zaman, temple ini masih lagi meninggalkan kesan yang menarik dan menakjubkan. Karnak temple adalah temple yang terbesar yang telah dibina oleh orang Mesir purba dan ianya mewakili gabungan pelbagai generasi pembina purba.

Karnak temple diwaktu malam.

Tidak semua kawasan didalam temple ini boleh kami masuk, hanya kawasan-kawasan tertentu sahaja. Rasa tidak puas untuk bergambar di dalam Karnak temple. kaunter tiket masuk Karnak Temple akan tutup pada jam 4.30petang tetapi jika kita masih lagi berada didalam temple, kita boleh berada di dalam sehingga jam 6.00petang. Bermula jam 6.00 petang sehingga 10.00 malam, kaunter tiket dibuka semula untuk "sound and light". "Sound and light" adalah satu acara yang dibuat waktu malam sahaja. Hanya suara dan cahaya sahaja yang dapat dilihat dan didengar. Menceritakan tentang Kisah firaun dahulu dan RamsesII.

 
Intro "sound and light" di Karnak Temple.

Hatshepsut Temple- tempat kedua lawatan kami ketika berada di Luxor. Salah satu tarikan utama di Luxor adalah Hatshepsut Temple, yang juga dikenali sebagai Deir el-Bahri, yang terletak di tepi barat Sungai Nil yang terkenal di seberang kota.

 Siapa sangka disebalik kehijauan , tersergam sebuah temple yang berada di tengah-tengah tebing .

Siapakah Hatshepsut?

Hatshepsut adalah ratu pertama yang memerintah Mesir dalam sejarah Mesir purba. Walaupun fakta mengatakan bahawa terdapat ahli diraja membantah dirinya, beliau berjaya untuk membuktikan kebolehan beliau untuk menjadi salah satu daripada raja-raja yang paling penting di Mesir sepanjang sejarah mesir purba. Hatshepsut adalah anak perempuan raja Tuthmosis III, yang merupakan pemimpin tentera penting semasa pemerintahan dinasti ke-18. Walau bagaimanapun, Tuthmosis III tidak mempunyai hak diraja untuk menjadi raja Mesir. Ini adalah kerana dia tidak tergolong kepada keluarga diraja kerana dia adalah seorang bangsawan yang berkahwin dengan seorang puteri diraja, Ahmose, ibu Hatshepsut. Oleh pengantin perempuan diraja marring, Tuthmosis III mampu untuk mengisytiharkan dirinya sebagai raja Mesir. Walau bagaimanapun, selepas kematian ibu Hatshepsut, beliau terpaksa berundur dan terdapat banyak perbahasan yang rumit mengenai yang akan memerintah Mesir selepas dia. Mahkamah Diraja pada masa itu memutuskan bahawa Hatshepsut, yang merupakan seorang puteri diraja, harus menjadi pemerintah Mesir yang sah.


Apabila Hatshepsut menjadi ratu Mesir, dia mahu membuktikan kepada semua orang bahawa mereka telah mengambil keputusan yang tepat untuk membuat dia pemerintah Mesir. Dia memulakan proses reformasi dalaman yang termasuk menggali terusan untuk membolehkan air pengairan untuk mencapai lebih banyak tanah untuk ditanam. Dia dipulihkan banyak kuil-kuil yang telah dibina dalam tempoh kemudian.


Lukisan dan adegan berwarna-warni yang diukir pada dinding bahagian ini kuil menggambarkan misi ekspedisi yang pergi ke tanah Punt, berhampiran Nubia, semasa pemerintahan Hatshepsut Ratu. Objektif utama misi ekspedisi ini yang terdiri daripada lima buah kapal besar adalah untuk mendapatkan minyak wangi dan kayu dari tanah-tanah yang akan digunakan dalam tanah Nil.

Colossi of Memnon.
 


Tempat ketiga lawatan kami di Luxor. Ianya adalah salah satu tarikan utama di Tebing Barat Luxor,sebuah tanda mercu yang berada di tepi jalan raya sahaja.Ianya adalah dua patung gergasi yang dikenali sebagai Colossi of Memnon Colossi of Memnon terletak kira-kira setengah timur kilometer Inspektorat Antikuiti (kaunter tiket) di jalan utama tebing barat.

Untuk melawat Patung-patung, tidak perlu mengeluarkan duit untuk pembayaran tiket kerana ianya adalah dikawasan yang terbuka.Kedua-dua patung besar ini, tersergam berdiri di pintu masuk kuil rumah mayat Amenhotep III, walaupun sudah tidak kelihatan tetapi masih ada sedikit sisa temple di belakang mereka tika ini.

Kedua patung ini telah dipotong daripada dua blok granit yang dibawa dari kuari berhampiran dengan Kaherah, dan diukir mewakili Firaun Amenhotep III Dinasti XVIII yang duduk di atas takhta-Nya, dengan tangannya diletak di atas lututnya.

Legenda di sebalik nama mereka sangat menarik. Selepas gempa bumi (yang direkodkan oleh Strabo) dalam 27 SM, menyebabkan berlakunya kerosakan pada patung raksasa ini.Setiap pagi ketika matahari terbit, patung ini menghasilkan bunyi muzik pelik. Penduduk awal Yunani dan Rom datang untuk mendengar bunyi muzik tersebut. Kemudian menurut mereka,"batu yang menyanyi" mewakili Memnon, anak mitos Aurora dan Tithonus, raja Mesir dan Etiopia,menyanyi untuk ibunya yang berasa sedih kehilangannya. Dan dia menyanyi setiap pagi pada waktu subuh.

Tetapi pada hakikatnya, bunyi tersebut adalah getaran yang dihasilkan dalam permukaan yang luas juga disebabkan kesan matahari memanaskan batu dan ianya menghasilkan bunyi.

Dalam abad ketiga, septimus Severus cuba untuk membaiki patung yang rosak dan misteri patung ini 'menyanyi'. Hasilnya legenda, bagaimanapun, keseluruhan Thebes barat dikenali sebagai 'Memnonia'.


Kedua-dua patung ini duduk dan bersandar di alas tiang granit yang besar. Ruangan di belakang patung di dedikasi oleh Amenhotep III. Kaki patung raja diapit oleh imej kecil Isteri Besar Diraja, Ratu Tiye, dan ibunya, Ratu Mutemwiya.


Dan akhir sekali kami melawat Factory of Alabester. Sepatutnya kami pergi ke Hasan wal Hussin Alabester tetapi kerana kesuntukan masa kami hanya sempat pergi ke kilang pembuatannya sahaja.


Alabester adalah nama yang digunakan untuk jenis dua mineral yang berbeza, apabila digunakan sebagai bahan: gipsum (sulfat hidros kalsium) dan calcite (karbonat kalsium). Dan kini, ianya bukannya batu semata-mata tetapi diukir menjadi barang hiasan didalam rumah.
(to be continue part 2......)

Futur



Di dalam konteks kebajikan atau amal dakwah, ianya adalah sejenis fenomena penyakit yang sering kali berlaku terhadap kita sebagai seorang daie. Futur menyebabkan Kita merasa lemah, malas, tidak mampu dan putus asa dalam menunaikan tanggungjawab yang dipikul.

Apabila seseorang selalu bersendirian, maka dia telah hilang satu sistem pertahanan dari gangguan syaitan. Syaitan ibarat serigala yang sentiasa mengintai mangsanya.

Apabila seseorang sering kali melakukan kesilapan dan ianya menjadi satu tabiat menyebabkan hatinya gelap dan ianya menjadi futur dan akhirnya gugur.

Dan apabila perasaan futur dibiarkan berpanjangan tanpa rawatan kemungkinan ianya akan menjadi lebih teruk lagi.

- Futur menyebabkan seseorang menjadi lemah dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

- Futur menyebabkan seseorang itu jauh dan terus tenggelam didalam dunianya sendiri.

- Apabila ianya sudah menjadi kebiasaan dalam diri, seseorang itu akan menanggung risiko yang sangat besar. Paling ditakuti apabila Allah swt mengambil nyawa ketika itu dalam keadaan futur kerna Allah menghisab amalan seseorang itu berdasarkan amalan terakhirnya. Kerna itulah Rasulullah s.a.w mengajar umatnya agar sentiasa berdoa : " Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepada-Mu dari penyakit lemah dan malas". (hadis riwayat Abu Daud)

Semuanya ini adalah bergantung kepada individu. Dalam isu ini kita perlu fikir dengan mendalam dan cuba tanganinya. 

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat seksa dari kejahatannya yang dikerjakan. Mereka berdoa:
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. berikanlah kemaafan kepada kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami......." ( Al-Baqarah:286).

( Dan aku seperti berada didalam ke"futuran"........)