22 Julai 2009

ooooo........ Alexandria



aduhai......Alex...saat bertukar minit, minit bertukar jam, jam bertukar hari, hari bertukar hari, masih lagi tidak pergi Alex.... entah bila nak pergi... pun tidak tahu..

21 Julai 2009

Jangan Marah BagiMu Syurga

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki berkata kepada Rasullah s.a.w: " Berilah wasiat kepadaku". Lalu Rasullah s.a.w bersabda :" Jangan marah". Lelaki tersebut mengulangi pertanyaannya berkali-kali, sabda Rasullah s.a.w: " Jangan marah".
Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari didalam kitab "Adab".

Inilah wasiat Rasullah s.a.w selaku seorang guru, mursyid dan pemimpin agung ketika baginda diajukan persoalan oleh seorang sahabat yang ingi menempuh jalan ke syurga seterusnya membawa kepada syurga firdaus dan keredhaan Allah. Rasullah memberikannya sebuah wasiat yang abadi: "Jangan marah", hendaklah berakhlak dengan akhlak yang tinggi , akhlak kenabian, iman dan al-quran.Hindarilah perasaan marah ketika ada sebab-sebab yang menyebabkan kalian marah. Semaikanlah rasa cinta pada al-quran kerana ianya dapat menenangkan hati kalian pabila membaranya api kemarahan.Sesungguhnya syaitan sentiasa memperdayakan hamba-hamba Allah.

Marah adalah akhlak yang dicela dan tabiat yang jelek di lihat dari luar begitu juga dari dalam. Kerana ianya boleh memudaratkan dirinya sendiri dan begitu juga pada masyarakat. seorang muslim hendaklah membersihkan dirinya daripada akhlak-akhlak yang keji ini, tidak memandang kepadanya dan mendidik jiwanya supaya berakhlak dengan sifat sebaliknya.

Marilah kita bersama-sama merawat kemarahan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Islam.
Membiasakan diri dengan sifat sabar, lemah lembut, tenang. Sepertimana sifat lemah lembut Rasulullah s.a.w dapat meruntuhkan keegoan dan kejahilan Zaid bin Sa'nah sebelum memeluk agama Islam. Zaid menuntut hutangnya sebelum tamat tempohnya daripada Rasulullah s.a.w dengan penuh keras dan kasar. Rasulullah s.a.w tetap membalasnya dengan senyuman yang manis, sebaliknya Umar r.a memarahi lelaki tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda :" Aku dan dia, kami sebenarnya lebih berhajat kepada selain daripada ini wahai umar! Kamu sepatutnya menyuruh aku supaya melakukan pembayaran dengan baik dan menyuruhnya supaya menuntut hutang dengan cara yang baik".
Rasulullah s.a.w mengarahkan supaya ditunaikan hutang dan ditambah haknya sebagi gantian akibat herdikan yang diterimanya daripada Umar. Itulah yang menyebabkan Zaid memeluk Islam dan terselemat daripada kemurkaan llah dan nerakanya.( diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, al-Haakim dan atTobaraani)

Berwudhuklah ini kerana kemarahan mencetuskan kepanasan dalam badan, lalu darah menjadi cair dan menggelegak serta menyebabkan tubuh menjadi hangat. Air dapat menyejukkan dan mengembalikan pada asalnya. Disamping itu wudhuk adalah ibadat kepada Allah s.w.t yang mengandungi zikir. Dengan berwudhuk syaitan yang meniupkan api kemarahan di dalam hati manusia akan menjauhkan diri.

Abu Daud meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan dijadikan daripada api. Apabila seseorang daripada kamu marah hendaklah dia berwudhuk".

Berdiam diri adalah lebih elok dari mengeluarkan kata-kata yang mungkin akan perkataan yang boleh menambahkan kemarahan lagi.Dan ianya juga akan menyebabkan dia merasa menyesal setelah mengeluarkan kata-kata yang kasar ketika dirinya telah sedar akan kata-katanya.

Sama-samalah kita muhasabah diri....semoga kita semua berada digolongan orang-orang yang beriman.

13 Julai 2009

Tolong Ingatkan Aku


Tolong ingatkan aku,
Andai aku terlupakan tuhan,
Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan aku,
Jangan jadi anak derhaka,
Mak ayah dilupakan jangan,
Usah diluka hati dan perasaan.

Tolong ingatkan aku,
Supaya ingat pesan guru,
Bukan sekadar peringatan,
Tapi tarbiyah berpanjangan.

Tolong ingatkan aku,
Dengarlah dan bacalah al-Quran,
Tika radio penuh nyanyian,
Tika televisyen penuh hiburan.

Tolong ingatkan aku
dimana Islamnya zahirku,
jika aurat didedahkan,
disingkat diketat dan dijarangkan.

Tolong ingatkan aku,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan aku,
Kalau bercinta biarlah kerana-Nya,
Dalam memilih utamakan iman,
Kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan aku,
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga disana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan aku,
Diri ini milik Yang Kuasa,
Kepada-Nya jiwa diserahkan,
Segalanya Dia-lah tumpuan..

08 Julai 2009

Renungkanlah...Fikirkanlah...Hargailah


Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Allah Meringankan kesusahan

Allah s.w.t berfirman: Dan Allah Tidak menjadikan dalam urusan agama itu perkara yang menyulitkan ke atas kamu (al-haj:78)

Ini bermakna Allah s.w.t tidak mensyariatkan sesuatu hukum yang menyebabkan kamu terpaksa berpenat lelah dan menjadikan kamu berada dalam keadaan tidak menentu dalam sesuatu urusan kamu.

Bermusafir adalah sebahagian daripada kesusahan dan kesulitan. Disebabkan musafir,manusia akan kehilangan perasaan-perasaan tenang dan kerehatan,walau dengan apa cara atau wasilah yang digunakan untuk bermusafir dan apa jenis kerja pun yang menjadi tujuan musafirnya. Oleh itu Allah telah meringankan kepada orang2 yang bermusafir dalam banyak perkara yang melibatkan hukum2 agama, diantaranya adalah solat.

Islam adalah agama yang mudah. Allah tidak memberikan kita kesulitan tapi sentiasa membantu hambaNya untuk sentiasa mencintakan agamaNya...

07 Julai 2009

alahai musim panas

Tahun ini agak berbeza dengan tahun lepas.Panas Mesir tidak sama panas d Malaysia tapi selalu orang disekeliling mengingatkan diri sendiri bahawa panas lagi di Akhirat. Betul..panas lagi di sana.. Musim panas kali ini juga saya terpaksa bersendirian tanpa sahabat yang tidak pernah saya berpisah selama ini. Bukan saya katakan tidak ada kawan tapi kalian pasti tahu perbezaan antara teman rapat dengan teman lain. Bagi saya sahabat atau lebih lagi kita sebut "Bestfriend" adalah teman yang sentiasa berada dihati dan sentiasa ada ketika suka dan duka sama-sama harungi apa jua yang berlaku. Bila mereka tidak ada di sisi saya rasa bagaikan kosong hidup ini. Sukar hendak saya katakan tentang mereka. Airmata mengalir laju tidak dapat ditahan sehingga terduduk dan termenung mengingatkan diri ini akan bersendirian selama 3 bulan tanpa mereka. Cuba sorokkan rasa sedih didada tetapi sukar saya sembunyikan. Tangisan saya didengari oleh seorang kakak yang hairan kenapa saya berdiam diri selepas hantar teman. Mengingati diri ini sudah hampir 2 tahun saya tidak pulang ke tanah air. Diri ini tertanya2 entah bagaimana perubahan di Malaysia.Entah bagaimana di Sabah adakah banyak perubahan yang berlaku. Bukan tidak mahu tetapi saya memikirkan bagaimana hendak pulang kerana bukan saya seorang sahaja belajar di negara padang pasir ini.Saya juga perlu fikir tentang keinginan abang2 saya yang semenangnya ingin pulang ke tanah air. Tapi andai di beri pilihan oleh ayahanda dan bonda antara kami siapa yang perlu pulang ke tanah air, saya akan beralah kerana saya ingin bagi peluang untuk abang sulung saya yang sudah lama tidak pulang ke tanah air.Saya tahu naluri bonda yang sangat merindui kami anak2nya di negara orang. Air mata ini terlalu mudah mengalir bila rasa rindu mengamit disanubari. Diwaktu ini saya hanya mampu untuk berdoa kesejahteraan ayahanda dan bonda.

Saya redha semuanya pasti ada hikmah disebalik ujian ini. Sepanjang musim panas ini saya membuat keputusan untuk mengikuti kelas talaqqi, tafaquh,tahsin Al-quran dan kelas tambahan untuk memantapkan lagi bahasa arab.InsyaAllah biizinillah. Memandang cuaca yang sangat panas sehingga mencecah 41 celcius membuatkan lebih "enak" duduk dirumah dari keluar untuk berjuang mencari ilmu Allah yang melimpah ruah. Tapi itu semuanya adalah ujian Allah ke atas hamba2nya.

Pada teman2 seperjuangan yang tidak pulang ke tanah air, kuatkan semangat sebagai pejuang yang sentiasa dahagakan ilmu . Begitu juga buat teman2 yang berada di tanah air , semoga kalian juga berjuang menyampaikan ilmu yang kita ada kepada masyarakat sekeliling..