31 Mac 2011

Melakar Kehidupan#1

"Kekuatan Ada Di Dalam Hati Bukannya pada Badan"

Semua perjalanan hari-hari bagi diriku adalah suatu yang biasa,
Jika ianya buruk, maka aku akan bersabar,
Jika ianya baik, maka aku bersyukur.



Satu hari entah mengapa otak ini ligat berfikir macam seperti lagak seorang "Arkitek" melakar plan rumah agar kelihatan indah tetapi bezanya saya sedang sebuah kehidupan yang paling hebat dan sekadar berani melakarnya di dalam otak sahaja.

Tiba-tiba teringat sebuah kisah yang pernah diceritakan oleh seseorang . Ingin berkongsi bersama kalian Kisah tentang seorang wanita tidak pernah merasai sebuah kehebatan dalam kehidupannya. Hidupnya hanya ada kemiskinan kerana tidak ada kekayaan , kelaparan kerana tidak ada sumber makanan, kesunyian kerana suaminya meninggal dunia dan kesakitan kerana terpaksa meninggalkan anak yang ketika itu berusia 4 tahun.

Hari demi hari wanita ini melalui kehidupannya seperti biasa tanpa ada sedikit pun perubahan. Badan semakin lemah, kaki semakin longlai melangkah mencari kebahagiaan hidup. Sehinggalah satu hari tika wanita ini melangkah berjalan melihat kebahagiaan orang lain tiba-tiba kakinya tergelincir jatuh di atas tanah yang telah diliputi salji dan kepalanya terhempap batu. Wanita ini terus pengsan dan darah tidak berhenti keluar dari celah lukanya. Tika itu seperti kebetulan yang telah Allah tetapkan seseorang telah melalui kawasan wanita itu jatuh. Dan ia nya segera dibawa bertemu dengan doktor.


Tika wanita ini sedar dari "lenanya" Seluruh badannya kaku terlentang di tempat pembaringannya. . Airmata menitis laju dan otak mula berbicara "Mungkin inilah takdirnya sentiasa tidak ada kebahagaiaan" .


Dari saat bertukar menjadi minit kemudian dari minit bertukar menjadi jam wanita ini hanya mampu memandang dan berkelip sahaja. Tiba-tiba entah bagaimana datang dari dalam hatinya
berkata "Bangkitlah! bangunlah! ini hanya dugaan kecil buat Mu" "Ingatlah, engkau punyai Allah yang sentiasa memerhati mu adakah engkau kuat hati tika menghadapi dugaan dari Nya".


Kata hatinya membuatkan wanita ini tersedar dari lamunannya.

"Ya betul, Allah ada disisi ku"

"AstagfirullahalAzim "

" Aku lupa.......Aku lalai.....kerana kesedihan itu selalu buatkan aku kesunyian"
.


Kata hatinya itu juga memgembalikan kekuatan imannya dan tenaga dalam diri wanita ini sehingga dia dapat bergerak dan bangkit dari tempat pembaringannya segera. Kesakitan pada badan dan kepalanya tidak lagi dirasai kerana hatinya mula kuat dan pasti akan bertambah kuat lagi... Semua ini adalah ketentuaan Allah s.w.t.

Bilamana Allah s.w.t berfirman "Kun fa yakun" maka perkara ini tetap akan berlaku.

Begitu juga sebagaimana firman Allah s.w.t:

"....dan Allah maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.." (Surah Yusuf, ayat:21)



Ingatlah wahai diri....
Sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa ada di sisi kita.
Jangan sekali pun lupa dan alpa tentang kewujudannya.



07 Mac 2011

Melakar Kehidupan



Terlalu lama berdiam diri dan tangan lama tidak menekan setiap "keyboard" yang sedia ada. Entah kenapa tangan tidak mahu menekan laju. Seolah-olah melarikan diri seperti seorang pelarian yang mencari tempat perlindungan,


Mungkin boleh dikatakan secara jujurnya tidak ada idea yang boleh dijadikan bahan bicara dalam ameeraRaudah blog. Sukar untuk mengadaptasikan bicara hidup ke dalam bicara penulisan. Mungkin itulah satu kelemahan diri ini.


Dalam diam saya cuba memahami apa yang sedang berlaku? apa yang perlu dilakukan? apa yang perlu diperbetulkan? . Saya perlu buat sesuatu yang boleh dijadikan satu perkara yang penting. Tika itu kiranya sedang melakar kehidupan agar apa yang dilakukan adalah betul dan mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.


Sesuatu yang tidak difahami sedang cuba di "fahami".


Sesuatu yang tidak boleh dijangkau dari akal sedang cuba di "kejar".


Benar kata teman" kita perlu banyak membaca buku yang bercorakkan ilmiah dan nilai-nilai murni Islam dengan secara menyeluruh agar kita dapat memahami apa yang sebenarnya pada hakikatnya".


Menerima untuk memberi sesuatu yang jarang berlaku kerna mungkin kita bukanlah seorang yang benar pemurah hati. Tetapi manusia sering lupa, alpa, atau sesekali bergelumang dalam nikmat yang lebih Allah berikan kepadanya.


Hidup dari hari ke hari tikamana jam sentiasa berdetik berubah dari saat ke minit, dari minit ke jam dan dari jam menyempurnakan satu hari yang berlalu dan pergi.


Ketukan hati kembalikan manusia berjiwa hamba pada kalimah sabar, tabah dan segera mengetahui kita adalah hakikatnya hamba yang lemah.


Mengadu dan merintih hanya kepada Nya.


Firman Allah s.w.t

"Shibghah Allah.( Shibghah artinya celupan. Shibghah Allah: celupan Allah yang berarti iman kepada Allah yang tidak disertai dengan kemusyrikan ) dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? dan Hanya kepada-Nya-lah kami menyembah". (Al-Baqarah:138)


Hidup kita adalah sebuah pengabdian. Kita perlu berubah. Kita perlu merubah. Kita perlu melakar kehidupan agar hidup dalam sistem yang telah "Islamic"