25 November 2009

Wajarkah Pentingkan Diri?

Kajian mengatakan tentang sesuatu perkara yang mungkin kita sendiri tidak sedar perasaan seseorang dan mementingkan diri sendiri, ego juga termasuk sebahagian sifat asli manusia. Mungkin bagi kita ianya hanyalah untuk kebaikan sendiri dan ia memberi kebaikan yang tersendiri.

Tidak diragui tentang diri kita sememangnya punyai perasaan ingin "enjoy", suka hidup bersama dan membantu ketika susah dan senang. Tetapi jika kita terlalai seketika tanpa mendisplinkan diri pasti kita juga terdiri daripada orang-orang yang tidak mempedulikan hal luar.

Ada satu ketika kita sebagai manusia sangat inginkan keuntungan yang banyak dan berusaha mencari cara-cara yang membawa keuntungan sedangkan dalam masa yang sama kita telah menyusahkan dan merugikan orang lain.


Dari kecil lagi kita telah diajar untuk sentiasa membantu kawan kita atau pun orang sekeliling kita dengan daya upaya kita. Jangan ada perasaan "sellfish" pentingkan diri itu perlu dijauhkan dalam diri. Tapi ianya memang sukar untuk diaplikasikan dalam diri sendiri. Betul atau tidak tentang sifat ini ada wujud dalam diri kita....tepuklah dada agar tidak berada didunia sendiri.

Cuba kita bayangkan jika semua bersifat pentingkan diri sendiri yang hanya mahukan manfaat dan tidak mahu berikan manfaat itu kepada yang lain.."buruknya" sifat ini suka menerima tapi enggan memberi....mau untung tapi tindas orang lain. Hanya pandai bercakap "ini hak aku..yang kamu carilah sendiri"...."aku adalah aku dan untuk diriku"

Tidak boleh kita nafikan lagi tentang sifat ini kerana Rasulullah s.a.w telah menggambarkan diri kita sebagai manusia yang sememangnya punyai perasaan tamak haloba dengan segala harta benda dunia.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Kalau sekiranya manusia itu telah mempunyai emas sepenuh dua lembah, nescaya dia mencari ketiganya"

Adakah kita terlupa tentang jika kita memberi satu balasannya bukannya satu tapi berlipat ganda. Kita memberi satu kepuasan hati-hati insan yang berada disekeliling kita akan dapat kepuasan yang melimpah ruah. Apa yang telah hilang ianya tidak akan hilang begitu sahaja tapi Allah gantikan dengan jumlah yang banyak.

Firman Allah s.w.t:

"Dan barang-barang baik yang nafkahkan nescaya akan dibayar cukup kepada kamu dan kamu tidak akan dirugikan". ( Al-Baqarah 272)

Setiap pemberian dan pegorbanan yang kita berikan dijalan Allah s.w.t.... tidak kiralah dari segi moral dan material, fizikal dan mental, tidak kiralah ianya hanyalah pertolongan yang kecil dan sedikit tetap akan menjadi perhitungan Allah s.w.t. Tidak dibuang begitu saja biarpun sebesar zarah. Sedangkan langkah yang kita sisipkan disetiap perjalanan juga lapar, dahaga dan letih, akan dicatit para malaikat.

22 November 2009

Lari satu hari

apa sebenarnya jika kita lari? lari untuk kesihatan supaya otak cerdas...betul...tepat sekali.. begitulah juga diri ini berlari tapi berlari menggunakan tayar kereta..
pelik kan tapi itulah hakikatnya..lari satu hari di Tanta...itulah point sebenarnya.
Penat dengan kesibukan di cairo membuatkan hati ini cuba mencari keselesaan..
akhirnya Tanta menjadi pilihan.
Siapa tahu diTanta ada Ladang Buah Anggur? cuba angkat tangan.......
tapi masa kami pegi tidak ada buahnya sebab dah bukan musimnya..
Musim buah anggur masa musim panas...alahai melepas....



Tidak pernah menjejak kaki ke ladang buah-buahan membuat hati terlalu "excited".. sampai kaki pun berdarah sebab terpijak duri.. terpijak duri sebab sibuk nak petik buah limau..kami tetap ambik limau yang masih hijau...yang penting gumbira.





Satu hari lari ke Tanta mengukir cerita yang indah.

04 November 2009

Tidak Ada Ketenangan kalau Tiada Iman



Tidak diragui lagi bahawa ketenangan jiwa menjadi sumber utama untuk memperoleh hidup bahagai. Tetapi bagaimana jalan untuk mencapai ketenangan, kalau ianya bukan sesuatu yang dapat dihasilkan oleh kecerdasan dan pengetahuan, bukan kerana kesihatan dan kekuatan, bukan kerana harta dan kekayaan, bukan kerana kesenangan dan kebendaan.

Ketenangan jiwa itu hanya kita dapat melalui satu sahaja iaitu IMAN dengan Allah dan hari akhirat.Perjalanan hidup ini telah memberi pelajaran dan pengajaran kepada kita sebagai insan yang lemah yang senantiasa menerima dugaan, yang senantiasa dilamun keluh kesah, yang senantiasa merasa kesepian dan tidak mempunyai apa-apa, hanyalah orang-orang yang tidak memperoleh nikmat iman dan keyakinan. Hidup mereka tiada rasa dan tiada perisa tambahan, ianya hambar dan kosong biarpun mereka dilimpahi kemewahan dan kekayaan tetapi mereka sebernanya miskin dengan keimanan dan ketenangan.



Ketenangan jiwa itu adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam hati orang yang beriman dari penduduk bumi, supaya mereka berhati teguh dikala menghadapi kegusaran, mereka yakin ketika orang sekeliling berada didalam keraguan, mereka bersabar ketika orang sekeliling keluh kesah dan mereka berlapang dada ketika orang sekeliling di dalam keadaan panik.Ketenangan inilah yang senantiasa memenuhi jiwa Rasulullah s.a.w di hari hijrah bersama dengan Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah s.a.w tiada rasa cemas, tiada tekanan, tiada ketakutan, tiada kegentaran, tiada keraguan dan tiada keluh kesah.

Disebutkan keadaan Rasulullah s.a.w dalam firman Allah:

"Sesungguhnya Allah telah menolongnya (Muhammad) ketika orang-orang kafir mengusirnya, hanya berdua sahaja, ketika keduanya dalam gua, dikala itu dia berkata kepada kawannya : “ Janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Allah bersama kita

(At Taubah-ayat 40)


Adakah orang yang beriman lebih merasakan ketenangan jiwa dan ketenteraman hati? Apa sebab ketenangan itu tidak diperoleh manusia dalam ilmu pengetahuan dan kebudayaan? Atau dalam apa-apa yang dihasilkan dalam arus teknologi kemodenan dengan alatan yang mungkin boleh memperindahkan kehidupan?

Jawapannya adalah semuanya itu terletak pada diri sendiri. Bila kita menyedari siapa yang mencipta kita, bagaimana wujudnya bumi ini, langit ini, bulan dan matahari, kita pasti ianya di cipta dari kuasa yang besar dan ianya tidak mungkin dari insan seperti kita. Tepuk dada tanyalah IMAN. Sesungguhnya Allah s.w.t itu maha berkuasa yang senantiasa inginkan hamba-hambanya bersyukur dan beriman kepadaNYA.

03 November 2009

Kejayaan itu Manis


Sememangnya pabila kita berusaha bertungkus lumus untuk mendapatkan kejayaan sehinggakan jatuh tergolek, menangis, segala pahit ditelan tapi hasilnya adalah madu.

Manisnya senyuman pabila kejayaan itu datang dengan usaha kita.
Manisnya kenangan dirakamkan dalam potret.
Manisnya harapan orang disekeliling pabila melihat kejayaan itu.


Kejayaan mereka mengembirakan hati-hati kami yang masih lara. Susah ingin katakan bagaimana perasaan hati seorang istisna'. Segala ketakutan, kegelisahan, kesedihan cuba ditangkis agar mudah kami berjuangan untuk berusaha mengejar impian itu seperti mereka. Satu target utama dalam diri yang perlu dikejar kejayaan itu.



Benar orang katakan ilmu itu penyuluh kehidupan andai dibiarkan tanpa digilap pasti hidup ini kelam dan suram tanpa cahaya penyuluh jalan. Ilmu senjata untuk kita berjuang. Tapi ingatlah perjuangan apa yang perlu kita perjuangkan? Jika kita berjuang hanya atas nama dan pangkat tidak perlulah kita memandangnya dengan rasa bangga. Berjuanglah kerana Allah s.w.t. dan janganlah mudah melatah. Sesungguhnya Ilmu yang Allah berikan kepada kita adalah membantu umat yang masih lagi perlukan bantuan tidak kiralah bagaimana bantuan kita kepada mereka tetapi bantuan membentuk sebuah siasah kehidupan itulah yang perlu kita ajari. Jangan kedekut dengan ilmu yang ada. Tidak akan hilangnya ilmu itu bahkan akan bertambah banyak yang akan kita perolehi. Kelebihan yang Allah berikan usah kita sia-siakan.

Telah berkata amirul Mukiminin. Saidina Umar Al-Khattab:
"Kita adalah umat yang diberikan kemuliaan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada Islam nescaya kita menerima penghinaan daripada Allah".

Alfun Mia'ah mabruk kepada semua yang telah berjaya terutama sekali kat my big bro..abg naim. 25 oktober yang lalu kalian telah mengukirkan sebuah cerita yang terindah sehinggakan senyuman itu juga manis dan sukar hendak dilupakan kerana indahnya hari itu .Kami akan mengabdikan kenangan itu dengan sejuta harapan doakan kami yang masih disini meneruskan roda-roda kehidupan mencari ilmu Allah .

01 November 2009

Hari yang sedih


andai aku mampu ubah takdir dengan tangan pasti aku ingin ubah segalanya..tapi tidak mungkin kerana Allah maha berkuasa. Dia yang menentukan segalanya Dia yang mengubah segalanya. Kita sebagai hamba perlulah bersedia menerimanya.

kekuatan diri ini rupanya masih rapuh sukar untuk menegakkan dinding kekuatan..masih ada lagi air mata mengalir laju pabila ada musibah datang. Hari yang sedih tetap sentiasa kejar untuk menunjukkan adakah diri ini kuat atau tidak...?