30 Oktober 2011

Kepimpinan Yang Di impikan


Gerak kerja SuruhanJaya PilihanRaya (SPR) BKPSM mula beroperasi selama seminggu bermula pada 21 oktober hingga 28 oktober. Seminggu bukanlah sedikit hari untuk bergerak dalam memastikan keadaan semuanya yang terbaik. Misi dan visi juga perlu seiring bergerak dalam Suruhanjaya PilihanRaya. Satu pencalonan amatlah bermakna bagi Suruhanjaya pilihanRaya untuk mempertandingkan calon-calon barisan kepimpinan yang akan datang.

Bila menyebut tentang kepimpinan, bagaimanakah kita mahu gerakkan dan juga kepimpinan bagaimanakah yang kita impikan?

"Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami."As-Sajdah 32:24)

Kepimpinan adalah insitusi terpenting bagi sebuah organisasi dalam menggerakkan gerak kerja yang progresif. Menjawat atau menyandang status sebagai seorang pemimpin di pelbagai peringkat mestilah dengan segala keupayaan dan kelayakan yang diiktiraf oleh syara', berpandukan petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah.

Kepimpinan ataupun Al-Qiyadah bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan tetapi ianya adalah tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.

Daripada Abu Zar katanya:" Aku bertanya:" Wahai Rasulullah! Tidakkah engkau mahu melantikku?". Baginda menepuk bahuku dan bersabda:" Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau ini lemah sedangkan jawatan adalah amanah. Pada hari akhirat nanti ia adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya." (sahih Muslim, Kitan Al-Imarah)

Berasaskan realiti sekarang ini, janganlah pada sesiapa pun yang ingin memanjat tangga kepimpinan dalam keadaan gopoh-gapah dan rakus. Sangat penting kita perhatikan setiap anak tangga dengan teliti dan cermat serta melangkah dengan tertib agar tidak termengah dan mencederakan diri sendiri mahupun orang lain.

Apatah lagi jika keadaan permukaan anak tangga itu licin dan mudah buat ramai akan tergelincir, ingatlah ianya sangat membahayakan setiap orang. Kesabaran dan kematangan dalam mengambil langkah dan memutuskan sikap adalah dua elemen penting yang dilihat mampu untuk memperkasakan sebuah organisasi kepimpinan.

Perlu di ingatkan menjawat atau menyandang status kepimpinan dengan pengaruh manifesto mahupun populariti bukanlah satu perkara yang terbaik. Tetapi menjawat jawatan melalui kepercayaan yang diberikan oleh ahli berasaskan kelayakan dan keupayaan syarie.

Kepercayaan ini bukanlah melalui penonjolan imej dan juga pembiayaan komunikasi kita tetapi ianya perlu lahir dari kesungguhan berjuang dan ikhlas berkorban demi menegakkan daulah islamiah. Bertunjangkan atas dasar ketaqwaan yang tinggi dan semangat yang berwibawa bersama petunjuk melalui Al-Quran dan As-sunnah.

Dan Kita sebagai ahli yang inginkan kepimpinan yang berwibawa dan ikhlas lillahi ta'ala perlulah matang dalam menilai dan memilih barisan kepimpinan yang bakal menerajui persatuan dalam episod yang baru. Perlunya kita memilih barisan kepimpinan yang punyai sifat-sifat Rabbani kerana tabiat ataupun perangai suka melarikan diri tetapi suka akan sanjungan perlu dihindari dari menjadi barisan kepimpinan.

Kadang kala kita mudah terlepas pandang hanya kerana wang dan populariti. Tapi perlu kita diingatkan jika kita berusaha lebih insyAllah kita pasti berjaya. Jangankan mahu rezeki itu datang bergolek tanpa usaha yang lebih. Perlu kita ingat bagaimana kejayaan tentera Islam dalam Perang Badar yang hanya punyai bilang seramai 314 orang berjaya menumpaskan tentera kaum Quraisy yang tika itu punyai seramai 1000 orang. Allah sentiasa membantu hambaNya yang mahu kan Daulah Islamiah.

28 oktober 2011 tarikh yang mencatatkan sebuah cerita tentang barisan kepimpinan. Hanya hari itu sahaja dapat dilihat mereka yang lama dan yang baru. Masing-masing mengharapkan agar barisan kepimpinan yang lama berjaya mencatatkan sebuah kejayaan dalam menggerakkan gerak kerja selama satu sesi menyandang jawatan yang telah diamanahkan.

Pada hari yang sama pembubaran dan pengumuman barisan kepimpinan yang baru akan di isytiharkan oleh Pengarah suruhanjaya piliharaya BKPSM. Sekalung ucapan Terima kasih kepada barisan kepimpinan sesi 2010/2011 kerana melaksanakan amanah yang telah diberikan melalui kepercayaan ahli BKPSM.

Tidak dilupakan juga sekalung ucapan Tahniah dan syabas Buat Barisan Kepimpinan BKPSM bagi sesi 2011/2012. Semoga amanah dan kepercayaan yang diberikan dari ahli dapat dilaksanakan buat barisan kepimpinan yang baru.

Suasana Pilihanraya BKPSM















Orang pertama mengundi.

Ucapan terakhir dari Yang Di Pertua.

Tahniah dan Syabas buat kalian semua.
Semoga Allah membalas jasa baik kalian dalam menggerakkan sebuah persatuan yang berlandaskan AL-Quran dan As-sunnah.

Mengapakah Hari itu?

Mengapakah Hari itu 17 oktober, 18 oktober, 21 oktober 2011 ?

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-'Ankabuut 29:3)

Mengapakah hari itu terlalu banyak kejadian yang berlaku pada seorang hamba yang lemah? Terlalu lemah untuk menghadapi dugaan yang Allah berikan kepadanya. Airmata sebagai peneman untuk hari itu. Terlalu sukar untuk bertentang mata dengan orang lain kerana mata terlalu sembab. Sakit, Kecewa, Gementar dan semua perasaan tika itu sangat bercampur baur. Terasa bagaikan sebuah gunung sedang menghempap diri. Terlalu sakit hinggakan lupa tentang perut berbunyi menandakan minta diisi makanan. Kesedihan itu berlanjutan hingga keesokkan hari lagi. Airmata itu tidak dapat dihentikan lagi.

Mengapakah hari itu?

Tidak mampu otak untuk berfungsi dengan baik. Nafas dirasakan semakin semput. Sakit sangat dan hanya Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku disebalik siratnya.

Telefon asyik berbunyi menandakan ada mesej masuk. Setiap kali membaca mesej yang sampai, airmata itu mula mengalir walaupun ianya sebuah mesej yang sebenarnya menggembirakan hati. Satu ucapan untuk sebuah kelahiran untuk siapa sahaja yang berada dimuka bumi ini. Tetapi sukar hati ini untuk menerima ucapan dengan seadanya, hati tidak berhenti menyalahkan diri atas apa yang berlaku. Sakit dan terus menyakitkan.

Sekali lagi telefon berdering menandakan ada panggilan masuk tetapi tidak mampu disambut dengan salam. Sakit itu lebih kuat dari menyambut salam dari panggilan itu. Bila otak mula berfungsi dengan baik hati mula menyesal asyik bertanya panggilan dari siapakah? tetapi tidak mampu dirungkaikan.

Sahabat-sahabat sentiasa berada disamping diri untuk mengelakkan apa-apa lagi berlaku. Mereka bagaikan pengawal peribadi. Tika itu Allah sahaja tahu bagaimana hati ini bergelojak. Kek diberikan tanda untuk mengembirakan hati sempena sebuah kelahiran tapi ianya tidak berhasil pada insan yang lemah dan yang sememangnya sudah tewas dengan ujian Allah.

Mengapakah Hari itu? Ujian yang Allah berikan pada hamba yang lemah ini tidak dapat ditampung dengan sekuatnya. Berteleku diatas sejadah dan memohon keampunan diatas khilaf diri. Cuba berfikir dengan waras bahawasanya itu semua adalah pengajaran buat diri sendiri.

Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. (Al-Baqarah 2:66)

Perlu ingat semua itu semua ada hikmahnya. Memang sangat menyakitkan tapi mula mengingati beriman pada Qada dan Qadar. Sabda Rasulullah saw: "Iman itu ialah mengimani Allah, Para Malaikatnya, Kitab-kitabnya, Para RasulNya, Hari Akhirat dan Beriman pada Qadar samaada yang baik atau yang buruk."

Tidak dinafikan sakit itu lebih berada dalam hati. Tapi tidak boleh menyalahkan pada Nya kerna pasti ada hikmah disebalik kejadian pada hari itu. Mula menguatkan diri semula, membina jati diri selama beberapa hari. Tika sudah kuat berlaku lagi sebuah kejutan dari adik-adik, kek yang enak dijadikan hadiah untuk pengubat luka. Jiwa mula kembali sakit dan airmata sekali lagi tumpah. Terlalu sukar untuk menerima kenyataan. Sangat sakit.

Perlu dilupakan semua itu dan mengambil nafas baru seterusnya buka lembaran baru.

(Pemberian adik-adik)

Akhir sekali....,

Ucapan Terima kasih dari hamba yang lemah buat sahabat-sahabat yang sentiasa berada disisi ketika itu. Ucapan Terima Kasih juga pada adik-adik yang membuat kejutan lain di malam itu. Sungguh ketika itu hanya doa sahaja yang dapat dihadiahkan kepada kalian. Semoga Allah sahaja yang membalas kebaikan kalian semua.

09 Oktober 2011

Konvokesyen Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar



Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar yang telah tamat pengajian di bumi barakah ini. Graduan Al-Azhar yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka adalah merupakan satu kebanggaan yang pastinya boleh dijadikan sebagai ikon mahupun idola untuk generasi akan datang. Hasil yang diperolehi berkat dari kesungguhan ketika menuntut ilmu tanpa mengira penat dan lelah Kerna yakin segala kepenatan itu akan dibalas dengan sebuah kemenangan dan kejayaan seterusnya menjadi kenangan yang manis.

Majlis konvokesyen kali ke-6 berlangsung pada 09 Oktober 2011 di Azhar Conference Centre(ACC), Cairo. Seramai 280 graduan Universiti Al-Azhar telah hadir secara keseluruhannya termasuklah pelajar dari Singapura, Thailand dan Indonesia .

Majlis bermula dengan ketibaan masuk Syeikh Al-Azhar yang diiringi oleh TYT Duta Besar Malaysia dan dif kehormatan akademik dengan diiringi selawat dan salam junjungan Nabi Muhammad saw.

Seperti adat istiadat konvokesyen di Malaysia majlis dimulakan dengan Pengisytiharan pembukaan majlis. Memandang tuan rumah bagi majlis konvokesyen ini adalah dari Malaysia maka adat istiadat ini tetap dilakukan walaupun berada di Bumi Mesir.

Dikesempatan ini dengan penuh keikhlasan ingin mengucapkan Tahniah!! Mabruk a'laik!! Congratulation!! (^_^) kepada Azlinah Abdul Gani, kak Erna Suzieana, Azhar Jismil, Mohd Arif Hairal, Ust Suhaidi Kuanting, Mahadir Amboala, Suhaili Mohd Said dan Guntur Banjare kerana telah berjaya menamatkan pengajian di Bumi Kinanah ini.

(lepas tengok mereka konvo.. perasaan ketika itu bercampur baur.
1st: Sangat happy sebab teman seperjuangan konvo,
2nd: Jealous sebab mereka konvo,
3dh: Sedih sebab masih belum tamat pengajian,
4th: Semangat semula untuk mengejar mereka...ya!! MESTI BANGKIT semula)

Suasana Majlis Konvokesyen Al-Azhar



Graduan Sabah bersama ahli keluarga Mahadir Amboala.


Wajah-wajah Graduasi Sabah.


Graduasi Bersama Ajk Pengurusan Graduan


Graduasi Sabah
Syukbah Syariah Islamiah.



Mabruk!!
Semoga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan bersama.

08 Oktober 2011

Berjuanglah untuk menegakkan agama Allah




Sharing is Caring

Dipetik daripada buku "Kuliah Tafsir, Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah", halaman 173-178, terbitan Dewan Muslimat Sdn Bhd, 1999.
*************************************************************************************


Orang yang memberi sumbangan harta benda pada jalan Allah SWT diberi pahala sampai kepada 700 kali ganda di mana kebiasaannya amal yang baik itu digandakan dengan 10 kali ganda tetapi pengorbanan harta benda kerana meninggikan agama Allah diberi pahala sampai kepada 700 kali ganda.

Allah Taala berfirman dalam al-Quran bermaksud :"Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan." (Al-Baqarah ayat 195)


Makna mencampakkan diri ke dalam kebinasaan ialah kamu tidak menjalankan tugas jihad. Tetapi ada manusia menyalahgunakan ayat ini. Mereka berkata, tidak ada gunanya kita berjuang untuk Islam nanti, kita akan dipenjarakan, ditukar tempat kerja atau dibuang kerja dan sebagainya sedangkan Allah Taala mengatakan jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.


Inilah cara bagaimana cakap-cakap yang berdalilkan ayat dengan cara yang salah kerana ayat ini mempunyai hubungan dengan menegakkan agama Allah SWT, bahkan orang yang tidak berani menegakkan agama Allah itulah orang yang mencampakkan diri mereka ke dalam kebinasaan.


Pernah diriwayatkan ketika orang-orang Islam berperang dalam rangka menawan kota Konstantinople (Istanbul, Turki) tiba-tiba orang Islam berdepan dengan tentera Rom yang terlalu ramai.


Ada antara orang Islam itu seorang pahlawan yang terlalu berani. Dia terus masuk ke dalam tentera Rom yang ramai secara bersendirian sehingga dia dibunuh oleh tentera Rom, lalu orang ramai mengatakan, kenapa dia sanggup membinasakan dirinya? Tidakkah Allah mengatakan dalam al-Quran:" Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan." (Al-Baqarah ayat 195)


Kebetulan di dalam peperangan itu ada seorang sahabat yang bernama Abu Ayub al-Ansari r.a iaitu sahabat yang diberi kelebihan ketika Rasulullah s.a.w berhijrah di mana baginda s.a.w bermalam di rumah sahabat itu sebelum baginda memiliki rumahnya sendiri di kota Madinah. Semasa Abu Ayub meniti usia tua, beliau juga hadir sama dalam peperangan dengan tentera Rom.


Apabila beliau mendengar seseorang membaca ayat tersebut, dia naik radang sambil berkata:
"Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah mentakwilkan ayat ini dengan takwil yang begitu rupa. Sesungguhnya ayat ini diturunkan kepada kami golongan Ansar ketika kami telah mendapat ganjaran daripada Allah ketika Allah memenangkan agama-Nya dan ramai orang yang menolong agama-Nya maka berkatalah sesetengah kami terhadap sesetengah yang lain".


Kami berbisik sesama kami dengan tidak diketahui oleh baginda Rasulullah s.a.w bahawasanya harta manusia sudah banyak. Kita ketinggalan dalam masalah harta benda kerana mementingkan jihad, tidak menguruskan kebun dan perniagaan dengan baik.


Sesungguhnya Allah memberi kemenangan kepada Islam dan orang yang menegakkan agama Islam juga sudah ramai maka langkah sebaiknya kita semua tinggal di Madinah, tidak payah lagi berperang seperti biasa. Kita serahkan urusan jihad itu kepada orang lain kerana kita mahu membaiki dan menjaga kebun kita dan apa yang ketinggalan selama ini dalam harta benda, kita dapat mengatasinya semula.


Justeru, Allah SWT menurunkan ayat ini kepada Nabi-nya sebagai menolak apa yang kami katakan:"Dan berbelanjalah kamu pada jalan Allah dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan."


Abu Ayub r.a adalah serorang sahabat yang berani di mana ketika dalam keadaan sakit beliau mewasiatkan supaya dikebumikan mayatnya di tepi kota itu (kota musuh), jangan dibawa pulang mayatnya ke Madinah. Ini kerana beliau mahu kuburnya dipijak oleh kuda-kuda tentera Islam yang meneruskan perjuangan Islam, menawan kota tersebut dari tangan musuh.


Orang Islam berjihad beratus-ratus tahun lamanya untuk menawan kota Konstantinople kerana kerajaan Rom Timur mempunyai teknologi yang kuat dan lebih daripada orang Islam. Mereka mempunyai berbagai-bagai senjata moden pada zaman itu antaranya mereka boleh melontarkan peluru api yang boleh bernyala di dalam air sehingga kapal-kapal tentera Islam terbakar.


Akhirnya Allah SWT memberi kurniaan kepada iaitu Sultan kerajaan Islam Uthmaniyah yang memimpin tentera Islam dalam usia 20-an. Baginda diberi kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w bahawa baginda boleh menawan kota itu semula dan memimpinnya.


Setelah kota itu ditawan orang Islam, mereka menukar namanya kepada Istanbul dan gereja Es Sophia yang besar itu telah ditawan oleh orang Islam. Patung-patung yang dibina di dalam dan persekitarannya di buang serta ia ditukar menjadi masjid yang agung hingga ke hari ini.



Masjid Es Sophia, Turki.

Sehingga sekarang masjid itu dikenali dengan Masjid Al-Fateh atau Masjid Es Sophia. Tapi sayangnya apabila Mustafa Kamal Ataturk berkuasa di Turki, dia telah menjadikan masjid itu sebagai muzium. Tetapi alhamdulillah setelah orang Islam kembali sedar, muzium itu ditukar semula kepada masjid.


Berdasarkan kepada ayat yang ditafsirkan ini dan berdasarkan kepada riwayat Abu Ayub, orang Islam boleh menunjukkan keberanian sehingga keperingkat mati menentang musuh yang lebih ramai jika sekiranya tindakan itu memberi semangat kepada tentera-tentera Islam yang lain.


Memang berlaku di kalangan orang Islam apabila hatinya terlalu kuat hubungannya dengan Allah SWT dengannya, yang dia nampak ialah balasan baik daripada Allah dan janjinya, apabila berlakunya hubungan langit dan bumi yang terlalu erat dan tidak ada pemisahan lagi, maka seseorang itu tidak akan takut lagi kepada mati.


Inilah yang pernah dinyatakan oleh ulamak sebagaimana yang disebut oleh as-Syahid Saiyid Qutb di dalam buku-buku tulisannya. Apabila bumi berhubung dengan langit, apabila hati itu bulat kepada Allah SWT, maka dia tidak mengira mati lagi dalam menegakkan diri dalam kebinasaan.


Kesimpulannya, mencampakkan diri ke dalam kebinasaan ini ialah ditujukan kepada orang yang tidak berjihad dan tidak memberi sumbangan harta benda serta jiwa raganya untuk meninggikan agama Allah.


FirmanNya yang bermaksud :"Berbuat baiklah kamu, sesungguhnya Allah kasih kepada orang yang berbuat baik." (Al-Baqarah ayat 195)


Diantara berbuat baik itu ialah membelanjakan harta benda kepada menegakkan agama Allah SWT dan sesungguhnya Allah amat suka dan kasih kepada orang-orang yang suka berbuat baik.


07 Oktober 2011

Khas untuk Angah

Sekalung Tahniah ingin diucapkan pada abang ngah ku.
Tiada yang mampu ku luahkan kerna ianya sungguh menggembirakan hati.
Terima kasih kerana mengembirakan hati mama dan baba.
Sejuta harapan sentiasa di impikan akhirnya tercapai.
Terima Kasih kerana angah...
mama dan baba dapat menghadirkan diri konvokesyen sempena untuk abang ngah.
Sejuta Tahniah ingin ku berikan sebagai hadiah dan pengganti diri...
Semoga kejayaan sentiasa seiring dengan langkah mu...
TAHNIAH!!!



Mama, baba, & angah..


Keluarga ku yang tersayang....

06 Oktober 2011

Kisah Buah Limau


Hidup ini penuh warna dan emosi. Melalui kedua-dua ini ianya sentiasa berkait rapat dan di jadikan sebagai pengajaran. Sebagai pengajaran kita semua, satu kisah mengenai Rasulullah saw dan buah limau ingin dikongsikan bersama kalian.


Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.


Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.


Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."


Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.

02 Oktober 2011

Iyaaa..Bicara aja dalam Bahasa Arab



Tiga hari yang lalu otak ligat berputar macam mana nasib ku ini. Kenapa perlu aku? kenapa aku yang kena berhadapan? sangat-sangat ketika itu berterabur segalanya. Lantas mengambil keputusan untuk merelaxkan otak dan cuba berdiam diri dengan berkurung dalam bilik. Telefon sengaja dimatikan kerana memang dah "sakit" (tandanya nak minta yang telefon baru). akhirnya hari yang ditunggu telah tiba. Otak jadi beku. jantung merasa laju berlari. kenapakah aku merasakan perasaan sebegini?


Perbincangan persatuan antara dua negara yang punyai persamaan dari segi lahjah dan perilaku. Indonesia dan Malaysia. Dua buah negara yang biasanya mudah kelihatan berkeliaran berjalan menuju arah tuju masing-masing di bumi Mesir ini. Pertemuan pertama yang dimulai dengan sejarah penubuhan persatuan dan jua carta organisasi membuatkan masing-masing tertarik dan saling bertukar fikiran. Walaupun pertuturan antara indonesia dan malaysia ada sedikit berbeza tapi ianya tidak menyukar kami dari berbicara lebih lanjut. Bak kata seorang teman indon " iya jika ngak faham kita bicara aja dalam bahasa arab" ... (...tersenyum sipu saja diri ini bila teman indonesia suruh bercakap arab). Berbicara dalam bahasa arab dengan fasih adalah satu kelemahan diri ini. Aduh! terasa kecil sangat ketika teman tadi suruh berbicara dengan bahasa arab. Memang tidak boleh di elakkan selalunya orang akan bercakap jika berada di negara asing pastinya kita boleh akan bertutur bahasa asing dengan fasih. Tapi masalahnya sekarang sudah tinggal lama di Mesir ini masih lagi tergagap-gagap menyusun perkataan dalam bahasa arab. Iya mungkin kerana Mesir menggunakan bahasa pasar iaitu bahasa Ammi.


Bahasa Ammi adalah bahasa yang lazimnya diguna pakai ketika berurusan bersama dengan orang arab Mesir. Tidak semua rakyat mesir akan menggunakan bahasa arab Fushah yang sepertimana kita belajar di Malaysia. Bila mulanya berbicara dengan bahasa arab fushah terus senyum meleret orang arab mendengarnya dan akhirnya diri sendiri juga malu.


Masalah untuk menguasai bahasa arab juga adalah satu perkara yang memang lazimnya dijadikan point utama. Memang benar kita ada basic bahasa arab dengan setakat bertanya berapa tambang? berapa harga sekilo? dan sebagainya tapi apabila ada sedikit kekeliruan atau pun masalah di kuliah untuk berbicara dengan fasih memang sangat kantoi. Tergagap-gagap dan akhirnya mengalah. Pulang tanpa ada hasil ditangan.


Selalunya pelajar mahasiswi asia yang hebat dan berani berbicara adalah pelajar indonesia. Berbicara dengan fasih walaupun ianya terselit dengan slang bahasa indonesia. (hebat sungguh) tapi tidak dilupakan jua ada segelintir pelajar mahasiswi malaysia juga hebat berbicara bahasa arab ammi. Masing-masing punyai kehebatan tersendiri.


Bak kata peribahasa" hendak seribu daya tak hendak seribu dalih" jadi tiada sebab untuk kita tidak boleh kuasai bahasa arab. Tidak kiralah bahasa arab fushah ataupun ammi kedua-dua bahasa perlu di kuasai agar mudah kita buat urusan dengan lancar.


Jadi... wahai teman-teman, ayuhlah kita belajar kuasai bahasa arab!.. (^_^)