27 Januari 2013

hanyalah lirik

Luahan hati ku sama seperti  lirik lagu ini....

Dengan BismilLah ku bermula 
Bingkisan hati buatmu teman 
Yang dikasihi
 Kita bersama dalam satu ikatan 
Bermula episod hidup di dunia ini 
 Ku harap hanyalah di dunia Dirahmati dan diredhai
 Selamat sejahtera di Syurgawi 
Oh Tuhan satukanlah 
Hati kami dalam mencintai 
 Redha atas ujian diberi 
Jauhkanlah kami 
Dari rakus mengejar duniawi
 Hidup mati biarlah untuk-Mu 
 Harap dunia hanya di tangan 
Bukannya di hati untuk dicintai
Kita dicipta sebagai khalifah 
 Bersama kita hidup untuk-Nya 
Kita dicipta di dunia fana 
Ada amanah yang tersedia 
Oh Tuhan.. 
Kita laksana bersama 
Amanah dari-Nya demi Memburu cinta dan harapan
Tuhan itu harus diutama 
Dari segala kepentingan dunia 
Bergandingan kita untuk 
Memburu cinta-Nya 
 Oh cinta-Nya Tuhan ..
 Kau satukanlah hati-hati
 Memohon kasih-Mu 
oh Tuhan Dalam mengharap redha Dari-Mu..
Hanya di dunia Kita harapkan, kita dambakan Selamat sejahtera, bahagia. 

Siapa Kita?


Siapa kita?

Kita seorang hamba Allah yang sangat lemah, yang sangat dhaif, yang tidak mampu memenuhi setiap permintaan orang. Kita tidak mampu untuk menjadi seorang teramat sempurna. Dan kata-kata dari belakang seringkali ada terdengar dicuping telinga. Orang selalu berkata di belakang. Selalu melihat keburukan dari kebaikan.Setiap perkara yang kita lakukan perlu lah ada istikarah kerana ianya bukan mudah untuk kita terima sesuatu perkara itu bulat-bulat. Sedangkan pada hakikatnya kita dicipta adalah untuk beribadat kepada Allah swt. Kita perlu laksanakan amar ma’ruf nahi munkar. Kita perlu laksanakan tugas sebagai hamba Allah. Tetapi Kita sering kali kalah dengan permainan syaitan yang mahukan kita berpecah belah.

Kita mengharungi hidup ini berdasarkan bagaimana kita ‘melihat’ diri sendiri. Kita sebenarnya tanpa sedar atau tidak, akan meletakkan definasi tertentu kepada diri sendiri dan ada kalanya kita memberi definasi kepada diri berpandukan pandangan orang lain terhadap kita. Memang benar, imej diri dipengaruhi banyak faktor seperti pandangan ibu bapa, rakan, persekitaran dan media. Keyakinan diri pula merujuk kepada bagaimana kita menilai harga diri kita dan pandangan mengenai diri samada positif atau negatif.

Jika kita TIDAK mengenali diri, maka besar kemungkinan kita akan menjadi lalang, tiada pendirian dan mudah terpengaruh ditiup dan ditepis ke kiri dan kanan sewenangnya. Begitu mudah kita dibawa ‘angin’ - berubah fikiran dan prinsip hidup mengikut rentak angin yang bertiup. Tidak mengenali diri maka seringlah kita merasa rendah diri dihadapan orang lain. Manakan tidak kekuatan diri pun tidak dicari dan diketahui sedangkan Allah menciptakan kita semua masing-masing dengan kekuatan yang tersendiri. Mungkin bukan salah kita, mungkin selama ini tidak ada yang memuji dan meyakinkan bahawa kita sebenarnya tersangat istimewa. Namun janganlah dan usahlah mengharapkan orang lain lagi, mari bangkit untuk mengenali diri sendiri!

Dalam psikologi konsep diri merupakan gambaran mental mengenai siapa diri kita yang diberi oleh diri kita sendiri. Soalan seperti “siapa saya?” "siapa kita?" amat penting sekali untuk diselami. Konsep diri seseorang, sangat mempengaruhi keyakinan diri kita. Bagaimana kita menilai diri banyak bergantung kepada personaliti dan juga “pengalaman” hidup. Setiap dari kita mempunyai pengalaman sedih, gembira, emosi yang positif dan negatif, kejayaan dan kegagalan yang akan membentuk pengalaman unik diri ini yang berbeza dengan orang lain. Oleh itu tak usah meniru orang lain, tak usah menjadi orang lain. Kita semua berbeza. Raikan perbezaan diri kita yang unik ini.

Siapa kita?

Seringkali menjadi bualan orang, " kalau boleh aku mahu menjadi biasa-biasa sahaja, tidak mahu memegang jawatan" tapi hakikatnya secara tidak langsung kita telah ditaklifkan menjadi pemimpin. Kita adalah sememangnya pemimpin, tidak kiralah apa pun kedudukan peringkat kita. Pemimpin itu bukan hanya kuasa besar pemerintah negara ataupun ketuatetapi hatta dia hanyalah seorang hamba sahaya juga seorang pemimpin. Kerana dia dipertanggungjawabkan menjaga harta Tuannya Setiap perkara yang telah ditanggungjawabkan terhadap seseorang itu maka dia adalah pemimpin. Dan setiap perkara yang kita buat perlu ada manfaatnya.

Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :” Setiap dari kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin itu pasti akan mempersoalkan (pada hari akhirat) mengenai apa yang dipimpin olehnya. Seorang imam itu adalah pemimpin dan pasti akan dipersoalkan mengenai apa yang dipimpin olehnya. Seorang lelaki itu adalah pemimpin untuk ahli keluarganya, dan pasti akan mempersoalkan mengenai apa yang dipimpin olehnya. Seorang perempuan itu adalah pemimpin menjaga (kehormatan) rumah suaminya, dan pasti akan dipersoalkan mengenai apa yang dipimpinnya. Seorang hamba itu adalah pemimpin dalam menjaga harta tuannya, dan pasti akan mempersoalkan mengenai apa yang dipimpinnya. Kamu semua adalah pemimpin, dan akan dipersoalkan mengenai apa yang kamu pimpinkan.”
 
Siapa kita?

Kita adalah “Jundu Allah”. Kita adalah tentera rasmi Allah. Peranan “Jundu Allah” perlu taat dan patuh kepada pemimpin selagimana ianya tidak bercanggah Al-Quran dan As-sunnah. Bekerja di waktu siang, beribadat diwaktu malam. Memperkasakan ilmu pengetahuan Firman Allah swt " Dan kami turunkan kepadmu Al-Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan".

Kita perlu mendalami ilmu agama kerna ianya memang untuk diri kita. Mendalami ilmu itulah juga memberi kita jalan yang mana patut kita lalui dan jalan mana perlu kita hindari.

Sepertimana dalam Firman Allah swt: "Dia telah mencipta kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya" (surah Huud : ayat 61)

Untuk memakmurkan dunia Allah kita perlukan ilmu, kita perlukan ilmu agama untuk memastikan gerak kerja menjadi sempurna.

Lihat sahaja dunia hari ini segala pergolakan berlaku. Syria dahulunya sebuah negara yang dipenuhi dengan rakyat yang aman bergolak kerana adanya pengikut syiah. Kemudian rakyat di Pattani juga tidak senang hati untuk kaki melangkah kerna setiap langkah perlu di iringi dengan senjata. Orang bukan Islam membunuh mereka dengan kejam. Manusia semakin kejam kerana tidak memiliki ilmu yang luas.


Sedarlah!

Selagi kita punyai masa semailah dan taburkanlah benih dimuka bumi Allah.

Biarlah airmata itu menjadi peneman hati.
Semoga ada kemanisan di satu hari nanti.

12 Januari 2013

2013


Agak terlewat untuk saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013 tetapi saya tetap mahu ucapkan…(hehe). Kengkangan masa menyebabkan ucapan tahun baru tidak wujud dalam entry Ameera Raudah. Orang lain semuanya sibuk menyambut tahun baru tetapi tidak pada kami bagi pelajar luar Negara bertungkus lumus berlawan dengan angin yang sangat sejuk ketika menjawab kertas peperiksaan semester pertama.

Seperti baru semalam saya sampai di bumi anbiya ini, tapi rupa-rupanya keberadaan saya di sini sudah hampir 6 tahun di bumi anbiya ini. Rasa seperti ” sangat-sangat “ baru, bila dikira dengan jari “ooo… lama pula sudah saya disini.. hurm”… 

Syukur ke hadrat illahi masih diberi peluang untuk terus hidup dan terus mengabdikan diri kepadaNYA. Banyak perkara yang perlu dititik beratkan. Segala yang berlaku sebelum ini perlu lah dijadikan sebagai pengajaran. Alhamdulillah di tahun baru ini saya telah berjaya menginjak kaki di tahun 3 kuliah Syariah Islamiah. 13 Mata pelajaran adalah perkara biasa bagi kami .

Kebiasaannya bila masuk tahun baru, masing-masing punyai azam dan target yang mahu dicapai. Target tahun ini, hanya satu sahaja. Saya teramat mengharap “najjah dan dapat naik tahun 4 bagi sesi 2013/2014”. Tidak mahu banyak kerana takut tidak dapat capai . Kenangan yang ada pada tahun 2012 , semoga sentiasa tersemat didalam hati . dan kini 2013 akan mengukir sebuah cerita yang mungkin ada pahit dan mungkin ada manis nya..

Semoga kita mendapat keberkahannya…