29 September 2011

Keluhan ku


Mampukah Aku Bertahan?
Ujian adalah tarbiyah dari Allah



Duduk termenung memikirkan masa hadapan adalah perkara biasa yang seringkali orang lakukan. Begitu juga diri ini yang dhaif segala segi. Menghitung masa detik demi detik, saat demi saat, berubah menjadi minit dan jam. Hari berlalu dengan cepat. Cuaca jua tidak lama lagi akan berubah.

Mampukah aku bertahan lagi?

Empangan airmata sentiasa penuh tapi segera disekat agar tidak terus jatuh mengalir ke pipi.

Ya! mesti kuat..mesti bangkit.

Tapi mampukah aku bertahan lagi?

Aku tidak kuat tapi aku tidak mahu nampak lemah.

Tapi mampukah?

maaf kerna ini adalah sekadar keluhan jiwa yang hanya dapat dititipkan seiring jari jemari ligat menekan butang-butang keyboard .

25 September 2011

Silence


have to choose between two things at one time make the brain spinning.
completed in silence.
need to select one of the two.
and it would defeat the other.
that's what a life.
we only plan, but Allah knows better.

23 September 2011

Kita Perlukan Bekalan




Setiap orang yang bermusafir mestilah mempunyai bekalan yang diperlukan di dalam perjalanan. Dengan itu, dia menyediakan sebab-musabab yang membolehkan dia meneruskan perjalanan agar dapat menuju matlamatnya. Dia juga membuat pertimbangan terhadap apa yang akan berlaku di dalam perjalanannya. Kemungkinan berlaku sesuatu yang menghadang jalannya dan menghalangnya meneruskan perjalanannya.


Adakalanya berlaku suatu yang menjauhkannya dari matlamat atau sekurang-kurangnya mencacatkan perjalanannya. Jalan dakwah adalah segala-galanya di dalam kehidupan seorang daie kepada Allah, ia adalah jalan yang paling utama untuk diberikan perhatian. Mestilah ada bekalan yang memelihara dari terpesong, terhalang, terhenti, terbantut atau tergelincir di jalan hingga menyebabkan kerugian yang nyata dan hilangnya kebaikan dan kejayaan yang besar.


Bekalan ini terdapat di dalam keimanan yang kuat dan ketaqwaan kepada Allah. Ini merupakan bekalan yang terbaik. Setelah itu, bantuan-bantuan lain seperti persahabatan yang baik dan pembimbing yang menunjukkan pengalaman dan percubaan, serta lain-lain perkara-perkara yang dapat memperbaharui keupayaan dan keazaman, dan mengelakkan dari penyelewengan dan kesalahan.


Contoh yang menunjukkan kepada kemestian dan kepentingan bekalan ini ialah: Jika sesebuah kereta yang digunakah oleh orang yang bermusafir kehabisan minyak ketika perjalanan dan tidak mempunyai minyak yang mencukupi, maka jadilah ia seperti potongan-potongan besi yang tidak dapat membantunya untuk bergerak walaupun selangkah. Begitulah juga orang yang mengharungi jalan dakwah,apabila bekalan iman dan taqwanya berkurangan atau kehabisan tanpa diperbaharui atau ditambah, maka jadilah ia seperti jenazah yang kaku atau orang yang sakit dan tidak berdaya untuk bergerak.


Benarlah firman Allah S.W.T: "Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya?….."
(Surah Al-An’am: Ayat 122)


Bekalan iman dan taqwa kepada Allah ini terpancar dari sumber yang baik di dalam jiwa dan melahirkan tenaga, menaikkan semangat dan keazaman. Maka pergerakan menjadi mudah, tarikan keduniaan berkurangan, halangan dapat ditempuhi, liku-liku boleh diharungi dan petunjuk di sepanjang jalan jelas kelihatan. Lahirlah kebenaran, keikhlasan, keazaman, keteguhan dan juga mewujudkan pencapaian yang hampir menyerupai mukjizat dapat dibuktikan di jalan dakwah.


Perasaan merasakan diri sentiasa bersama Allah dalam setiap langkah, gerak-geri dan diam bahkan pada setiap detik. Sesiapa yang Allah bersama dengannya, ia tidak akan kehilangan sesuatu pun. Sesiapa yang Allah tidak bersama dengannya, maka ia tidak mendapati melainkan kehilangan dan kesesatan. Allah S.W.T menganugerahkan perasaan ini kepada orang mukmin yang bertaqwa dan ihsan.


"Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya".
(Surah Al-Nahl: Ayat 127-128)


Dengan bantuan Nur Ilahi pasti mudah diatasi kerana akan menerangi jalan dan merentasi dengan cara yang bijaksana tanpa ada kegelinciran di selekoh-selekoh yang menjauhkan atau halangan-halangan yang membantutkan perjalanan. Sentiasalah berada di atas jalan dakwah, agar kita berupaya memberi kesan dan mengubah suasana kebatilan dengan menegakkan kebenaran, wajiblah kita merasai erti kemuliaan, kekuatan, ketinggian dan menghapuskan segala erti kelemahan, kegagalan dan kehinaan. Perkara ini tidak dapat dijelmakan melainkan dengan bekalan iman.


"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman".(Surah Ali-’Imran: Ayat 139)


Jihad dan berkorban dengan seluruh apa yang dimiliki dari jiwa, harta, tenaga, fikiran dan waktu tanpa teragak-agak. Ianya tidak dapat dilakukan melainkan dengan bekalan iman yang menyebabkan diri seseorang itu lebih mengutamakan apa yang di sisi Allah dan menganggap segala yang mahal sebagai suatu yang murah di jalan Allah. Di jalan ini kita mengalami pelbagai kesakitan dan ujian. Tiada apa yang dapat membantu untuk kita menanggung dan bersabar di atas apa yang menimpa melainkan bekalan iman dan taqwa.


Ucapan para Rasul ketika berhadapan dengan penindasan kaum kafir:
"Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah padahal Dia telah menunjukkan jalan untuk tiap-tiap seorang dari kami menjalaninya? Dan demi sesungguhnya, kami akan bersabar terhadap segala perbuatan kamu menyakiti kami.Dan dengan yang demikian, maka kepada Allah jualah hendaknya berserah diri orang-orang yang mahu berserah."
(Surah Ibrahim: Ayat 12)


Dan ungkapan tukang sihir Fir’aun selepas mereka beriman dan diancam oleh Fir’aun: Mereka menjawab: "Kami tidak sekali-kali akan mengutamakanmu daripada apa yang telah datang kepada kami dari mu’jizat-mu’jizat yang terang nyata, dan (tidak akan mengutamakanmu daripada) Tuhan yang telah menjadikan kita semua. Oleh itu, hukumkanlah apa sahaja yang engkau hendak hukumkan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah dapat menghukum dalam kehidupan dunia. Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, supaya diampunkan-Nya kesalahan-kesalahan kami, dan dosa-dosa sihir yang engkau paksakan kami melakukannya. Dan Allah jualah yang lebih baik dan lebih kekal balasan pahala-Nya".
(Surah Taha: Ayat 72-73)


Keteguhan dan ketetapan daripada Allah, tiada lagi rasa teragak-agak dan syak. Amalan dan kewajipan tidak lagi dijauhkan diabaikan sekalipun berat atau banyak. Kerana Allah telah menganugerahkannya kepada orang yang beriman. Begitu juga kita perlukan sokongan ikatan ukhuwah dan jalinan kasih sayang kerana Allah. Perkara sedemikian akan menghasilkan kerjasama dan kesefahaman yang baik untuk kepentingan dakwah. Ketulusan yang berterusan tidak dapat direalisasikan sekiranya saling bercanggah.


Adakalanya diselubungi perasaan lemah semangat dan malas menyebabkan seseorang itu akan leka dan lalai. Tetapi bilamana seorang mukmin yang sentiasa sayangkan saudaranya seagama mestilah saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran sepertimana yang dianjurkan Al-Quran, maka mereka dapat menghindarkannya. Memberi peringatan mendatangkan manfaat bersama. Membantunya apabila ia sedar atau ingat, memberitahu keburukannya dan membantu untuk menghilangkan keburukan itu.


Seringkali berhadapan dengan pelbagai peristiwa dan pendirian yang mendukacitakan, menyusahkan dan meragukan adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan dari perasaan setiap insan. Sepatutnya mereka perlu menentukan pendirian yang bersesuaian dengan Islam ketika berhadapan dengan pelbagai jenis sikap atau peristiwa. Mereka perlu membuat pertimbangan yang sempurna bertepatan dengan perspektif Islam dan mengemukakan pandangan yang benar; sekalipun terpaksa menghadapi tentangan dan merasai keperitan. Sikap ini tidak dapat dilaksanakan sedikitpun dan tiada apa yang dapat membantunya melainkan iman dan taqwa.

"Dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar)"
(Surah At-Taghabun: Ayat 11)


Jihad yang paling afdal di sisi Allah ialah memperkatakan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim. Setiap individu mestilah mengutamakan syariat Allah pada perkataan dan amalan. Janganlah menyanggahi perintah Allah dan Rasulullah pada setiap keadaan. Mestilah berusaha bersunguh-sungguh untuk menyatukan saf dan tidak memecah-belahkannya. Tiada apa yang dapat membantunya untuk melakukan perkara ini melainkan iman yang benar, yang memelihara diri dari sebarang kecuaian dan kurang iltizam.


"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai".(Surah Ali-’Imran: Ayat 103)


Ilmu yang bermanfaat yang semestinya dimiliki oleh pendakwah yang bijaksana. Tidak memadai dengan membanyakkan pembacaan sahaja, tetapi mestilah juga meningkatkan ketaqwaan dan keikhlasan kepada Allah, agar Allah melimpahkan ilmu, hidayah dan taufiq daripadaNya.


Sokongan dan pertolongan daripada Allah, khususnya apabila kita menghadapi pelbagai jenis tipu daya dan serangan musuh-musuh Allah. Pertolongan daripada Allah dan kekuasaan agamaNya tidak dapat dicapai melainkan oleh orang mukmin yang berjihad. Bekalan iman yang kuat adalah sebab utama dan syarat yang semestinya dipenuhi untuk mendapatkan pertolongan daripada Allah Swt dan kekuasaan agama Islam.


Akhir sekali, Janji tidak memungkirinya, tidak mengubahnya dan tidak menukar-gantinya; sehinggalah kita bertemu Allah dan kita masih berpegang-teguh dengannya. Keimanan dan ketaqwaan adalah bekalan terbaik yang menolong kita.

"Bahkan (mereka berdosa mernakan hak orang, kerana), sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orangyang bertaqwa". (Surah Ali-’Imran: Ayat 76

Kita boleh melihat sejauh mana keperluan kita kepada bekalan di jalan dakwah. Dan bagaimana kita tidak terdaya untuk melangkah walaupun selangkah, atau melakukan kebaikan dan beramal tanpa bekalan iman dan taqwa. Bersegeralah kita mendapatkan bekalan ini dan memperbaharuinya selalu. Jangan biarkannya berkurangan sehingga kehabisan. Bahkan beramallah untuk menambahkannya. Perihal mengenali sumber-sumber mendapatkan bekalan dan bagaimana beramal untuk menambah dan memperbaharuinya, maka kami bentangkan topik-topik yang berikut mi dengan izin Allah. Kita bermohon daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala segala pertolongan dan taufiq.

Ya Allah! Tetapkan dan teguhkanlah pendirian kami di atas jalan Engkau.
Di jalan dakwah, para pendakwah berhadapan dengan pelbagai ancaman daripada musuh-musuh Allah. Ianya menyebabkan sebahagian mereka diselubungi ketakutan lalu ingin menjauhkan diri dan tidak ber’amal. Sesiapa pun tidak akan terselamat dari perkara ini melainkan mereka yang bersenjatakan iman dan berbekalkan taqwa.


Sharing is Caring

14 September 2011

Bilakah Dapat Mengejar?


Sesuatu yang hilang biasanya kerana kecuaian mahupun kelalaian diri sendiri. Airmata pasti akan meluncur laju keluar kerana kehilangan sesuatu yang kita sayangi. Tapi.. apakah yang hilang? entah kenapa otak sering berfikir tanpa henti. Tiap kali mata ini celik otak terus ligat berfikir..berfikir... dan terus berfikir. Apakah sebenarnya? Sukar untuk diapdatasikan.


Melihat orang lain mula melangkah jauh dan ianya semakin jauh bergerak ke hadapan. Hanya mampu melihat tapi tidak mampu direalisasikan. Diri ini masih lagi terkapai-kapai mencapai sesuatu supaya sama tanding dengan yang dihadapan tapi hasilnya tetap tersungkur..


Bilakah diri ini dapat mengejar mereka?
Bilakah diri ini dapat mencapai apa yang dimahukan selama ini?


Kadang-kadang hati ini seperti tidak mempercayai dengan apa yang telah berlaku. Dibibir kata "ya..aku redha" tapi dalam hati hanya Allah sahaja tahu. Seperti tidak mahu redha setiap apa yang telah Allah tetapkan pada diri ini. Benarlah apa yang selalu kita katakan "Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang tentukan.

Sepertimana firman Allah s.w.t:
"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi".Yaa Siin 82)


Terlalu sukar untuk menerimanya kerana ianya terlalu pahit. Acap kali tersungkur dimedan sehingga mengundang perasaan tidak puas hati.
"kenapa ianya berlaku lagi? sedangkan sudah berusaha bersungguh-sungguh".
mula mengeluh dengan berat sehingga benar-benar leka dan lalai.
Astagfirullahal a'zim... lupa semua ini adalah ujian dari Allah.
Mudah benar lalai sehinggakan Lupa akan keredhaan pada qada dan qadar.
Allahummagfirlana zunubana...amin.


"Ya Allah, berikanlah daku kekuatan seiring dengan langkah ku ini. Sungguh ujian yang telah engkau berikan padaku akan ku jadikan pengajaran hidup. Semoga setiap langkah ku ini diredhai oleh MU".

amin ya rabbal a'lamin.



13 September 2011

Syukur Ke Hadrat illahi




"Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda serta bersyukur akan nikmat pemberianNya.
Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya. (Al-Bayyinah 98:8)


Syukur ke hadrat illahi sehingga kini masih dapat bernafas di muka bumi Allah. Sedar tidak sedar hampir dekat setahun ruangan AmeeraRaudah berdiam diri. Entah mengapa berkali-kali perkara sebegini berlaku. Mungkin kerana....(malas). Betul bila malas mula memenuhi ruang segalanya tidak berhasil begitulah juga dengan bicara dari kalam AmeeraRaudah. Iya memesti berubah supaya sentiasa update keadaan sekeliling. (^_^) Dalam lima bulan berturut-turut satu ruangan tiada dikongsi bersama...(memang betul-betullah pemalas........)


Syukur ke hadrat illahi dapat menyelesaikan ibadah puasa di Bulan Ramadhan yang mulia dan juga dapat menghabiskan puasa sunat 6 dibulan syawal. Sungguh kesyukuran itu tidak dapat diungkapkan dengan apa-apa kecuali sujud kepada Illahi. Indahnya nikmat Allah berikan kepada kita sebagainya hamba di muka bumiNYA.Walaupun sebenarnya dalam kemeriahan Aidilfitri ini diraikan terselit jua rasa kesedihan yang mungkin boleh disembunyikan pada pandangan zahir dengan tidak menumpahkan airmata. Satu yang kelaziman kita lakukan apabila menjelangnya hari raya iaitu berkumpul bersama ahli keluarga yang tercinta. Rindu itu hanya Allah sahaja ketahui tambahan lagi sekarang dah ada anak buah....Raihani Mardhiyah... lagi lah jiwa rasa sayu mengenang kampung halaman. Itulah namanya pengorbanan jiwa.


Raya di rantauan dengan raya di kampung halaman terlalu jauh banyak bezanya.Juadah istimewa seperti lemang dan ketupat tidak ada dalam list hidangan ketika di rantauan. Tapi tidak bermakna ianya tidak disambut dengan meriah kerana juadah lain boleh disediakan dengan adanya nasi himpit dan satay(^_^) cukup memadai untuk namanya sambut HARI
RAYA (^_^).


Satu pengalaman yang pastinya tidak boleh dilupakan apabila mengetahui rupa-rupanya hari raya jatuh pada 29 ramadhan sangat-sangat kelam kabut untuk membuat persiapan jamuan ringan seusai solat sunat hari raya. Sungguh ketika itu rasa sangat-sangat tidak mahu raya...kalaulah boleh ditangguhkan...esok ka...lusa ka...tulat ka...minggu depan ka..bulan depan ka... kan seronok. Bukan sebab kerana keuzuran lain tetapi Rasa tidak puas berada dibulan Ramadhan. Barulah sedar ketika itu betapa beruntungnya kita dapat merasai dan meraikannya. Satu lagi kekuatan yang selalu jadi rapuh bila tibanya Hari Raya iaitu Airmata. Lazimnya empangan airmata tidak mampu ditahan ketika mendengar takbir raya tapi entah mengapa kekuatan dan ketabahan yang Allah berikan pada diri ini mampu bertahan sehingga selesainya solat dan khutbah Hari Raya. Kesedihan itu dapat disembunyikan dengan senyuman yang entahlah manis atau tidak.


Beraya bersama Sahabat-sahabat yang juga senasib di rantauan yang jauh beribu-ribu batu dari Malaysia sangatlah bermakna kerana merekalah sahabat merekalah juga keluarga yang paling dekat disisi ketika ini. Bila ada jemputan open house masing-masing ceria kerana masing-masing nakal mengomong " senanglah tak perlu masak lagi di rumah...kalau tak alamat makan maggi lah....". Walaupun raya maggi jugalah menu yang tidak boleh dilupakan (^_^) dah namanya orang bujang dirantauan. Semoga hubungan ini kekal di dunia dan di akhirat.


Syukur ku panjatkan kepada Illahi kerana memberi ruang untuk menikmati segala keindahan yang Allah telah berikan pada diri ini. Semoga segala amal ibadah kita di terima olehNYa.


Kenangan bersama Mahasiswi Sabah Mesir



Kamulah Sahabat
Kamulah Teman Sejati





SALAM AIDILFITRI MINAL AIDEEN WAL FAIZEEN
MAAF ZAHIR DAN BATIN.