13 September 2009

Usahlah Lemah Wahai Hati

Otak ligat berfikir bagaimana hari esok.jalan atau tidak perlu. Kalau ikut kata hati pergilah tapi kalau ikut akal fikiran tidak perlulah.Sebenarnya hati ini ingin berjalan ke luar dari cairo ..siap sudah buat rancangan hendak pergi tetapi bila tiba harinya kami terlajak tidur dan masing-masing belum pun kemas barang.

"oklah...kita jalan esok pagi .... jangan terlajak tidur lagi".

Hari makin beransur ke senja dan kami sibuk masak untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Entah macam mana silap ketika buka oven saya lihat api oven mati...dek kerana kelam kabut hendak masak ayam panggang saya tidak ingat antara sudah matikan semula gas ataupun tidak kemudian saya memasang semula api gas dan api itu meletup....! jari dan tangan kanan terbakar. Akhirnya ayam tak dapat dipanggang tapi digoreng saja...Azan maghrib mula berkumandang... berbuka dengan tamar dan air bandung melegakan hati selamat menunaikan ibadah puasa walaupun perasaan sedih menyelebungi hati tangan mula bertukar warna merah kesan terbakar tapi ada juga yang melucukan bulu mata dan kening juga terbakar sedikit...alahai...

Seusai saja solat maghrib terasa sakit yang amat sangat kerana tersentuh dengan kain telekung airmata masih dapat ditahan lagi. "Ini hanyalah dugaan kecil belum lagi kalau berperang" ngomel hati. Tak apalah...kuatkan semangat!

kemudian tidak lama kemudian azan isya' mula kedengaran di setiap ruang udara kawasan rumah sabah. Kami bersiap hendak turun solat jemaah isya' dan terawih. ketika itu saya kelam kabut keluar sambil menyapu ubat ditangan yang terbakar tadi tapi entah macam mana kaki terpelecok jatuh di anak tangga dengan keadaan bertelekung..sungguh dua dugaan dalam satu masa. kali ini memang tidak dapat lagi ditahan airmata laju keluar.

"Kak..ndak payahlah kakak turun kakak dirumah jela..."

"ndak....kakak mau solat disurau juga"

saya tetap melangkah walaupun tika itu mula berjalan terhenjut-henjut.Sedih...tapi kuatkan semangat jangan menangis shaima'.....teruskanlah amal ibadah mu..



Tidak mahu lemah, tidak mahu gugur, ianya hanyalah dugaan kecil..usah tangisi kesakitan kerana kekuatan itu tampak dalam masa-masa yang sulit. Kekuatan itu memberi kesan dalam setiap waktu.

Dugaan yang datang bukanlah suatu pukulan yang tiba-tiba melainkan apa yang telah terjadi itu adalah ketentuan qada' dan qadar. Ketentuan yang akan berlaku ,yang akan terjadi dan ianya telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Kita ketahui diantara sifat-sifat Allah ialah memberi ujian kepada hamba-hambanya.