24 Januari 2010

Sekadar pengetahuan



Kita perlu pelajari bidang yang lain bukan setakat bidang yang kita ceburi seperti Perundangan Islam,perubatan,arkitek ataupun apa-apa bidang sekalipun. Ini bermakna kita perlu ambil peduli daripada tidak ambil peduli. Kenapa saya katakan sedemikian? Andai satu masa nanti pasti ada juga yang akan bertanya tentang bidang lain so macam mana nak jawab sebab kita "tak tahu".

Satu hari senior medic sebut penyakit Skizofrenia. Malangnya satu apa pun saya sendiri "tidak tau" melainkan diterangkan satu persatu tentang penyakit itu. Skizofrenia bermaksud dari istilah kasar "Fikiran berkecai".Tapi..saya tetap kurang mengerti sangat bagaimana ianya berlaku dan bagaimana untuk ketahui seseorang menghidap penyakit ini. Al-maklumlah bukan bidang sendiri. Tapi ingin sekali saya berkongsi tentang penyakit tersebut untuk sekadar pengetahuan bersama.


Skizofrenia adalah satu penyakit mental secara berterusan pada c penerima. Ianya satu sering kali digambarkan simptom "negatif" dan "positif". Kebanyakan yang berlaku pada pesakit suka tinggal bersendirian, tidak ramai kawan,minat dengan perkara ghaib, hilang sesuatu tabiat atau keupayaan secara normal termasuklah dari segi psikologi iaitu lemah pertuturan, emosi yang tidak stabil, hilang keyakinan diri.


Skizofrenia menjadikan pesakit berada didunia yang dicipta sendiri dalam masa yang sama mereka menjauhkan diri dengan dunia yang sebenar. Seringkali merasakan ada bisikan halus yang mengarahkan setiap perbuatan sedangkan ketika itu hanyalah diri sendiri yang mengaplikasikannya. Digambarkan pada pesakit seperti kelihatan gila dan dirasuk. Tanpa rawatan terapi keatas pesakit akan menampakkan semakin lemah dan menghadapi banyak masalah terutamanya pada diri pesakit malahan ia juga membabitkan dengan keluarga, kawan-kawan dan orang sekeliling.


Biasanya penyakit Skizofrenia ini berlaku pada lewat remaja ataupun awal dewasa kiranya dalam lingkungan 20 keatas. Lelaki lebih awal hadapi penyakit tersebut berbanding wanita. Salah satu penyebab penyakit ini adalah tekanan hidup kerana ianya berkaitan dengan otak. Kebanyakan pesakit Skizofrenia membunuh diri jika dibandingkan dengan populasi umum. Dianggar 10 peratus pesakit terutama pesakit lelaki membunuh diri. Ianya boleh terjadi disebabkan mewarisi daripada keluarga. Risiko mewarisi daripada keluarga terdekat yang menghadapi Skizofrenia adalah 10 peratus dan 40 peratus daripada ibubapa atau kembar.

Diantara salah satu kaedah perubatan selain makan ubat-ubatan hospital, terapi individu dan keluarga juga dapat membantu pesakit untuk kembali pulih dan yang paling utama doa kepada Allah s.w.t. adalah sebaik-baiknya. Kerana setiap dugaan datang daripadaNya.
....Sekadar Pengetahuan bersama.....













Tiada ulasan: