13 September 2010

Syukur Pada Mu



Syukur alhamdulillah kita dapat menikmati hari raya ini. Pastinya juadah yang dihidangkan pada tetamu juga berbeza dengan hari-hari yang lain. Tika kita semua bergembira pasti ada yang berduka, teman-teman ada yang tidak dapat pulang ke tanah air pastinya kesedihan itu lebih berlipat ganda. Seperti pengalaman diri ini yang telah beraya di luar negara selama 2 kali raya aidil fitri dan 3 kali adil adha usah katakan betapa sedih dan rindu yang mendalam tika solat sunat. Menyembunyi air mata terlalu sukar dilakukan.




Syukur alhamdulillah raya kali ini lebih bermakna buat diri kerana dalam meyambut hari raya kami juga menyambut seorang ahli baru dalam keluarga. 12hb september bersamaan dengan 3 syawal kami menerima kakak ipar yang pertama dan menantu yang pertama buat mama dan baba. Gembira dan terharu melihat abang melafazkan akad nikah dengan hanya sekali lafaz. Selama ini saya tidak pernah merasakan apa-apa ketika sepupu-sepupu lain bernikah tetapi berlainan apabila abang sendiri yang hendak melafazkan. Entah macam sendiri pula yang nak bernikah (^_^) punyai rasa gabrah dan risau. Mendengar abang yang membaca khutbah kahwin agak melucukan..bukan maksud saya khutbah itu lucu tapi tidak pernah ada pengantin pun yang akan membaca khutbah melainkan Qadi tapi itulah yang berlaku disebaliknya.


Syukur pada Mu Ya Allah..


Rasa satu nikmat dan kenangan yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hayat kerana raya kali ini amat bermakna. Selama lebih dari 6 tahun kami sekeluarga tidak pernah dapat berkumpul dengan sempurnanya dan akhirnya buat kali kedua kami berkumpul satu keluarga cukup dan tidak ada kurangnnya.


Sejak mula menjejakkan kaki di tanah air airmata ini mudah saja mengalir. Pelik.. tapi itulah yang terjadi. Selalunya orang akan menangis bila berjauhan tetapi apa yang berlaku pada diri saya adalah sebaliknya. Airmata inilah akan menjadi musik dihati. Entah mengapa hati mudah rasa terusik rindu. Hati dan otak sering berbicara mengatakan tidak mahu lagi berjauhan daripada mama dan baba tapi apakan daya inilah pengorbanan yang harus dilakukan. Cuti tiga bulan perlu dimanfaatkan dan dipenuhkan bersama mama & baba.











SALAM AIDILFITRI dari kami sekeluarga buat anda semua. Maaf zahir dan batin..

1 ulasan:

Wardatul Asfar berkata...

Alhamdulillah..
Sangat sweet..sangat comel..sangat bahagia...tumpang genbira yea..=)