05 Mac 2013

Kronologi Pencerobohan Oleh Tentera Sultan Sulu Di Lahad Datu, Sabah.


Takziah kepada ahli keluarga perwira. Sepanjang misi menangani kumpulan bersenjata yang menceroboh masuk perairan Sabah  dengan menggunakan bot dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu. Lapan anggota polis dilaporkan telah terkorban dalam dua insiden pertempuran berasingan masing-masing di Lahad Datu dan Semporna.

Almarhum Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin dari unit 69 Komando Mereka ini yang terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu .

Manakala mereka yang telah terkorban dalam pertempuran di Semporna adalah Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman), ASP Michael, (KCKD Semporna), Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna), Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna), Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah), Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau).

Takziah dari kami anak-anak Sabah Mesir kepada Amira Shahira dan juga ahli keluarganya, semoga kuat dan tabah menghadapi ujian dari Allah. Semoga Allah mengurniakan ganjaran kepada arwah ayahnya Supt.Ibrahim Lebar dan sekalian yang terkorban berjuang mempertahankan negara  seperti yang diterima para syuhada dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh" . Al-fatihah.

Mereka berjuang mempertahankan negara dari ancaman penceroboh dan kita sebagai rakyat mendoakan moga mereka dilindungi oleh Allah .Rasa kesal pada mereka yang menceroboh masuk ke Sabah. Sabah negari di bawah bayu, juga di bawah jaga Malaysia. Saya amat menyayangi negeri ini kerna di negeri inilah tempat saya dilahirkan ,tempat saya membesar, tempat saya mengenal ABC , dan segalanya di negeri Sabah.



Kronologi Pencerobohan oleh Tentera Sultan Sulu Filipina di Lahad Datu, Sabah.


9 Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Februari – Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Februari – Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina. Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal. Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

16 Februari – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal. Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu’antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Februari – Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

 24 Februari – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

 26 Februari – Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Februari – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu. Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘tentera diraja’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac – Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.

2 Mac – 10 anggota penceroboh lahad Datu Filipina telah menyerah diri.

" Semoga Allah melindungi keselamatan rakyat Sabah dan juga ahli keluarga pelajar-pelajar Sabah Mesir selamat dari ancaman tentera sultan sulu" amin ya Rabbalalamin.

Tiada ulasan: