07 Julai 2009

alahai musim panas

Tahun ini agak berbeza dengan tahun lepas.Panas Mesir tidak sama panas d Malaysia tapi selalu orang disekeliling mengingatkan diri sendiri bahawa panas lagi di Akhirat. Betul..panas lagi di sana.. Musim panas kali ini juga saya terpaksa bersendirian tanpa sahabat yang tidak pernah saya berpisah selama ini. Bukan saya katakan tidak ada kawan tapi kalian pasti tahu perbezaan antara teman rapat dengan teman lain. Bagi saya sahabat atau lebih lagi kita sebut "Bestfriend" adalah teman yang sentiasa berada dihati dan sentiasa ada ketika suka dan duka sama-sama harungi apa jua yang berlaku. Bila mereka tidak ada di sisi saya rasa bagaikan kosong hidup ini. Sukar hendak saya katakan tentang mereka. Airmata mengalir laju tidak dapat ditahan sehingga terduduk dan termenung mengingatkan diri ini akan bersendirian selama 3 bulan tanpa mereka. Cuba sorokkan rasa sedih didada tetapi sukar saya sembunyikan. Tangisan saya didengari oleh seorang kakak yang hairan kenapa saya berdiam diri selepas hantar teman. Mengingati diri ini sudah hampir 2 tahun saya tidak pulang ke tanah air. Diri ini tertanya2 entah bagaimana perubahan di Malaysia.Entah bagaimana di Sabah adakah banyak perubahan yang berlaku. Bukan tidak mahu tetapi saya memikirkan bagaimana hendak pulang kerana bukan saya seorang sahaja belajar di negara padang pasir ini.Saya juga perlu fikir tentang keinginan abang2 saya yang semenangnya ingin pulang ke tanah air. Tapi andai di beri pilihan oleh ayahanda dan bonda antara kami siapa yang perlu pulang ke tanah air, saya akan beralah kerana saya ingin bagi peluang untuk abang sulung saya yang sudah lama tidak pulang ke tanah air.Saya tahu naluri bonda yang sangat merindui kami anak2nya di negara orang. Air mata ini terlalu mudah mengalir bila rasa rindu mengamit disanubari. Diwaktu ini saya hanya mampu untuk berdoa kesejahteraan ayahanda dan bonda.

Saya redha semuanya pasti ada hikmah disebalik ujian ini. Sepanjang musim panas ini saya membuat keputusan untuk mengikuti kelas talaqqi, tafaquh,tahsin Al-quran dan kelas tambahan untuk memantapkan lagi bahasa arab.InsyaAllah biizinillah. Memandang cuaca yang sangat panas sehingga mencecah 41 celcius membuatkan lebih "enak" duduk dirumah dari keluar untuk berjuang mencari ilmu Allah yang melimpah ruah. Tapi itu semuanya adalah ujian Allah ke atas hamba2nya.

Pada teman2 seperjuangan yang tidak pulang ke tanah air, kuatkan semangat sebagai pejuang yang sentiasa dahagakan ilmu . Begitu juga buat teman2 yang berada di tanah air , semoga kalian juga berjuang menyampaikan ilmu yang kita ada kepada masyarakat sekeliling..

1 ulasan:

Nafsah Dulajis berkata...

ala jgnla nangis2 ba...ok2 pgla talaqqi tu nda pa la klu x buat keja pun..hehe....