11 Februari 2010

Pengurusan Masa Bagi Siswazah


Firman Allah s.w.t.
"
Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat(nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran" (surah Al-Asr)

Cuti "Winter Break" dipenuhi dengan pelbagai program yang diadakan setiap biro BKPSM. "Hari Puteri" salah satu program yang diadakan dimana program ini baru sahaja bermula pada 11hb dan akan berakhir pada 13hb. Seusai solat subuh berjemaah, pertandingan Tilawah Al-Quran dan Tazkirah dijalankan. Saya tertarik dengan tajuk yang dipertandingkan iaitu "Pengurusan Masa Bagi Siswazah".

Kehidupan seseorang akan lebih terurus dan lancar apabila mempunyai pengurusan masa yang baik. Disiplin yang tinggi dan senantiasa berazam untuk memastikan ianya berjalan dengan lancar dan secara tidak langsung akan menjayakan seseorang itu kepada apa yang dirancang.

Seperti yang kita maklum sebagai seorang siswazah yang penuh dengan aktiviti harian masing-masing masih lagi terikat dengan "masa". Adakalanya terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kita akan kehilangan masa dengan sia-sia.Pengaruh media masa yang terlalu banyak kehebatan masing-masing sehinggakan kita lalai dan alpa. Sering melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak ditepi jalan,berjalan tanpa arah tujuan dan sebagainya.

Setiap orang hanya akan menerima masa yang sama dalam sehari selama 24 jam. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada mereka yang pandai mengurus masa.

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w telah berpesan untuk bersedia dengan lima perkara iaitu:

1) Masa hidup sebelum mati
2) Masa kaya sebelum miskin
3) Masa sihat sebelum sakit
4) Masa muda sebelum tua
5) Masa senang sebelum susah

Beringat-ingat sebelum ianya terjadi kerana masa itu tak mungkin dapat diulang semula seperti jam dinding yang mungkin kita boleh ubah dimana kedudukan jarumnya tapi kita tidak mungkin dapat memutarkan semula hari dan masa yang sememanya tetap berdetik demi detik.

Kita boleh atasi dengan pelbagai cara dalam pengurusan masa ini. Misalnya seperti
1) Senaraikan semua yang ingin dijalan dalam satu hari
2) Susun perkara yang lebih utama dahulu
3) Buat satu jadual untuk aktiviti yang ingin dibuat agar ia tidak terbuang begitu saja
4) Disiplin dalam setiap masa

Mungkin senang sahaja kita katakan tapi untuk melaksanakannya agak terlalu susah bukan??... Sebenarnya itu semua terletak pada diri masing-masing untuk mengatur kehidupan yang lebih sempurna.Jika inginkan kejayaan kita perlu berusaha.Tidak akan datang bergolek kesempurnaan itu dalam kehidupan tanpa mengurus masa dengan baik.

Tiada ulasan: