31 Mac 2011

Melakar Kehidupan#1

"Kekuatan Ada Di Dalam Hati Bukannya pada Badan"

Semua perjalanan hari-hari bagi diriku adalah suatu yang biasa,
Jika ianya buruk, maka aku akan bersabar,
Jika ianya baik, maka aku bersyukur.



Satu hari entah mengapa otak ini ligat berfikir macam seperti lagak seorang "Arkitek" melakar plan rumah agar kelihatan indah tetapi bezanya saya sedang sebuah kehidupan yang paling hebat dan sekadar berani melakarnya di dalam otak sahaja.

Tiba-tiba teringat sebuah kisah yang pernah diceritakan oleh seseorang . Ingin berkongsi bersama kalian Kisah tentang seorang wanita tidak pernah merasai sebuah kehebatan dalam kehidupannya. Hidupnya hanya ada kemiskinan kerana tidak ada kekayaan , kelaparan kerana tidak ada sumber makanan, kesunyian kerana suaminya meninggal dunia dan kesakitan kerana terpaksa meninggalkan anak yang ketika itu berusia 4 tahun.

Hari demi hari wanita ini melalui kehidupannya seperti biasa tanpa ada sedikit pun perubahan. Badan semakin lemah, kaki semakin longlai melangkah mencari kebahagiaan hidup. Sehinggalah satu hari tika wanita ini melangkah berjalan melihat kebahagiaan orang lain tiba-tiba kakinya tergelincir jatuh di atas tanah yang telah diliputi salji dan kepalanya terhempap batu. Wanita ini terus pengsan dan darah tidak berhenti keluar dari celah lukanya. Tika itu seperti kebetulan yang telah Allah tetapkan seseorang telah melalui kawasan wanita itu jatuh. Dan ia nya segera dibawa bertemu dengan doktor.


Tika wanita ini sedar dari "lenanya" Seluruh badannya kaku terlentang di tempat pembaringannya. . Airmata menitis laju dan otak mula berbicara "Mungkin inilah takdirnya sentiasa tidak ada kebahagaiaan" .


Dari saat bertukar menjadi minit kemudian dari minit bertukar menjadi jam wanita ini hanya mampu memandang dan berkelip sahaja. Tiba-tiba entah bagaimana datang dari dalam hatinya
berkata "Bangkitlah! bangunlah! ini hanya dugaan kecil buat Mu" "Ingatlah, engkau punyai Allah yang sentiasa memerhati mu adakah engkau kuat hati tika menghadapi dugaan dari Nya".


Kata hatinya membuatkan wanita ini tersedar dari lamunannya.

"Ya betul, Allah ada disisi ku"

"AstagfirullahalAzim "

" Aku lupa.......Aku lalai.....kerana kesedihan itu selalu buatkan aku kesunyian"
.


Kata hatinya itu juga memgembalikan kekuatan imannya dan tenaga dalam diri wanita ini sehingga dia dapat bergerak dan bangkit dari tempat pembaringannya segera. Kesakitan pada badan dan kepalanya tidak lagi dirasai kerana hatinya mula kuat dan pasti akan bertambah kuat lagi... Semua ini adalah ketentuaan Allah s.w.t.

Bilamana Allah s.w.t berfirman "Kun fa yakun" maka perkara ini tetap akan berlaku.

Begitu juga sebagaimana firman Allah s.w.t:

"....dan Allah maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.." (Surah Yusuf, ayat:21)



Ingatlah wahai diri....
Sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa ada di sisi kita.
Jangan sekali pun lupa dan alpa tentang kewujudannya.



1 ulasan:

NuR ReeZan mohiddin berkata...

wahai sahabat ku...."Kekuatan Ada Di Dalam Hati Bukannya pada Badan" saya ingin bertanya kepada anda...adakah hati anda tidak terletak di badan anda????hehehhehe