13 September 2011

Syukur Ke Hadrat illahi




"Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda serta bersyukur akan nikmat pemberianNya.
Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya. (Al-Bayyinah 98:8)


Syukur ke hadrat illahi sehingga kini masih dapat bernafas di muka bumi Allah. Sedar tidak sedar hampir dekat setahun ruangan AmeeraRaudah berdiam diri. Entah mengapa berkali-kali perkara sebegini berlaku. Mungkin kerana....(malas). Betul bila malas mula memenuhi ruang segalanya tidak berhasil begitulah juga dengan bicara dari kalam AmeeraRaudah. Iya memesti berubah supaya sentiasa update keadaan sekeliling. (^_^) Dalam lima bulan berturut-turut satu ruangan tiada dikongsi bersama...(memang betul-betullah pemalas........)


Syukur ke hadrat illahi dapat menyelesaikan ibadah puasa di Bulan Ramadhan yang mulia dan juga dapat menghabiskan puasa sunat 6 dibulan syawal. Sungguh kesyukuran itu tidak dapat diungkapkan dengan apa-apa kecuali sujud kepada Illahi. Indahnya nikmat Allah berikan kepada kita sebagainya hamba di muka bumiNYA.Walaupun sebenarnya dalam kemeriahan Aidilfitri ini diraikan terselit jua rasa kesedihan yang mungkin boleh disembunyikan pada pandangan zahir dengan tidak menumpahkan airmata. Satu yang kelaziman kita lakukan apabila menjelangnya hari raya iaitu berkumpul bersama ahli keluarga yang tercinta. Rindu itu hanya Allah sahaja ketahui tambahan lagi sekarang dah ada anak buah....Raihani Mardhiyah... lagi lah jiwa rasa sayu mengenang kampung halaman. Itulah namanya pengorbanan jiwa.


Raya di rantauan dengan raya di kampung halaman terlalu jauh banyak bezanya.Juadah istimewa seperti lemang dan ketupat tidak ada dalam list hidangan ketika di rantauan. Tapi tidak bermakna ianya tidak disambut dengan meriah kerana juadah lain boleh disediakan dengan adanya nasi himpit dan satay(^_^) cukup memadai untuk namanya sambut HARI
RAYA (^_^).


Satu pengalaman yang pastinya tidak boleh dilupakan apabila mengetahui rupa-rupanya hari raya jatuh pada 29 ramadhan sangat-sangat kelam kabut untuk membuat persiapan jamuan ringan seusai solat sunat hari raya. Sungguh ketika itu rasa sangat-sangat tidak mahu raya...kalaulah boleh ditangguhkan...esok ka...lusa ka...tulat ka...minggu depan ka..bulan depan ka... kan seronok. Bukan sebab kerana keuzuran lain tetapi Rasa tidak puas berada dibulan Ramadhan. Barulah sedar ketika itu betapa beruntungnya kita dapat merasai dan meraikannya. Satu lagi kekuatan yang selalu jadi rapuh bila tibanya Hari Raya iaitu Airmata. Lazimnya empangan airmata tidak mampu ditahan ketika mendengar takbir raya tapi entah mengapa kekuatan dan ketabahan yang Allah berikan pada diri ini mampu bertahan sehingga selesainya solat dan khutbah Hari Raya. Kesedihan itu dapat disembunyikan dengan senyuman yang entahlah manis atau tidak.


Beraya bersama Sahabat-sahabat yang juga senasib di rantauan yang jauh beribu-ribu batu dari Malaysia sangatlah bermakna kerana merekalah sahabat merekalah juga keluarga yang paling dekat disisi ketika ini. Bila ada jemputan open house masing-masing ceria kerana masing-masing nakal mengomong " senanglah tak perlu masak lagi di rumah...kalau tak alamat makan maggi lah....". Walaupun raya maggi jugalah menu yang tidak boleh dilupakan (^_^) dah namanya orang bujang dirantauan. Semoga hubungan ini kekal di dunia dan di akhirat.


Syukur ku panjatkan kepada Illahi kerana memberi ruang untuk menikmati segala keindahan yang Allah telah berikan pada diri ini. Semoga segala amal ibadah kita di terima olehNYa.


Kenangan bersama Mahasiswi Sabah Mesir



Kamulah Sahabat
Kamulah Teman Sejati





SALAM AIDILFITRI MINAL AIDEEN WAL FAIZEEN
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Tiada ulasan: