14 September 2011

Bilakah Dapat Mengejar?


Sesuatu yang hilang biasanya kerana kecuaian mahupun kelalaian diri sendiri. Airmata pasti akan meluncur laju keluar kerana kehilangan sesuatu yang kita sayangi. Tapi.. apakah yang hilang? entah kenapa otak sering berfikir tanpa henti. Tiap kali mata ini celik otak terus ligat berfikir..berfikir... dan terus berfikir. Apakah sebenarnya? Sukar untuk diapdatasikan.


Melihat orang lain mula melangkah jauh dan ianya semakin jauh bergerak ke hadapan. Hanya mampu melihat tapi tidak mampu direalisasikan. Diri ini masih lagi terkapai-kapai mencapai sesuatu supaya sama tanding dengan yang dihadapan tapi hasilnya tetap tersungkur..


Bilakah diri ini dapat mengejar mereka?
Bilakah diri ini dapat mencapai apa yang dimahukan selama ini?


Kadang-kadang hati ini seperti tidak mempercayai dengan apa yang telah berlaku. Dibibir kata "ya..aku redha" tapi dalam hati hanya Allah sahaja tahu. Seperti tidak mahu redha setiap apa yang telah Allah tetapkan pada diri ini. Benarlah apa yang selalu kita katakan "Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang tentukan.

Sepertimana firman Allah s.w.t:
"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi".Yaa Siin 82)


Terlalu sukar untuk menerimanya kerana ianya terlalu pahit. Acap kali tersungkur dimedan sehingga mengundang perasaan tidak puas hati.
"kenapa ianya berlaku lagi? sedangkan sudah berusaha bersungguh-sungguh".
mula mengeluh dengan berat sehingga benar-benar leka dan lalai.
Astagfirullahal a'zim... lupa semua ini adalah ujian dari Allah.
Mudah benar lalai sehinggakan Lupa akan keredhaan pada qada dan qadar.
Allahummagfirlana zunubana...amin.


"Ya Allah, berikanlah daku kekuatan seiring dengan langkah ku ini. Sungguh ujian yang telah engkau berikan padaku akan ku jadikan pengajaran hidup. Semoga setiap langkah ku ini diredhai oleh MU".

amin ya rabbal a'lamin.



Tiada ulasan: