20 November 2011

Kita adalah Daie

Satu Matlamat yang dibawa bersama tanggungjawab selaku daie amatlah penting untuk kita semua selaku peneraju generasi ummah. Jika bukan kita siapakah lagi?

Kita adalah Daie.

Pesanan dari Syeikh Mustafa Mashur : “Sesungguhnya setiap jalan dakwah itu disertai oleh cabaran dan tribulasi. Sesungguhnya aku takut jika jalan perjuangan tiada cabaran ditakuti tersalah pilih jalan perjuangan, kerana perjuangan para Rasul terdahulu disertai anak dan duri”

Setiap Jiwa yang berada dalam perjuangan tidak mengenal istilah tekanan, tidak mengenal istilah ugutan, tidak mengenal ustilah kesakitan. Malah merasakan kesyukuran yang teramat sangat. Kerana yakin akan terubat dengan janji-janji Allah. Melalui apa yang dijanjikan oleh Allah kepada hambaNya yang utuh berjuang kerana Islam balasanya adalah Syurga. Itulah janji Allah yang benar. Maka BEKERJALAH UNTUK ALLAH.

Ucapan Alhamdulillah sering kali terpacul dari bibir.Begitu juga ucapan syukur ke Hadrat Illahi kerana ketentuan oleh Nya, Biro Dakwah Dan Tarbiyah bersama Wisa Berjaya melaksanakan program Usrah Terbuka dibawah tajuk” Sirah Nabawi” dan “Yang jauh didekatkan , Yang dekat dieratkan”, Program “One soul One Love” dan pembentangan Qarar WISA yang berlangsung pada hari jumaat selepas selesainya solat Jumaat berlanjutan sehingga selesainya solat Isyak berjemah di Wisma Yayasan Sabah Alexandria. Dengan Kehadiran ahli DMSI maka tercapailah objektif yang sebenar ingin dilaksanakan dari pihak WISA dan Biro Dakwah & Tarbiyah.

Walaupun bakal berlaku suatu kejadian yang tidak diingini tetapi kerana YAKIN pada Ketentuan NYA, sehinggakan punyai perasaan takut dan gabrah ketika mula membuka langkah keluar dari Qaherah ke Iskandariah . Kita hanya merancang tetapi kita perlu ingat bahawa Allah yang menentukannya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Sekalung ucapan Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang hadir dengan memberi komitment yang tinggi. Seperti yang kita ma’ruf bilangan ahli DMSI adalah sedikit sama seperti muhafazah lain. Dengan bilangan yang sedikit itulah mudah untuk bergerak dalam memastikan program berjalan dengan lancar. Semoga program Usrah Terbuka tetap akan diteruskan untuk sama-sama kita mengutarakan buah fikiran dalam bentuk perbincangan Islam.


(GREAT MUSLIMAH FOR GREAT UMMAH)

(Sayangi Persatuan)

(Pembentangan QARAR WISA)

(Ahli WISA Di Alexandria)

Syukran pada semua yang terlibat dan hadir. Semoga Allah swt membalas jasa baik kalian.
Wallahua'lam.

Tiada ulasan: