30 Oktober 2011

Kepimpinan Yang Di impikan


Gerak kerja SuruhanJaya PilihanRaya (SPR) BKPSM mula beroperasi selama seminggu bermula pada 21 oktober hingga 28 oktober. Seminggu bukanlah sedikit hari untuk bergerak dalam memastikan keadaan semuanya yang terbaik. Misi dan visi juga perlu seiring bergerak dalam Suruhanjaya PilihanRaya. Satu pencalonan amatlah bermakna bagi Suruhanjaya pilihanRaya untuk mempertandingkan calon-calon barisan kepimpinan yang akan datang.

Bila menyebut tentang kepimpinan, bagaimanakah kita mahu gerakkan dan juga kepimpinan bagaimanakah yang kita impikan?

"Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami."As-Sajdah 32:24)

Kepimpinan adalah insitusi terpenting bagi sebuah organisasi dalam menggerakkan gerak kerja yang progresif. Menjawat atau menyandang status sebagai seorang pemimpin di pelbagai peringkat mestilah dengan segala keupayaan dan kelayakan yang diiktiraf oleh syara', berpandukan petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah.

Kepimpinan ataupun Al-Qiyadah bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan tetapi ianya adalah tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.

Daripada Abu Zar katanya:" Aku bertanya:" Wahai Rasulullah! Tidakkah engkau mahu melantikku?". Baginda menepuk bahuku dan bersabda:" Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau ini lemah sedangkan jawatan adalah amanah. Pada hari akhirat nanti ia adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya." (sahih Muslim, Kitan Al-Imarah)

Berasaskan realiti sekarang ini, janganlah pada sesiapa pun yang ingin memanjat tangga kepimpinan dalam keadaan gopoh-gapah dan rakus. Sangat penting kita perhatikan setiap anak tangga dengan teliti dan cermat serta melangkah dengan tertib agar tidak termengah dan mencederakan diri sendiri mahupun orang lain.

Apatah lagi jika keadaan permukaan anak tangga itu licin dan mudah buat ramai akan tergelincir, ingatlah ianya sangat membahayakan setiap orang. Kesabaran dan kematangan dalam mengambil langkah dan memutuskan sikap adalah dua elemen penting yang dilihat mampu untuk memperkasakan sebuah organisasi kepimpinan.

Perlu di ingatkan menjawat atau menyandang status kepimpinan dengan pengaruh manifesto mahupun populariti bukanlah satu perkara yang terbaik. Tetapi menjawat jawatan melalui kepercayaan yang diberikan oleh ahli berasaskan kelayakan dan keupayaan syarie.

Kepercayaan ini bukanlah melalui penonjolan imej dan juga pembiayaan komunikasi kita tetapi ianya perlu lahir dari kesungguhan berjuang dan ikhlas berkorban demi menegakkan daulah islamiah. Bertunjangkan atas dasar ketaqwaan yang tinggi dan semangat yang berwibawa bersama petunjuk melalui Al-Quran dan As-sunnah.

Dan Kita sebagai ahli yang inginkan kepimpinan yang berwibawa dan ikhlas lillahi ta'ala perlulah matang dalam menilai dan memilih barisan kepimpinan yang bakal menerajui persatuan dalam episod yang baru. Perlunya kita memilih barisan kepimpinan yang punyai sifat-sifat Rabbani kerana tabiat ataupun perangai suka melarikan diri tetapi suka akan sanjungan perlu dihindari dari menjadi barisan kepimpinan.

Kadang kala kita mudah terlepas pandang hanya kerana wang dan populariti. Tapi perlu kita diingatkan jika kita berusaha lebih insyAllah kita pasti berjaya. Jangankan mahu rezeki itu datang bergolek tanpa usaha yang lebih. Perlu kita ingat bagaimana kejayaan tentera Islam dalam Perang Badar yang hanya punyai bilang seramai 314 orang berjaya menumpaskan tentera kaum Quraisy yang tika itu punyai seramai 1000 orang. Allah sentiasa membantu hambaNya yang mahu kan Daulah Islamiah.

28 oktober 2011 tarikh yang mencatatkan sebuah cerita tentang barisan kepimpinan. Hanya hari itu sahaja dapat dilihat mereka yang lama dan yang baru. Masing-masing mengharapkan agar barisan kepimpinan yang lama berjaya mencatatkan sebuah kejayaan dalam menggerakkan gerak kerja selama satu sesi menyandang jawatan yang telah diamanahkan.

Pada hari yang sama pembubaran dan pengumuman barisan kepimpinan yang baru akan di isytiharkan oleh Pengarah suruhanjaya piliharaya BKPSM. Sekalung ucapan Terima kasih kepada barisan kepimpinan sesi 2010/2011 kerana melaksanakan amanah yang telah diberikan melalui kepercayaan ahli BKPSM.

Tidak dilupakan juga sekalung ucapan Tahniah dan syabas Buat Barisan Kepimpinan BKPSM bagi sesi 2011/2012. Semoga amanah dan kepercayaan yang diberikan dari ahli dapat dilaksanakan buat barisan kepimpinan yang baru.

Suasana Pilihanraya BKPSM















Orang pertama mengundi.

Ucapan terakhir dari Yang Di Pertua.

Tahniah dan Syabas buat kalian semua.
Semoga Allah membalas jasa baik kalian dalam menggerakkan sebuah persatuan yang berlandaskan AL-Quran dan As-sunnah.

3 ulasan:

Nafsah Dulajis berkata...

Terbaik Syaima'!

Wardatul Asfar berkata...

Like like like~ =)syukran syeq~

AmeeraRaudah berkata...

syukran chaq & ena...sekadar pandangan jak nie..(^_^)