14 Disember 2012

keluhan ku

Bicara hati ini sukar untuk dikongsikan pada orang yang tidak rapat sesama kita tetapi hakikatnya kita perlu juga meluahkan perasaan kita ini. Setiap orang ada keluhan sendiri. Dan diri ini juga seperti itu. Dan trade mark yang sudah sinonim dengan diri adalah “stress”.. entah lah susah mahu katakan..berat tanggungjawab ini. Aku sendiri hairan mengapa orang benar-benar mempercayai diriku..seolah-olah diri ini sangat hebat tapi hakikatnya aku adalah insan biasa yang masih cuba mengerti "apakah itu? apakah ini?...." Tidak tahu dimana mahu luahkan… hati ini perlu kuat..hati ini perlu cekal… hati ini perlu tabah..

Ingatlah pesanan Imam Hassan Al-Bana :” Bersungguh-sungguh dalam belajar, Istiqmah dalam melaksanakan Islam dan Taburkanlah kasih sayang sesama Islam”…

Dan aku adalah seorang yang terpilih untuk memahami apakah ertinya aku hidup di dunia Allah ini..? aku takut aku lalai dan leka dengan kemewahan hidup di dunia sehingga aku tidak mahu berjuang di medan Islam.. Aku takut aku cuba lari dari tanggungjawab. Aku tidak layak memegang mana-mana taklifan kerana aku tau dimana kemampuan ku. Sangat malu dan takut untuk berada dihadapan.. kerana tidak bisa berada di khalayak ramai....aku bukan seperti MEREKA....berani....tidak takut....yakin....TETAPI.... aku perlu kehadapan… jika bukan aku siapa lagi…

Kita adalah Daie..kitalah peneraju ummah…kitalah tentera rasmi yang Allah telah pilih di Luhmahfuz.. 

Semoga aku thabat dalam berjuang...

2 ulasan:

Nafsah Dulajis berkata...

Kalau bukan kita siapa lagi?
Kalau bukan sekarang bila lagi?
Semoga Allah kuatkan Shaima, fighting! ^___^

Ameera Raudah berkata...

(T_T) diri ini tidak mampu...tapi aku akan cuba.. smg kekuatan itu akan sentiasa bersama menemani diri yang lemah.... syukran chaq... ^_^