27 Januari 2013

Siapa Kita?


Siapa kita?

Kita seorang hamba Allah yang sangat lemah, yang sangat dhaif, yang tidak mampu memenuhi setiap permintaan orang. Kita tidak mampu untuk menjadi seorang teramat sempurna. Dan kata-kata dari belakang seringkali ada terdengar dicuping telinga. Orang selalu berkata di belakang. Selalu melihat keburukan dari kebaikan.Setiap perkara yang kita lakukan perlu lah ada istikarah kerana ianya bukan mudah untuk kita terima sesuatu perkara itu bulat-bulat. Sedangkan pada hakikatnya kita dicipta adalah untuk beribadat kepada Allah swt. Kita perlu laksanakan amar ma’ruf nahi munkar. Kita perlu laksanakan tugas sebagai hamba Allah. Tetapi Kita sering kali kalah dengan permainan syaitan yang mahukan kita berpecah belah.

Kita mengharungi hidup ini berdasarkan bagaimana kita ‘melihat’ diri sendiri. Kita sebenarnya tanpa sedar atau tidak, akan meletakkan definasi tertentu kepada diri sendiri dan ada kalanya kita memberi definasi kepada diri berpandukan pandangan orang lain terhadap kita. Memang benar, imej diri dipengaruhi banyak faktor seperti pandangan ibu bapa, rakan, persekitaran dan media. Keyakinan diri pula merujuk kepada bagaimana kita menilai harga diri kita dan pandangan mengenai diri samada positif atau negatif.

Jika kita TIDAK mengenali diri, maka besar kemungkinan kita akan menjadi lalang, tiada pendirian dan mudah terpengaruh ditiup dan ditepis ke kiri dan kanan sewenangnya. Begitu mudah kita dibawa ‘angin’ - berubah fikiran dan prinsip hidup mengikut rentak angin yang bertiup. Tidak mengenali diri maka seringlah kita merasa rendah diri dihadapan orang lain. Manakan tidak kekuatan diri pun tidak dicari dan diketahui sedangkan Allah menciptakan kita semua masing-masing dengan kekuatan yang tersendiri. Mungkin bukan salah kita, mungkin selama ini tidak ada yang memuji dan meyakinkan bahawa kita sebenarnya tersangat istimewa. Namun janganlah dan usahlah mengharapkan orang lain lagi, mari bangkit untuk mengenali diri sendiri!

Dalam psikologi konsep diri merupakan gambaran mental mengenai siapa diri kita yang diberi oleh diri kita sendiri. Soalan seperti “siapa saya?” "siapa kita?" amat penting sekali untuk diselami. Konsep diri seseorang, sangat mempengaruhi keyakinan diri kita. Bagaimana kita menilai diri banyak bergantung kepada personaliti dan juga “pengalaman” hidup. Setiap dari kita mempunyai pengalaman sedih, gembira, emosi yang positif dan negatif, kejayaan dan kegagalan yang akan membentuk pengalaman unik diri ini yang berbeza dengan orang lain. Oleh itu tak usah meniru orang lain, tak usah menjadi orang lain. Kita semua berbeza. Raikan perbezaan diri kita yang unik ini.

Siapa kita?

Seringkali menjadi bualan orang, " kalau boleh aku mahu menjadi biasa-biasa sahaja, tidak mahu memegang jawatan" tapi hakikatnya secara tidak langsung kita telah ditaklifkan menjadi pemimpin. Kita adalah sememangnya pemimpin, tidak kiralah apa pun kedudukan peringkat kita. Pemimpin itu bukan hanya kuasa besar pemerintah negara ataupun ketuatetapi hatta dia hanyalah seorang hamba sahaya juga seorang pemimpin. Kerana dia dipertanggungjawabkan menjaga harta Tuannya Setiap perkara yang telah ditanggungjawabkan terhadap seseorang itu maka dia adalah pemimpin. Dan setiap perkara yang kita buat perlu ada manfaatnya.

Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :” Setiap dari kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin itu pasti akan mempersoalkan (pada hari akhirat) mengenai apa yang dipimpin olehnya. Seorang imam itu adalah pemimpin dan pasti akan dipersoalkan mengenai apa yang dipimpin olehnya. Seorang lelaki itu adalah pemimpin untuk ahli keluarganya, dan pasti akan mempersoalkan mengenai apa yang dipimpin olehnya. Seorang perempuan itu adalah pemimpin menjaga (kehormatan) rumah suaminya, dan pasti akan dipersoalkan mengenai apa yang dipimpinnya. Seorang hamba itu adalah pemimpin dalam menjaga harta tuannya, dan pasti akan mempersoalkan mengenai apa yang dipimpinnya. Kamu semua adalah pemimpin, dan akan dipersoalkan mengenai apa yang kamu pimpinkan.”
 
Siapa kita?

Kita adalah “Jundu Allah”. Kita adalah tentera rasmi Allah. Peranan “Jundu Allah” perlu taat dan patuh kepada pemimpin selagimana ianya tidak bercanggah Al-Quran dan As-sunnah. Bekerja di waktu siang, beribadat diwaktu malam. Memperkasakan ilmu pengetahuan Firman Allah swt " Dan kami turunkan kepadmu Al-Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan".

Kita perlu mendalami ilmu agama kerna ianya memang untuk diri kita. Mendalami ilmu itulah juga memberi kita jalan yang mana patut kita lalui dan jalan mana perlu kita hindari.

Sepertimana dalam Firman Allah swt: "Dia telah mencipta kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya" (surah Huud : ayat 61)

Untuk memakmurkan dunia Allah kita perlukan ilmu, kita perlukan ilmu agama untuk memastikan gerak kerja menjadi sempurna.

Lihat sahaja dunia hari ini segala pergolakan berlaku. Syria dahulunya sebuah negara yang dipenuhi dengan rakyat yang aman bergolak kerana adanya pengikut syiah. Kemudian rakyat di Pattani juga tidak senang hati untuk kaki melangkah kerna setiap langkah perlu di iringi dengan senjata. Orang bukan Islam membunuh mereka dengan kejam. Manusia semakin kejam kerana tidak memiliki ilmu yang luas.


Sedarlah!

Selagi kita punyai masa semailah dan taburkanlah benih dimuka bumi Allah.

Biarlah airmata itu menjadi peneman hati.
Semoga ada kemanisan di satu hari nanti.

Tiada ulasan: