25 November 2009

Wajarkah Pentingkan Diri?

Kajian mengatakan tentang sesuatu perkara yang mungkin kita sendiri tidak sedar perasaan seseorang dan mementingkan diri sendiri, ego juga termasuk sebahagian sifat asli manusia. Mungkin bagi kita ianya hanyalah untuk kebaikan sendiri dan ia memberi kebaikan yang tersendiri.

Tidak diragui tentang diri kita sememangnya punyai perasaan ingin "enjoy", suka hidup bersama dan membantu ketika susah dan senang. Tetapi jika kita terlalai seketika tanpa mendisplinkan diri pasti kita juga terdiri daripada orang-orang yang tidak mempedulikan hal luar.

Ada satu ketika kita sebagai manusia sangat inginkan keuntungan yang banyak dan berusaha mencari cara-cara yang membawa keuntungan sedangkan dalam masa yang sama kita telah menyusahkan dan merugikan orang lain.


Dari kecil lagi kita telah diajar untuk sentiasa membantu kawan kita atau pun orang sekeliling kita dengan daya upaya kita. Jangan ada perasaan "sellfish" pentingkan diri itu perlu dijauhkan dalam diri. Tapi ianya memang sukar untuk diaplikasikan dalam diri sendiri. Betul atau tidak tentang sifat ini ada wujud dalam diri kita....tepuklah dada agar tidak berada didunia sendiri.

Cuba kita bayangkan jika semua bersifat pentingkan diri sendiri yang hanya mahukan manfaat dan tidak mahu berikan manfaat itu kepada yang lain.."buruknya" sifat ini suka menerima tapi enggan memberi....mau untung tapi tindas orang lain. Hanya pandai bercakap "ini hak aku..yang kamu carilah sendiri"...."aku adalah aku dan untuk diriku"

Tidak boleh kita nafikan lagi tentang sifat ini kerana Rasulullah s.a.w telah menggambarkan diri kita sebagai manusia yang sememangnya punyai perasaan tamak haloba dengan segala harta benda dunia.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Kalau sekiranya manusia itu telah mempunyai emas sepenuh dua lembah, nescaya dia mencari ketiganya"

Adakah kita terlupa tentang jika kita memberi satu balasannya bukannya satu tapi berlipat ganda. Kita memberi satu kepuasan hati-hati insan yang berada disekeliling kita akan dapat kepuasan yang melimpah ruah. Apa yang telah hilang ianya tidak akan hilang begitu sahaja tapi Allah gantikan dengan jumlah yang banyak.

Firman Allah s.w.t:

"Dan barang-barang baik yang nafkahkan nescaya akan dibayar cukup kepada kamu dan kamu tidak akan dirugikan". ( Al-Baqarah 272)

Setiap pemberian dan pegorbanan yang kita berikan dijalan Allah s.w.t.... tidak kiralah dari segi moral dan material, fizikal dan mental, tidak kiralah ianya hanyalah pertolongan yang kecil dan sedikit tetap akan menjadi perhitungan Allah s.w.t. Tidak dibuang begitu saja biarpun sebesar zarah. Sedangkan langkah yang kita sisipkan disetiap perjalanan juga lapar, dahaga dan letih, akan dicatit para malaikat.

Tiada ulasan: