03 November 2009

Kejayaan itu Manis


Sememangnya pabila kita berusaha bertungkus lumus untuk mendapatkan kejayaan sehinggakan jatuh tergolek, menangis, segala pahit ditelan tapi hasilnya adalah madu.

Manisnya senyuman pabila kejayaan itu datang dengan usaha kita.
Manisnya kenangan dirakamkan dalam potret.
Manisnya harapan orang disekeliling pabila melihat kejayaan itu.


Kejayaan mereka mengembirakan hati-hati kami yang masih lara. Susah ingin katakan bagaimana perasaan hati seorang istisna'. Segala ketakutan, kegelisahan, kesedihan cuba ditangkis agar mudah kami berjuangan untuk berusaha mengejar impian itu seperti mereka. Satu target utama dalam diri yang perlu dikejar kejayaan itu.



Benar orang katakan ilmu itu penyuluh kehidupan andai dibiarkan tanpa digilap pasti hidup ini kelam dan suram tanpa cahaya penyuluh jalan. Ilmu senjata untuk kita berjuang. Tapi ingatlah perjuangan apa yang perlu kita perjuangkan? Jika kita berjuang hanya atas nama dan pangkat tidak perlulah kita memandangnya dengan rasa bangga. Berjuanglah kerana Allah s.w.t. dan janganlah mudah melatah. Sesungguhnya Ilmu yang Allah berikan kepada kita adalah membantu umat yang masih lagi perlukan bantuan tidak kiralah bagaimana bantuan kita kepada mereka tetapi bantuan membentuk sebuah siasah kehidupan itulah yang perlu kita ajari. Jangan kedekut dengan ilmu yang ada. Tidak akan hilangnya ilmu itu bahkan akan bertambah banyak yang akan kita perolehi. Kelebihan yang Allah berikan usah kita sia-siakan.

Telah berkata amirul Mukiminin. Saidina Umar Al-Khattab:
"Kita adalah umat yang diberikan kemuliaan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada Islam nescaya kita menerima penghinaan daripada Allah".

Alfun Mia'ah mabruk kepada semua yang telah berjaya terutama sekali kat my big bro..abg naim. 25 oktober yang lalu kalian telah mengukirkan sebuah cerita yang terindah sehinggakan senyuman itu juga manis dan sukar hendak dilupakan kerana indahnya hari itu .Kami akan mengabdikan kenangan itu dengan sejuta harapan doakan kami yang masih disini meneruskan roda-roda kehidupan mencari ilmu Allah .

Tiada ulasan: