30 Oktober 2011

Mengapakah Hari itu?

Mengapakah Hari itu 17 oktober, 18 oktober, 21 oktober 2011 ?

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-'Ankabuut 29:3)

Mengapakah hari itu terlalu banyak kejadian yang berlaku pada seorang hamba yang lemah? Terlalu lemah untuk menghadapi dugaan yang Allah berikan kepadanya. Airmata sebagai peneman untuk hari itu. Terlalu sukar untuk bertentang mata dengan orang lain kerana mata terlalu sembab. Sakit, Kecewa, Gementar dan semua perasaan tika itu sangat bercampur baur. Terasa bagaikan sebuah gunung sedang menghempap diri. Terlalu sakit hinggakan lupa tentang perut berbunyi menandakan minta diisi makanan. Kesedihan itu berlanjutan hingga keesokkan hari lagi. Airmata itu tidak dapat dihentikan lagi.

Mengapakah hari itu?

Tidak mampu otak untuk berfungsi dengan baik. Nafas dirasakan semakin semput. Sakit sangat dan hanya Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku disebalik siratnya.

Telefon asyik berbunyi menandakan ada mesej masuk. Setiap kali membaca mesej yang sampai, airmata itu mula mengalir walaupun ianya sebuah mesej yang sebenarnya menggembirakan hati. Satu ucapan untuk sebuah kelahiran untuk siapa sahaja yang berada dimuka bumi ini. Tetapi sukar hati ini untuk menerima ucapan dengan seadanya, hati tidak berhenti menyalahkan diri atas apa yang berlaku. Sakit dan terus menyakitkan.

Sekali lagi telefon berdering menandakan ada panggilan masuk tetapi tidak mampu disambut dengan salam. Sakit itu lebih kuat dari menyambut salam dari panggilan itu. Bila otak mula berfungsi dengan baik hati mula menyesal asyik bertanya panggilan dari siapakah? tetapi tidak mampu dirungkaikan.

Sahabat-sahabat sentiasa berada disamping diri untuk mengelakkan apa-apa lagi berlaku. Mereka bagaikan pengawal peribadi. Tika itu Allah sahaja tahu bagaimana hati ini bergelojak. Kek diberikan tanda untuk mengembirakan hati sempena sebuah kelahiran tapi ianya tidak berhasil pada insan yang lemah dan yang sememangnya sudah tewas dengan ujian Allah.

Mengapakah Hari itu? Ujian yang Allah berikan pada hamba yang lemah ini tidak dapat ditampung dengan sekuatnya. Berteleku diatas sejadah dan memohon keampunan diatas khilaf diri. Cuba berfikir dengan waras bahawasanya itu semua adalah pengajaran buat diri sendiri.

Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. (Al-Baqarah 2:66)

Perlu ingat semua itu semua ada hikmahnya. Memang sangat menyakitkan tapi mula mengingati beriman pada Qada dan Qadar. Sabda Rasulullah saw: "Iman itu ialah mengimani Allah, Para Malaikatnya, Kitab-kitabnya, Para RasulNya, Hari Akhirat dan Beriman pada Qadar samaada yang baik atau yang buruk."

Tidak dinafikan sakit itu lebih berada dalam hati. Tapi tidak boleh menyalahkan pada Nya kerna pasti ada hikmah disebalik kejadian pada hari itu. Mula menguatkan diri semula, membina jati diri selama beberapa hari. Tika sudah kuat berlaku lagi sebuah kejutan dari adik-adik, kek yang enak dijadikan hadiah untuk pengubat luka. Jiwa mula kembali sakit dan airmata sekali lagi tumpah. Terlalu sukar untuk menerima kenyataan. Sangat sakit.

Perlu dilupakan semua itu dan mengambil nafas baru seterusnya buka lembaran baru.

(Pemberian adik-adik)

Akhir sekali....,

Ucapan Terima kasih dari hamba yang lemah buat sahabat-sahabat yang sentiasa berada disisi ketika itu. Ucapan Terima Kasih juga pada adik-adik yang membuat kejutan lain di malam itu. Sungguh ketika itu hanya doa sahaja yang dapat dihadiahkan kepada kalian. Semoga Allah sahaja yang membalas kebaikan kalian semua.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jgn la sedih..mama lg sedih sbb bjauhn ngn satu2nya ank daranya.sbr la.jauh x b'erti jauh d hati.kami suma d cn suma mnunggu shema blk ngn sgulung ijazah yg lbh tgi dr bgh.hehe.bgh x standing ngn shema.sbr la.pa pn stdy btl2.blk ngn kjayaan.ya shema :) salam rindu dr bangah :)