02 Oktober 2011

Iyaaa..Bicara aja dalam Bahasa Arab



Tiga hari yang lalu otak ligat berputar macam mana nasib ku ini. Kenapa perlu aku? kenapa aku yang kena berhadapan? sangat-sangat ketika itu berterabur segalanya. Lantas mengambil keputusan untuk merelaxkan otak dan cuba berdiam diri dengan berkurung dalam bilik. Telefon sengaja dimatikan kerana memang dah "sakit" (tandanya nak minta yang telefon baru). akhirnya hari yang ditunggu telah tiba. Otak jadi beku. jantung merasa laju berlari. kenapakah aku merasakan perasaan sebegini?


Perbincangan persatuan antara dua negara yang punyai persamaan dari segi lahjah dan perilaku. Indonesia dan Malaysia. Dua buah negara yang biasanya mudah kelihatan berkeliaran berjalan menuju arah tuju masing-masing di bumi Mesir ini. Pertemuan pertama yang dimulai dengan sejarah penubuhan persatuan dan jua carta organisasi membuatkan masing-masing tertarik dan saling bertukar fikiran. Walaupun pertuturan antara indonesia dan malaysia ada sedikit berbeza tapi ianya tidak menyukar kami dari berbicara lebih lanjut. Bak kata seorang teman indon " iya jika ngak faham kita bicara aja dalam bahasa arab" ... (...tersenyum sipu saja diri ini bila teman indonesia suruh bercakap arab). Berbicara dalam bahasa arab dengan fasih adalah satu kelemahan diri ini. Aduh! terasa kecil sangat ketika teman tadi suruh berbicara dengan bahasa arab. Memang tidak boleh di elakkan selalunya orang akan bercakap jika berada di negara asing pastinya kita boleh akan bertutur bahasa asing dengan fasih. Tapi masalahnya sekarang sudah tinggal lama di Mesir ini masih lagi tergagap-gagap menyusun perkataan dalam bahasa arab. Iya mungkin kerana Mesir menggunakan bahasa pasar iaitu bahasa Ammi.


Bahasa Ammi adalah bahasa yang lazimnya diguna pakai ketika berurusan bersama dengan orang arab Mesir. Tidak semua rakyat mesir akan menggunakan bahasa arab Fushah yang sepertimana kita belajar di Malaysia. Bila mulanya berbicara dengan bahasa arab fushah terus senyum meleret orang arab mendengarnya dan akhirnya diri sendiri juga malu.


Masalah untuk menguasai bahasa arab juga adalah satu perkara yang memang lazimnya dijadikan point utama. Memang benar kita ada basic bahasa arab dengan setakat bertanya berapa tambang? berapa harga sekilo? dan sebagainya tapi apabila ada sedikit kekeliruan atau pun masalah di kuliah untuk berbicara dengan fasih memang sangat kantoi. Tergagap-gagap dan akhirnya mengalah. Pulang tanpa ada hasil ditangan.


Selalunya pelajar mahasiswi asia yang hebat dan berani berbicara adalah pelajar indonesia. Berbicara dengan fasih walaupun ianya terselit dengan slang bahasa indonesia. (hebat sungguh) tapi tidak dilupakan jua ada segelintir pelajar mahasiswi malaysia juga hebat berbicara bahasa arab ammi. Masing-masing punyai kehebatan tersendiri.


Bak kata peribahasa" hendak seribu daya tak hendak seribu dalih" jadi tiada sebab untuk kita tidak boleh kuasai bahasa arab. Tidak kiralah bahasa arab fushah ataupun ammi kedua-dua bahasa perlu di kuasai agar mudah kita buat urusan dengan lancar.


Jadi... wahai teman-teman, ayuhlah kita belajar kuasai bahasa arab!.. (^_^)

Tiada ulasan: