24 Mac 2010

Kenapa Hati Menjadi Keras?



Daripada Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:" Janganlah memperbanyak percakapan selain untuk berzikir kepada Allah s.w.t maka sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah s.w.t itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah s.w.t ialah mereka yang berhati keras


Ketandusan jiwa pada hari ini adalah satu penyakit yang sangat ketara sekali ditengah-tengah masyarakat dahulu dan kini. Ramai orang yang merasa susah Hati, sakit Hati, iri Hati, dan langsung tidak merasakan nikmat ketenangan di Hati walaupun ianya telah beroleh kemewahan dan kesenangan tapi ianya masih belum rasa puas di Hati....Kenapa semua ini berkaitan dengan Hati??


Semuanya berpunca dari Hati yang keras, jiwa yang tandus dan mata yang tidak pernah menangis kerana takut pada Allah s.w.t Timbulnya kekerasan di Hati adalah berpunca daripada banyaknya bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak ada hubung kait dengan mengingati Allah s.w.t.


Hati yang keras adalah Hati yang tidak mudah menerima nasihat daripada orang lain. Kalau ditegur mudah sangat melenting dan rasa ketidakpuas Hati. Pantang ditegur, tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa oleh orang dan sentiasa merasakan dirinya hanya saja yang betul sedangkan ianya jelas dimata pihak lain ianya silap.


Hati yang keras sentiasa merasakan sangat berat untuk berzikir dan membaca Al-Quran. Diri itu merasakan sangat malas untuk melaksanakan ibadah yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. Bila masuknya waktu solat ia merasakan sangat terbeban dengan solat lima waktu sehari semalam dan langsung tidak merasakan diri itu sedang bertemu dengan yang Khalik..


Bagi orang yang beriman hendaklah ia selalu menggunakan lidahnya berzikir kepada Allah s.w.t dan selalu membaca ayat suci Al-Quran. Banyakkan bercakap tentang kemasalahatan agama yang pastinya memberi faedah dalam meningkat ketakwaan kepada Allah .s.w.t .


Semoga kita berada digolongan orang yang punyai hati yang lembut dan punyai rasa rendah diri kerna mengingatkan kita betapa kerdilnya diri ini pada yang Khalik.

Tiada ulasan: