18 Ogos 2009

Ahlan ya Ramadhan



Tinggal berapa hari saja lagi Ramadhan akan tiba. Hati jadi sayu dan pilu bila mengingatkan diri ini tidak pulang ke Malaysia. Buat kali kedua saya berpuasa dan insyallah akan beraya di negara orang tanpa ayahanda dan bonda. Buat kali pertama pula saya berpuasa tanpa teman rapat. hmm..apala nasib...

Keadaan dirumah juga sunyi membuat hati ini selalu teringat-ingat suasana Malaysia ketika hampir di bulan Ramadhan.Sangat berbeza dengan Mesir yang sangat mengalu-alukan kehadiran Ramadhan. Banyak sudah kedai-kedai bertukar wajah dengan menambahkan hiasan seperti tanglung. Kalau di Malaysia tanglung selalunya dirayakan oleh orang cina tetapi di Mesir tanglung adalah mengalukan kedatangan Ramadhan.



Ramadhan bulan kemuliaan yang senantiasa dinantikan setiap umat islam.Kalau di Malaysia kanak-kanaklah yang paling seronok. Kenapa? hah...sebab sebut saja bulan ramadhan..sibuk sudah mahu baju raya, duit raya, kuih raya, hantu raya..eh silap.(^_^) Tapi bila sebut puasa..alaaaaaaaaaaa.panjang pula mengeluhnya. Itulah realitinya kanak-kanak di Malaysia tapi tidak semua begitu. Didikan ibubapa sangat penting untuk melatih kanak-kanak belajar puasa dari kecil lagi. Teringat masa kecil-kecil dulu sungguh liat mahu bangun dari tidur untuk bersahur sehinggakan bonda yang suapkan sedangkan mata masih tertutup rapat.

Kelebihan bulan Ramadhan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.



Sepertimana
sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!



Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata didalam Sabdanya :" Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya .Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah.Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya. Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar. Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku. Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.

Selamat Berpuasa....(^_^)

Tiada ulasan: