04 Ogos 2009

Kehidupan ini

hhm...pelik? kenapa tidak dapat baca artikel yang sudah saya siap taip di laptop senior saya sebelum ini. adakah saya tersalah tekan menyebabkan tidak dapat baca? peliknya....hmm, rupanya saya sendiri tidak laptop yang saya guna kali ini adalah windows2003. Sikit terkilan dihati ini bila tak dapat buka dari windows word 2007 ke windows 2003...
tapi tak mengapa mungkin satu dugaan kecil jer. Ini mungkin silap saya yang masih belum teror dengan laptop..Walaubagaimanapun bukan ini yang ingin saya bicarakan sesuatu yang remeh temeh.

Selepas sehari berlalu dan akan bertukar ke hari yang lain, sejenak saya fikirkan semula apa yang telah saya lakukan pada hari ini. Melihat suasana negara mesir yang sememang tidak asing lagi dengan bunyi hon yang asyik ditekan-tekan membingitkan suasana di jalan raya. Tidak lupa juga dengan keldai yang ditunggangi ditepi jalan walaupun binatang ini tidak mengeluarkan suara hodohnya turut masuk dalam memori ingatan saya. Keldai yang ditunggangi oleh 3 orang mungkin mereka ini satu keluarga.



Seorang lelaki tua yang memegang kayu dan tali menjaga pergerakan keldai dan seorang wanita berjalan kaki memungut sampah ditepi jalanan dan seorang budak kecil yang duduk disebelah ayahnya kerana kepanasan. Hampir penuh bakul yang diisi sampah dan lepas ini pasti mereka pergi hantar ke tempat pembuangan sampah yang utama. Mengapa mereka lakukan semuanya ini? adakah kerana mereka yang mahu? adakah mereka kesempitan wang? Tidak semua orang akan sanggup kerja memunggut sampah jika sudah mempunyai gaji yang lumayan. Tidak semua orang sanggup memikul bakul yang sarat dengan sampah yang sememangnya berbau busuk. Tapi "mereka" sanggup melakukannya "mereka" sanggup memikulnya sehingga terbongkok-bongkok berjalan demi anak-anak dan isteri "mereka".






Sedih dan sayu melihat mereka ini yang begitu "gagah" mencari kehidupan yang sempurna. Jika mereka tidak berbuat demikian, pasti tidak dapat makan sesuap roti isy pun...Janganlah kita memandang mereka dengan pandangan jijik kerana mereka adalah insan yang mulia.

Sabda Rasulullah :

" Manusia yang paling baik ialah orang yang panjang umurnya dan baik pekerjaannya." (Riwayat Ahmad dan Tirmizi).

Hidup ini adalah tanggungjawab yang wajib dipenuhi dengan nikmat yang perlu kita syukuri. Usah mengeluh dan merintih andai diberi ujian. Tanamkan keazaman dan ketabahan agar kuat menghadapi liku-liku kehidupan ini..

Tiada ulasan: