27 Ogos 2009

Bahaya Lidah

Semua orang sibuk mengatakan banyakkan berzikir , membaca al-quran, solat tahajudd dimalam hari. Betul.. tapi bilakah ianya perlu diaplikasi? adakah hanya perlu buat ketika dibulan Ramadhan sahaja? kenapa bulan lain tidak? kenapa kita tidak menjaga lidah kita dari mengata sesuatu yang sia-sia? kenapa kita selalu lalai untuk mengawasi lidah kita? Bahayanya lidah kita ini membawa balasan keatas perilaku dan lidah ini juga boleh membawa kita ke neraka.

Nabi Muhammad s.a.w mengakhiri pengajarannya kepada Muaz dengan menjelaskan kepadanya perkara yang memjaga dan mengawasi segala amalan yang telah disebutkan dan menjadikannya paling sempurna iaitu menjaga lidah dan menghalangnya daripada bercakap perkara yang buruk.
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah berkata yang baik atau diam sahaja"



Al-Bazzaaz telah meriwayatkan dalam musnadnya daripada Abu Al-Yusri: seorang lelaki telah berkata: "Wahai Rasulullah! tunjukkan kepadaku satu amalan yang boleh memasukkanku ke dalam syurga." Rasulullah s.a.w bersabda: "Tahanlah ini" lalu baginda menunjukkan kepada lelaki itu lidahnya. Lelaki itu mengulangi pertanyaannya, lantas baginda menjawab : "Celaka kamu! Tiada yang menghumbankan manusia ke dalam neraka diatas muka mereka-dalam riwayat lain-: diatas hidung mereka-melainkan hasil tuian lidah mereka?"

Ibnu Rajab al-Hambali berkata:" Yang dikehendaki dengan hasil tuaian lidah ialah balasan dan hukuman terhadap percakapan yang diharamkan. Sesungguhnya manusia bercucuk tanam dengan kata-kata dan amalannya sama ada kebaikan atau keburukan. Kemudian dia akan menuai apa yang ditanamnya pada hari akhirat. Barang siapa menanam kata-kata dan amalan yang baik dia akan menuai kemulian. Barang siapa yang menanam kata-kata atau amalan yang buruk esoknya hari akhirat dia akan menuai penyesalan"

Imam Ahmad dan Tirmizi meriwayatkan daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w sabda baginda:" Dua rongga iaitu mulut dan kemaluan adalah yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam neraka."

Hassan Al-Basri berkata: "Lidah adalah pemimpin tubuh. Apabila dia membuat jenayah ke atas anggotanya, maka seluruh anggotanya membuat jenayah, dan apabila ia menjaga kehormatan, maka seluruh anggota akan menjaga kehormatan".



Wahai hati berusahalah melawan lidah untuk berhenti mengatakan sesuatu yang sia-sia.
Wahai jiwa berusahalah menegur lidah untuk berhenti melancarkan kata-kata yang tidak sopan
Wahai akal berusahalah menasihati untuk lidah berhenti memikirkan kata-kata nista.

Tiada ulasan: