15 Ogos 2009

Jom Main Cari Harta Qarun

Berlari-lari anak kearah tempat yang dimaksud sehingga peluh memercik didahi usah katakan penat tapi haus pun ada. Cuba selongkar barang-barang yang disorok oleh kawan-kawan yang lain tapi masih belum jumpa.aisyh! mana nie??..."Wei!! sini..yong dah jumpa kat sini." jerit seorang kanak-kanak yang berambut kerinting memanggil kami yang masih terbongkok-bongkok mencari barang yang perlu dicari.."yeeH!!! kami dah jumpa harta Qarun!!!" senyuman kami meleret panjang sehingga pulang ke rumah masih lagi sibuk bercerita tentang kejayaan kami dapat jumpa harta qarun.

Sewaktu kecil sememangnya saya sangat suka main cari harta qarun sehingga sanggup mengorek tanah dan sebagainya. Tidak pernah terfikir mengapa benda yang tersorok itu di sebutkan "Harta Qarun"? mungkin sebab ianya di sorok dan perlu dicari...kali lah..he...

Bila umur semakin meningkat dan mula melangkah masuk ke sekolah menengah, barulah saya tahu bahawa disebalik perkataan harta Qarun itu ada cerita yang perlu kita rungkaikan.Ustazah saya menceritakan bagaimana kehidupan Qarun yang hidupnya dilaknat oleh Allah kerana tidak bersyukur dengan apa yang ada.Hartanya ditenggelamkan oleh Allah kerana sikap takburnya dan segala harta tenggelam menjadi sebuah tasik. Otak ligat berfikir bagaimana tasik Qarun itu. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana luas dan besarnya tasik ini. Lihat sajalah tasik yang ada di Malaysia kita masih dapat lihat dimana penghujungnya.

Segalanya terjawab apabila saya mengikuti rehlah ke Fayyum. Perjalanan dari Abbas Al-Aqqad ke Fayyum agak jauh sehinggakan kami lena tidur didalam bas. Sarapan pagi dengan roti fino sahaja cukup untuk mengalas perut walaupun sebenarnya lapar..hehehe..



 ( Tasik Qarun - kawasan yang ditenggelamkan oleh Allah swt)

Apabila tiba kawasan Tasik Qarun, saya rasa sungguh takjub dan insaf melihat kuasa Allah s.w.t Boleh dikatakan seperti sebuah lautan yang sangat luas sehinggakan saya sendiri tidak tahu dimana penghujungnya.Dikatakan luas tasik Qarun ini adalah 18900 hektar.

Qarun adalah seorang yang kaya raya ketika di zaman Nabi Musa A.S. Allah S.W.T memberi kemewahan yang melimpah ruah kepadanya sehinggakan mempunyai kunci-kunci gudang hartanya yang tidak mampu dibawa dengan heretan tangan orang yang gagah perkasa tetapi dengan menggunakan binatang ternakan iaitu berpuluh-puluh keldai untuk membawa kunci-kuncinya sahaja.

Dalam Al-Quran Allah berfirman:

"Sesungguhnya Qarun adalah termasuk Kaum Nabi Musa,maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan kami telah menganugerahkan penbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat" (Al-Qashash 28:76)

Setelah Qarun dilimpahkan dengan kemewahan, dia tidak bersyukur pada Allah malah menjadi sombong dan takbur diatas kekayaan yang ada. Dia tidak mahu bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukan bantuan kewangan sehinggakan orang-orang soleh menasihati dirinya agar mengingati Allah s.w.t. Mereka mengingatkan Qarun agar tidak sombong terhadap harta yang dia miliki. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepadanya.

Qarun leka dengan kemewahan yang ada membuatkan dia buta kepada kebenaran dan membuat seolah-olah pekak kerana tidak mahu mendengar nasihat orang-orang soleh agar memanfaatkan hartanya ke jalan yang benar. Tetapi Qarun tetap dengan egonya mengatakan "Sesungguhnya aku diberikan harta-harta ini kerana ilmu yang ada pada diriku"



Kemudian berlakulah sesuatu dihadapan Bani Israil Allah s.w.t menenggelamkan harta dan rumah Qarun sehingga tidak ada satu pun yang tinggal.Tidak ada seorang pun yang dapat menolong dan menahannya dari bencana itu. Bani Israil yang melihat bencana yang terjadi pada Qarun dan hartanya merasakan diri begitu kerdil dengan kekuasaan Allah s.w.t dengan sekelip mata sahaja.

"Maka kami benamkanlah Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah ia termasuk orang-orang yang tidak dapat membela dirinya" (Al-Qashash {28}: 81)

Melihat azab Allah yang ditimpa Qarun, orang-orang dari kaum bani israil yang dahulunya berangan ingin menjadi kaya seperti Qarun merasa takut dan bersyukur memuji Allah kerana tidak mengalami nasib seperti Qarun.
Mereka berkata " Aduhai, benarlah Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki dari hamba-hambanya dan menyempitkan.Kalau Allah tidak melimpahkan kurniaNya atas kita, benar-benar Dia telah membenamkan kita pula. Aduhai benarlah tidak beruntung orang-orang yang mengingkari nikmat Allah" (Al-Qashash {28}:82)



Nama Qarun disebut diulang sebanyak empat kali dalamAl-Quran, dua kali dalam surah Al-Qashash, satu kali dalam surah Al-Ankabut dan satu kali dalam surah Al-mu'min. Didalam surah Al-Ankabut telah menyebut tiga orang yang dilaknat oleh Allah s.w.t diatas ketakburan dan kesombongan mereka iaitu Qarun, Firaun dan Haman.

Firman Allah s.w.t:
" Dan juga Qarun , Firaun dan Haman.Sungguh telah datang kepada mereka Musa dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata.Tetapi mereka berlaku sombong di bumi dan mereka orang-orang yang tidak luput dari azab Allah" (Al-Ankabut 39)
Begitulah bagaimana Allah telah mengkhabarkan kisah ini didalam Al-quran agar kita mengambil iktibar dan pengajaran agar tidak angkuh dengan kekayaan yang ada. Sesungguhnya segala harta yang kita ada semuanya datang dari Allah untuk kita syukuri dan memanfaatkan ke jalan yang benar. Bahkan andai seorang muslim yang baik akan menolong saudara-saudara Islam untuk berjuang didalam kehidupan dan menegakkan Islam di muka bumi ini.

Perjalanan kami dari Tasik Qarun diteruskan ke Shalalat. Jangan tersilap sebut ...nanti tersebut pula banyak lalat.

Tiada ulasan: