24 Ogos 2009

Dekatkan diri kepadaNya

Semalam loceng rumah ditekan dari luar. Malas kaki ini hendak mengatur langkah ke muka pintu. Yelah…dah tengah malam, masing-masing pasti mahu berehat sekejap. Kedengaran salam dari luar selepas saya ketuk pintu dari dalam saja. Sungguh tidak sangka rupanya ada orang bersedekah kepada kami semua satu beg plastik penuh dengan makanan kering. Hati memanjatkan kesyukuran kepada Illahi dan mendoakannya agar orang yang bersedekah kepada kami ini dimurahkan rezeki.amin....




Dalam Al-Quran disebutkan, bahawa manusia dekat pada Allah dan Allah dekat pada manusia. Tidak ada batas dan tidak ada pegantaraan yang menjadi penghalang bagi hubungan kita dengan yang Khalik. Setiap insan dapat memuji, mendoa, memohon kepada Allah agar sentiasa dekat dengan kita.

Firman Allah s.w.t dalam Al-quran
Apabila hamba-hambaku bertanya kepada engkau tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku akan memperkenankan doa orang yang mendoa kepada Aku. Sebab itu, hendaklah mereka memperkenankan seruanKu dan beriman kepadaKu, supaya mereka dapat menempuh jalan yang benar" (Al-Baqarah 186)




Pintu rahmat Allah sentiasa terbuka luas kepada manusia, sehinggakan manusia dapat memohon dan menerima kurniaan Allah setiap waktu dan dimana-mana saja kita berada. Dibulan Ramadhan yang mulia ini perbanyakkanlah kita amalan soleh. Dengan membaca Al-quran , bersedekah, berzikir, bermunajat ditengah malam memohon maghfirah agar berada dibawah lembayung syurgaNYA.

Tiada ulasan: