11 Ogos 2009

Merdekakah ?


Detik bertukar saat dan saat bertukar minit dan minit bertukar jam dan jam bertukar hari mengira detik hari kemerdekaan yang tidak lama lagi akan tiba. Tanggal 31 ogos tarikh paling bersejarah bagi rakyat Malaysia kerana bebas dari jajahan orang lain.

Tapi adakah sememangnya diri kita ini sudah merdeka? Apakah sebenarnya maksud kemerdekaan ini? Menurut Kamus Dewan, merdeka membawa maksud bebas, lepas, berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain.Maka dari makna tersebut kita dapat lihat bagaimana keadaan remaja di Malaysia terutamanya remaja Islam dengan penglibatan dalam masalah sosial. Adakah kerana maksud merdeka adalah bebas maka dengan itu semua perkara adalah bebas?


Sedih bila mendengar pelbagai berita dan cerita remaja zaman kini. Adakah kerana masalah keluarga menyebabkan remaja-remaja bebas bersosial di luar? Remaja Islam sebenarnya mempunyai tempat yang tinggi dalam masyarakat dan negara.


Ini berdasarkan hak yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada setiap diri insan sebagaimana disebutkan di dalam al Quran yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami angkat mereka di dataran dan lautan, dan Kami beri rezeki mereka dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dari kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna”. (al Isra: ayat 70)


Tiada ulasan: