24 Ogos 2009

For My Friends

Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkan ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmat
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba

Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama
Oh…

Kita Hampir ke situ (Mendua)



Mungkin orang akan katakan melalui tafsiran lirik lagu adalah untuk sepasang kekasih . tapi bagi saya...lagu ini motivasi diri untuk saya. Lagu ini saya tujukan pada teman-teman seperjuangan terutama sekali pada eyjan, sheila dan bie..Saya tidak berseorangan untuk meneruskan perjuangan di bumi anbiya' ini. Saya tidak berseorangan mencari kekuatan kerana perlu berusaha lagi untuk berjaya. Dan saya tidak mahu berhenti walau telah diuji dengan pelbagai dugaan..kecewa dan sedih perlu disingkirkan jauh. Hampir ke situ......kejayaan .....

1 ulasan:

Wardatul Asfar berkata...

'Tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu'..Kita selalu mengatakan begitu..tetapi cukup bersediakah kita untuk menelan 'kepahitan' itu???

Jika iya..Insyallah.Yakinlah Allah itu Maha Adil dan Pemurah.Salam sayang dan perjuangan buat rakan-rakan tersayang..^_^